CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Hanya RM2 Dalam Poket.."Takpelah, Pakcik Makanlah Ya.."

25-3-2016 10:51 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 8000| Komen: 27

Oleh Adib ZA



Kata orang, walau betapa susahnya masalah dan dugaan yang kita lalui, ketahuilah lebih ramai lagi yang kurang berdaya dan kesempitan daripada kita. 

Itulah yang dilalui oleh seorang anak muda ini. Kisah yang dimuat naik di laman Facebook ini mungkin nampak biasa-biasa bagi sesetengah orang, namun bagi mereka yang pernah merasai keperitan dalam hidup pasti terkesan dengan tindakan netizen ini. 

Kisahnya, seorang pakcik yang ditemui netizen ini, seolah-olah menginginkan pertolongan. Selepas ditanya, ternyata pakcik itu hanya ada RM2 sahaja dalam poketnya. 

Rasa sangat terharu dan tersentuh, netizen ini cuba membantunya dengan memberi makanan dan juga tambang pulang ke Sentul dari Sungai Buluh.


Katanya, dia sendiri bukanlah senang sangat waktu itu, hanya berbekalkan RM20 dalam poket, netizen ini pun ada hal yang hendak diselesaikan. Namun, rasa kasihan yang menebal, dibantunya juga pakcik itu. 

"Dalam poket aku ada 20 ringgit jeh nih..nak g subang lagi...takpalahh pakcik, pakcik makanlah yee.. alas perut pakcik tuh...saya ada tenaga lagi.." ujarnya.





Yang lebih menyedihkan, pakcik ini dikatakan mempunyai dua orang anak perempuan, namun mereka seperti tidak mempedulikannya. 

Buat netizen ini, semoga tindakan anda dicontohi ramai anak muda yang lain agar lebih menyanyangi dan menghormati warga tua. 

Syabas kerana sanggup mengikat perut untuk membantu orang yang kurang mampu, meskipun diri sendiri pun bukanlah senang sangat. 

Kisah positif ini sangat-sangat perlu diviralkan dalam masyarakat yang dahagakan kebaikan dan aura positif. Semoga ia mampu menutup lompang-lompang kisah negatif yang bertebaran di laman sosial pada masa ini.  - CARI Infonet
11

Bagus
15

Marah

Terkejut
7

Sedih
10

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (54 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CrowneGlory 25-3-2016 10:56 AM
kew...kew...kew....sakai x reti guna perkataan yg betul ke...
Quote CARI-MAMS 25-3-2016 11:00 AM
CrowneGlory replied at 25-3-2016 10:56 AM
kew...kew...kew....sakai x reti guna perkataan yg betul ke...

budak2 zaman ni...apa pun dia ada menolong org...itu lebih penting..
Quote CrowneGlory 25-3-2016 11:08 AM
CARI-MAMS replied at 25-3-2016 11:00 AM
budak2 zaman ni...apa pun dia ada menolong org...itu lebih penting..

yg penting viralkan....
Quote mizlily 25-3-2016 11:09 AM
kadang2 mmg betul seseorg itu susah & perlu pertolongan..
kadang2 hmmm xboleh nk percaya
Quote undark 25-3-2016 11:56 AM
kita dah tlg niat baik insyallah Allah terima the rest biar Allah buat kerja Dia
Quote saviour_09 25-3-2016 11:56 AM
memang trend sekarang ke sendiri buat baik & sendiri viral kan dalam pesbuk???
Quote zameyla 25-3-2016 11:59 AM
salah ke anak2 pak cik nie pulak...
zaman skrg nie kena dengar dari dua2 belah pihak...
Quote kimchipedas 25-3-2016 12:49 PM
Aku kalo baca org tu sdri buat pastu sendiri viral bole dgr je la percaya belum tentu lg...kes2 cmni kena dgr 2 belah pihak..
Quote Artemesiaa 25-3-2016 02:17 PM
Banyak dah jadi kes macam ni tak boleh nak salahkan satu pihak je kena dengar cerita dua2 belah pihak baru boleh tahu citer sebenar.  Zaman sekarang ni yg pura2 berlakun tak ada duit nak balik rumah dah banyak kali terjadi.  Dulu kat area KL sentral ramai yang terkena.  Tapi kalau pakcik ni benar2 susah syukur le masih ada insan yg nak menolongnya.
Quote tintabiru73 25-3-2016 03:53 PM
yew kew? Puiiii
Quote tintabiru73 25-3-2016 03:56 PM
saviour_09 replied at 25-3-2016 11:56 AM
memang trend sekarang ke sendiri buat baik & sendiri viral kan dalam pesbuk???

yang penting last tu..."saya IKHLAS belanja pokcik......." pastu set untuk public kan ke dunia
Quote saviour_09 25-3-2016 04:01 PM
tintabiru73 replied at 25-3-2016 07:56 AM
yang penting last tu..."saya IKHLAS belanja pokcik......." pastu set untuk public kan ke duni ...

ikhlas SANGAT
Quote manjalara_01 25-3-2016 04:08 PM
zameyla replied at 25-3-2016 11:59 AM
salah ke anak2 pak cik nie pulak...
zaman skrg nie kena dengar dari dua2 belah pihak...

Yes!!....need i say more....?
There is always a reason behind an action...bleh?...
Quote Abangwahab 25-3-2016 04:37 PM
kalo x viralkan xboleh ke?
Quote ipes2 25-3-2016 06:36 PM
kalau org lain ceritakan utk dia sebenarnya lagi best kot story ni; bleh je dia kata "tadi kawan aku citer dia jumpa pakcik bla bla"..takde lah nnt buat org ragu ragu dgn keikhlasan diri
Quote fire_place 25-3-2016 08:05 PM
Pernah kat stesen minyak,ada satu kete buruk ni,
Merayu minta duit,laki aku bagi,TP takut lah tipu,dia CKP nk isi minyak
Bila bg duit tu,dia Call org bgtau ada duit isi minyak,ya Allah..tuhan je yg tahu
Sedih gila rasa hati.

Kat hospital perlu berjaga2. Ada org amik kesempatan.ni pun laki aku kena,
Buat muka sedih nak balik xda duit,sekali dgn semua kete dia Mintak.kalau sorg bg rm20.

Lagi satu makcik ni,laki aku marah.dia dok tepi,suruh anak kecik mengemis meminta2 duit.
Cakap bapak xkeja sakit..laki aku panggil mak dia,muda lg sihat walafiat.laki aku cakap
Suami sakit apa? Kencing manis,kaki kena potong ke?xkan xboleh cari duit.awk ni sihat
Kenapa xmenjual ke apa,keje kilang,sggup awk duduk tepi anak kecik minta duit,
Laki aku bg juga duit,TP dia bgtau amik duit ni buat lah jual pape,kalau sy tahu jadikan
Anak tempat mengemis,sy report nanti.aku xtahu suami aku ni kejam atau tindakan dia tu betol.
Quote ffbeauties 25-3-2016 11:31 PM
Aku menyampah betul orang yang
.. Buat baik pastu riuh sedunia bagitau orang.. Ikhlas eh?? Hmmm..
.. Makbapak yang burukkan anak-anak
Quote batmana 26-3-2016 06:04 PM
jadila cm manager tesco tu, pi siasat,
pi rumah dia, pi jupe jiran dia, pi jupe sedara dia

barula cite kt public

bangang betul
Quote Jerambut 26-3-2016 07:05 PM
Edited by Jerambut at 26-3-2016 07:07 PM

nak kena viral kan ke?
Macam citer biasa je.
aku pun pernah kena macam ni.
Banyak terkena la.
Pundek betul.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.060648 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top