SIBU - Judi boleh mengundang pelbagai angkara, termasuk maut. Ini terbukti apabila seorang pendatang Indonesia yang menang dalam permainan 'Holo', sejenis judi yang begitu digemari rakyat Indonesia, ditemui mati dibelasah di Jalan Awang Ramli di sini malam tadi. Mayat Hares Ismail, 61, yang mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita Sabah, ditemui terperosok di dalam longkang berhampiran tapak pembinaan Pusat Islam Sibu pada kira-kira pukul 9 pagi, dengan kesan kecederaan pada bahagian kepala dan lehernya. Seorang pendatang Indonesia, yang dipercayai kalah teruk kepada mangsa, disyaki mempunyai kaitan dengan pembunuhan itu. Sebelum itu, lelaki berkenaan dilihat menyerang Hares dengan sebatang besi kerana tidak berpuas hati dengan kekalahannya. Polis juga mendapat perintah mahkamah untuk menahan reman tiga pekerja tempatan selama seminggu bagi membantu siasatan kes itu. Timbalan ketua polis Sibu Supt Zayadi Sebli berkata polis sedang menyiasat bagaimana mayat mangsa boleh berada di dalam longkang kira-kira 10 meter dari tempatnya diserang..
|
6
Bagus |
5
Marah |
8
Terkejut |
4
Sedih |
4
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cocoagirl posted on 15-7-2013 06:02 PM
X tau nak kata apa. Apa yg bestnya berjudi. x de kepuasan dr duit yg dpt dr titik peluh sendiri
ADVERTISEMENT