Oleh Izzah Abbasy
Bukan seorang, bukan dua malah ramai yang menjadi penggemar kopi Starbucks. Mungkin kerana jenama dan kopi ini lain daripada yang lain dan istimewa barangkali. Betul tak? Biasanya pelanggan Starbucks akan menerima cawan kopi yang telah dilabel dengan nama sendiri, sama ada dengan tulisan pen penanda atau pelekat bercetak selepas membuat pesanan. Namun bagi seorang pelanggan di St Augustine, Florida, namanya diganti dengan sindiran yang mengguris perasaan. Menurut Action News Jax, pelanggan yang enggan dinamakan itu memesan white mocha bersaiz grande dan apabila kopinya diterima, pelekat yang sepatutnya memaparkan namanya tertulis: DIABETES HERE I COME (Diabetes aku datang). Sindiran tersebut memberi kesan mendalam kepada pelanggan tersebut kerana dia mempunyai dua adik-beradik perempuan yang benar-benar menghidap diabetes. Pengurus cawangan Starbucks tersebut telah dimaklumkan mengenai insiden tersebut dan berjanji akan membuat siasatan lanjut. Ketika dihubungi oleh Independent, Starbucks menyatakan kekecewaan terhadap insiden itu dan akan bekerjasama dengan pekerja syarikat agar perkara yang sama tidak berulang. - CARI Infonet
|
20
Bagus |
16
Marah |
22
Terkejut |
13
Sedih |
16
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
saladin780 replied at 11-4-2016 09:36 AM
Patut mesej yg sama ditulis kat pinggan mangkuk mamak.. Biar insaf sket org malaysia nih
noor2 replied at 11-4-2016 10:00 AM
Sindiran kat kotak rokok X de siapa pun sentap...
salimrock replied at 11-4-2016 05:36 PM
kan?? sentap tul perokok bila baca, namum tiada tindakan...
noor2 replied at 11-4-2016 05:46 PM
Yg ada masalah kesihatan paru2 pun masih buat dek ja isap....hehe
32kW replied at 11-4-2016 05:57 PM
Yang dah ada sakit jantung pun berani je isap rokok noor
saladin780 replied at 11-4-2016 09:36 AM
Patut mesej yg sama ditulis kat pinggan mangkuk mamak.. Biar insaf sket org malaysia nih
ADVERTISEMENT