Oleh : Dean BZ
Buktikan cinta dengan mencium bau ketiak teman lelaki? Kegilaan tahap apakah ini? Gila atau tidak, inilah trend yang sedang menular di Indonesia sekarang ini. Beberapa foto menunjukkan pasangan kekasih "beraksi gila" mula tersebar di laman sosial dengan hashtag #ciumketekpacar. Difahamkan, pasangan wanita akan mencium bau ketiak teman lelaki mereka sebagai bukti cinta yang sangat mendalam. Jika ada yang tidak sanggup berbuat demikian, mereka cumalah kawan biasa dan bukan pasangan kekasih. Bayangkan ketiak yang berbulu dan berbau tengik dicium dengan penuh rasa kasih sayang. Penulis yang hanya membayangkan pun sudah rasa pening nak muntah, bagaimana pula mereka mampu melakukannya tanpa was-was? Dasyat!
Terus terang cakap, penulis rasa trend seperti ini amat menjijikkan dan secara tak langsung akan merosakkan akhlak pasangan remaja yang sedang mabuk bercinta. Mula-mula trend cium ketiak teman lelaki, lepas ni tak mustahil teman lelaki pula perlu cium "tetttt" teman wanita sebagai bukti cinta? Harap trend tak senonoh ini tidak menular dikalangan anak remaja di Malaysia. Ingat lah anak-anak, kakak-kakak yang dah berkahwin pun tak sanggup nak cium ketiak suami tak bermakna mereka tak sayang suami. Fikir sebelum buat! Bayangkan kalau wanita-wanita yang sentiasa bertukar pasangan teman lelaki, berapa banyak ketiak lelaki yang mereka nak kena cium? - CARI Infonet. *Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet. |
4
Bagus |
1
Marah |
2
Terkejut |
10
Sedih |
7
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
spankee_fili replied at 6-4-2016 09:26 PM
yucks ! geli amat..
maka ramaila bimbo2 kesunyian menyimpan angan2 untuk cium tiak laki...
Emperor95 replied at 6-4-2016 09:47 PM
sel2 otak yang tidak berhubung.
shida81 replied at 6-4-2016 09:45 PM
Asal bodo bdk2 skang ni..... Otak x bersambung
JENABREJAM89 replied at 6-4-2016 11:39 PM
Tiak apak korang xnak cium/hidu pulak !!!! Yg tu lebih afdal gitewww ....
ADVERTISEMENT