CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2020|Reply: 1

6 Perkara Yang Anda Tidak Sedar Sebelum Digelar Ibu

[Copy link]
Post time 7-4-2016 05:42 PM | Show all posts |Read mode


Ibu sering diibarat sebagai individu yang serba boleh, kenyataan sedemikian pastinya tiada orang yang akan membantah sebab ini adalah hakikat sebenarnya.


Kalau anak menangis nak susu atau makan, mesti cari ibu, nak tidur pun nak ibu, bila sakit ibu juga dicari. Ibulah tukang masak, doktor, tukang cuci, pakar kaunseling, cikgu, dan bermacam lagi pekerjaan di dunia ini sesuai untuk yang bergelar ibu.


Bagaimana pun, ianya bukan bermakna kita menidakkan peranan yang disumbangkan oleh si ayah.


Mungkin sebelum menjadi ibu anda tidak sedar tentang beberapa perkara ini.



sumber foto: https://i.ytimg.com/

Pengorbanan yang ibu anda lakukan untuk anda
Bila ada anak sendiri barulah kita sedar betapa susahnya ibu kita dahulu membesarkan kita. Rasa sakit dan susah mengandung, melahirkan dan membesarkan anak membuatkan kita tambah menghargai dan menyayangi ibu kita.





sumber foto: https://artikelmuslimah.files.wordpress.com

Kasih sayang tanpa syarat
Anda sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan anak tersayang selamat dan selesa. Itulah naluri semula jadi seorang ibu!






Pantasnya masa berlalu
Rasanya baru semalam melahirkan si kecil. Baru semalam bangun berjaga malam menyusukan si kecil. Baru semalam mengajarnya bertatih. Hari ini dia sudah petah berkata-kata dan akan melangkah ke sekolah. Sekejapnya dia sudah membesar! Jadi nikmati pahit manis momen seorang ibu.




sumber foto: https://lh3.googleusercontent.com/

Anda kuat daripada yang dijangka
Jika difikirkan kembali, anda mungkin seorang wanita yang lemah lembut dan dianggap penakut tetapi hakikatnya anda seorang yang kuat luar dan dalam.





Betapa istimewa dan bernasib baiknya anda
Keibuan bukan sesuatu perkara yang boleh dijual beli. Bersyukurlah kerana diberi nikmat menjadi seorang ibu untuk membesarkan anak.






Masa berseorangan itu sangat membahagiakan
Mungkin dulu anda tak menghargai pun jika ada masa untuk diri sendiri. Tetapi bila sudah mempunyai anak, dan ada peluang mempunyai masa untuk berseorangan, anda akan merasa sangat bahagia walaupun cuma 10 minit. Wahai ibu yang penyayang sekalian, anda juga perlu ada masa untuk diri sendiri, untuk anda menarik nafas lega seketika.- CARI Infonet









sumber info: Pa&Ma
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2016 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
tetiba rindu mak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 06:30 PM GMT+8 , Processed in 0.178839 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list