Oleh Izzah Abbasy
Sehari dua ini banyak pula kisah mengenai pelakon jelita Uqasha Senrose. Baru-baru ini, menerusi satu laporan di portal Utusan Online, Uqasha Senrose khabarnya bakal bertunang tidak lama lagi dengan seseorang yang bukan berasal daripada Malaysia.
Malah, segala persiapan sudah dilakukan termasuklah baju pertunangan beliau juga sudah ditempah.
Jejaka yang dapat memikat hati Uqasha bukanlah calang-calang orangnya kerana beliau mampu untuk menggunakan khidmat pereka fesyen terkenal Malaysia dalam menghasilkan busana pertunangan mereka.
Jika berita ini benar, maka gosip hubungan Uqasha Senrose dan Iqram Dinzly tidak betullah ya?
Wah, bagaikan kejutan besar buat semua peminat. Sungguhpun begitu, tahniah dan cepat-cepatlah kenalkan kepada semua bakal tunang Uqasha itu nanti. Siapalah jejaka bertuah itu ya? - CARI Infonet
Kredit : Utusan Online dan Beautifulnara
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|