Oleh Adib Za
Petang-petang ini dapat makan kudapan sambil minum air kopi, aduhai sedapnya. Antaranya termasuklah pisang goreng, cekodok dan juga tempe goreng. Seperti tempe goreng, jika digoreng dengan cara celup tepung, dicicah pula dengan sambal kicap, terangkat gila! Jom cuba resipi mudah ini. Bahan-bahan: 5 keping tempe 1 cawan tepung gandum 2 sudu besar tepung beras 1 sudu besar ketumbar 3 ulas bawang putih serbuk kunyit
sedikit garam dan air Bahan Untuk Sambal Kicap Segengam cili padi 2 ulas bawang putih gula kicap Cara-caranya: Potong nipis tempe. Serongkan sedikit. Tumbuk bawang putih dan ketumbar. Campurkan tepung dengan bahan tumbuk dan serbuk kunyit. Letak garam skit. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga macam bancuhan goreng pisang. Panaskan minyak, renjiskan sedikit adunan tepung. Celupkan tempe ke dalam adunan tepung. Kemudian goreng hingga kekuningan. Untuk sambal kicap - tumbuk cili, bawang putih, dan gula. Masukkan dalam mangkuk dan masukkan kicap. Cicah dengan tempe goreng tadi. - CARI Infonet Sumber resipi: Blog Hana Memories |
19
Bagus |
13
Marah |
24
Terkejut |
15
Sedih |
16
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT