Oleh : Dean BZ Gejala meletak kenderaan sesuka hati atau menghalang lalu lintas sentiasa menjadi topik berbangkit terutamanya di negara kita, Malaysia.
Lebih menyedihkan lagi apabila ada pengguna jalanraya sanggup meletak kenderaan di tempat parkir OKU (Orang Kurang Upaya). Pemandu kurang upaya (OKU) sering menghadapi masalah mencari tempat parkir kerana ruang yang dikhaskan untuk mereka sentiasa diambil oleh pemandu bukan OKU yang mementingkan diri. Terbaru, menjadi viral gambar yang menunjukkan sekumpulan penunggang motorsikal berkuasa tinggi mengambil ruangan parkir OKU di sebuah hentian rehat dan rawat (R&R). Sumber - Siakap Keli Sekeping gambar lagi menunjukkan seorang pemuda terpaksa menurunkan seorang warga tua yang kurang upaya (OKU) disisi jalan kerana semua ruangan OKU di R&R itu sudah digunakan oleh sekumpulan penunggang motorsikal berkuasa tinggi. Gambar yang dikongsikan oleh Maz Mus itu mendapat kecaman dan kritikan hebat dari nitizen. Rata-rata mengutuk dan mencarut dengan tindakan tidak bertanggungjawab oleh sekumpulan mat motor besar itu. Amat sedih melihat kejadian seperti ini masih lagi terjadi di Malaysia, dimanakah sivik pengguna jalanraya. Apa cadangan anda untuk mengurangkan kejadian seperti ini kerana apa yang penulis nampak, kejadian seperti ini kerap berlaku kerana kurang pemantauan. Bila kurang pemantauan, pengguna ingkar akan lebih berani melanggar undang-undang. - CARI Infonet. *Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.
|
17
Bagus |
20
Marah |
16
Terkejut |
15
Sedih |
7
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
blackwidowbae replied at 28-3-2016 12:34 PM
Takder kesedaran sivik dan tak bertimbang rasa, motor jer besar, hotak cinonet kalah size cenconot
missfake replied at 28-3-2016 12:24 PM
moto besar tapi otak kecik
giyomi replied at 28-3-2016 06:25 PM
nth lah , yg bwak moto bsar selalu berlagak konon hebat sgt, bawak mcm tak der undang2. Nak berkonvo ...
ADVERTISEMENT