Ibu sering diibarat sebagai individu yang serba boleh, kenyataan sedemikian pastinya tiada orang yang akan membantah sebab ini adalah hakikat sebenarnya.
Kalau anak menangis nak susu atau makan, mesti cari ibu, nak tidur pun nak ibu, bila sakit ibu juga dicari. Ibulah tukang masak, doktor, tukang cuci, pakar kaunseling, cikgu, dan bermacam lagi pekerjaan di dunia ini sesuai untuk yang bergelar ibu. Bagaimana pun, ianya bukan bermakna kita menidakkan peranan yang disumbangkan oleh si ayah. Mungkin sebelum menjadi ibu anda tidak sedar tentang beberapa perkara ini.
Pengorbanan yang ibu anda lakukan untuk anda Bila ada anak sendiri barulah kita sedar betapa susahnya ibu kita dahulu membesarkan kita. Rasa sakit dan susah mengandung, melahirkan dan membesarkan anak membuatkan kita tambah menghargai dan menyayangi ibu kita. Kasih sayang tanpa syarat Anda sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan anak tersayang selamat dan selesa. Itulah naluri semula jadi seorang ibu! Pantasnya masa berlalu Rasanya baru semalam melahirkan si kecil. Baru semalam bangun berjaga malam menyusukan si kecil. Baru semalam mengajarnya bertatih. Hari ini dia sudah petah berkata-kata dan akan melangkah ke sekolah. Sekejapnya dia sudah membesar! Jadi nikmati pahit manis momen seorang ibu. Anda kuat daripada yang dijangka Jika difikirkan kembali, anda mungkin seorang wanita yang lemah lembut dan dianggap penakut tetapi hakikatnya anda seorang yang kuat luar dan dalam. Betapa istimewa dan bernasib baiknya anda Keibuan bukan sesuatu perkara yang boleh dijual beli. Bersyukurlah kerana diberi nikmat menjadi seorang ibu untuk membesarkan anak. Masa berseorangan itu sangat membahagiakan Mungkin dulu anda tak menghargai pun jika ada masa untuk diri sendiri. Tetapi bila sudah mempunyai anak, dan ada peluang mempunyai masa untuk berseorangan, anda akan merasa sangat bahagia walaupun cuma 10 minit. Wahai ibu yang penyayang sekalian, anda juga perlu ada masa untuk diri sendiri, untuk anda menarik nafas lega seketika.- CARI Infonet sumber info: Pa&Ma
|
25
Bagus |
18
Marah |
34
Terkejut |
18
Sedih |
24
Lawak |
28
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT