CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gentar didenda RM1 juta

15-7-2013 03:09 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3275| Komen: 4

Description: GEORGETOWN – Pihak pengurusan hotel di sekitar negeri ini dilihat akur dengan tidak mempromosikan sebarang bufet berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan kali ini. Tinjauan Sinar Harian mendapati kesemu ...

Hanya hotel yang mempunyai sijil halal membuat promosi
menggunakan kain rentang untuk mempromosikan bufet Ramadan


GEORGETOWN – Pihak pengurusan hotel di sekitar negeri ini dilihat akur dengan tidak mempromosikan sebarang bufet berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan kali ini.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kesemua hotel bertaraf tiga hingga lima bintang di sekitar kawasan Georgetown, Persiaran Gurney, Tanjung Bungah dan juga Batu Feringghi tidak memaparkan sebarang promosi Ramadan.

Namun beberapa hotel yang halal berpeluang untuk mempromosikan bufet Ramadan di hotel masing-masing.

Ia termasuklah G Hotel di Persiaran Gurney dan juga Hydro Hotel di Batu Feringghi, kedua-dua hotel berkenaan mempunyai sijil halal setelah disahkan melalui laman web Portal Rasmi Halal Malaysia.

Bagaimanapun hotel yang tidak mempunyai sijil halal masih mempromosikan makanan dan hotel mereka dengan cara kreatif yang lain.

Salah seorang pegawai perhubungan awam sebuah hotel di sini memaklumkan, pihak hotelnya sedikit sebanyak mengalami kerugian gara-gara tidak mempunyai promosi berbuka puasa.

Dia yang enggan mendedahkan nama berkata, mana-mana hotel sekalipun tidak sanggup dikenakan denda sehingga RM1 juta sekiranya melanggar peraturan yang ditetapkan.

“Walaupun berstatus hotel lima bintang sekalipun, jika seboleh-bolehnya kami perlu mengelak sebarang denda kerana ia hanya akan mendatangkan kesan tidak baik pada hotel dan sekali gus menjejaskan imej.

“Namun tidak dinafikan pihak kami menggunakan strategi pemasaran yang berbeza untuk menarik pelanggan selain beragama Islam,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini Sinar Harian pada 28 Jun 2013 melaporkan mana-mana restoran mahupun hotel yang tidak mempunyai sijil halal dilarang mempromosikan bufet berbuka puasa untuk Ramadan kali ini.

Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan negeri, Abdul Malik Abul Kassim berkata, larangan yang bermula tahun ini akan dijalankan di seluruh Pulau Pinang.

Menurutnya, jika ada restoran mahupun hotel yang berdegil, tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan negeri akan diambil.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda untuk kali pertama RM1 juta atau penjara selama tiga tahun sementara kesalahan kali kedua boleh dikenakan sehingga RM5 juta atau lima tahun penjara.

Mengikut statistik pemegang sijil halal bagi negeri ini pada 2013 terdapat 565 premis berbanding dengan 498 premis yang mempunyai sijil halal pada 2012.


Bagus
1

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
4

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakwetizzaqyah 15-7-2013 12:16 PM
love hotel ada tk kat pineng...
Quote gede-bab 15-7-2013 12:23 PM
wah hotel untung jota2 masa ramadhan...ini membuktikan nafsu makan kita memang kuat...
Quote gaara_X 15-7-2013 12:36 PM
kat penang je ke....KL semua hotel lepak je ke????...
Quote mitnick 16-7-2013 08:26 AM
tudiaaa denda 1 juta.. br sume reti bringat

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-7-2024 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.072684 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top