Oleh : TS LOO
Sekumpulan nelayan dari Fujian, China tertangkap seekor penyu berwarna keemasan pada jaring yang dipasang untuk menangkap ikan minggu lalu. Shanghaiist melaporkan, penyu yang luar biasa cantik itu berukuran 107cm panjang, 73cm lebar dan seberat 67.5kg. Ramai penduduk kampung menawarkan bayaran yang tinggi hingga mencecah 10,000 yuan (RM7,000) untuk membeli haiwan berkenaan. Bagaimanapun, nelayan terbabit tolak semua tawaran tersebut kerana seperti penduduk tempatan lain, mereka percaya penyu berkenaan boleh membawa tuah.
Manakala tindakan menjual haiwan berkenaan untuk memperoleh keuntungan drastik boleh membawa kepada nasib malang. Para nelayan mengambil keputusan melepaskan semula penyu tersebut ke habitat asalnya. Menurut Agensi Perikanan dan Lautan tempatan, penyu berkenaan dikenali sebagai Olive Ridley, yang dikategorikan sebagai haiwan kelas kedua yang dilindungi. Selain mendapat kegemilangan melalui kekayaan, rata-rata penduduk China percaya dengan membebaskan hidupan dapat meningkatkan moral seseorang. Sifat ini harus dipuji kerana penyu adalah hidupan laut yang kian pupus dan perlu dijaga untuk memastikan kelestarian ekosistem.- CARI Infonet sumber info: www.shanghaiist.com
|
15
Bagus |
13
Marah |
16
Terkejut |
22
Sedih |
8
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
gigahertz replied at 5-4-2016 10:38 AM
ni kalau nelayan tu berseroangan dengan penyu tu mau di supnya penyu tu
alieyrina replied at 8-4-2016 11:24 PM
Kwn aku cina 20thn keja memg ada sepasang penyu emas dia letak kat koner meja..n dia selalu 'lucky' ...
ADVERTISEMENT