Oleh : TS LOO
Cheng Beng lebih dikenal dalam bahasa Hokkien bermaksud terang dan cerah, juga disebut Qing Ming dalam bahasa Mandarin merupakan hari penting dalam budaya dan tradisi kaum Tionghua untuk menghormati para leluhur dan sanak keluarga yang meninggal dunia setiap tahun. Doa dan upacara sembahyang dilakukan kepada yang sudah meninggal dunia meskipun bukan keluarga sendiri. Tahun ini, Hari Cheng Beng jatuh pada 4 April dan upacara sembahyang boleh dilakukan awal 10 hari atau lewat 10 hari dari tarikh 4 April.
Sepanjang tempoh Hari Cheng Beng, masyarakat Cina akan ziarah ke tapak perkuburan semestinya dengan pembersihan kubur dan mengecat semula tulisan nama yang diukir pada batu nisan serta menambahkan tanah baru pada kubur yang sudah lama. Anak lelaki wajib melakukan segala penghormatan dan memberi wang sewa tanah kubur dan pembersihan kubur namun anak perempuan yang sudah berkahwin masih digalakkan menjalankan segala tanggungjawab ini. Pada hari ini, kawasan tanah kubur yang berkurangan menyebabkan ramai masyarakat Tionghua memilih meletakkan abu mayat di kuil-kuil namun Hari Cheng Beng tetap dilakukan di kuil dengan penuh penghormatan. Upacara sembahyang khas juga dilakukan oleh sami-sami sepanjang bulan Cheng Beng dengan bacaan doa. Tradisi yang murni ini diteruskan setiap tahun. Pembacaan doa ditujukan kepada Dewa Bumi (Thu Thi Kung) yang menyatakan bahawa pihak keluarga sudah datang ke makam leluhur untuk bersembahyang. Selepas itu, ia diikuti dengan upacara pemujaan kepada patung Dewa Penjaga Kubur Tertentu (Hou Tu Shen) yang terletak di sebelah kubur nenek moyang masing-masing. Duit kertas putih dan duit kertas kuning diletakkan di atas tanah kubur Cina sebagai tanda simbolik pemberian duit kepada nenek moyang dan menandakan tanah kubur Cina tersebut telah diziarahi oleh keturunannya. Sembahyang dengan membawa pelbagai juadah berbeza yang mengandungi kuih muih, buah-buahan dan makanan sayuran dan yang penting kertas sembahyang berwarna emas dan perak dibakar untuk menerangi roh leluhur serta pakaian kertas juga dibakar untuk disedekahkan kepada leluhur. Kaum Tionghua mempercayai jika membudayakan Cheng Beng ini, kebaikannya adalah menghormati orang tua selagi mereka masih hidup dan tetap menghargai jasa dan pengorbanan mereka walaupun mereka sudah tiada lagi. Erti pengorbanan memang tidak ada nilainya dan tidak boleh diganti dengan wang ringgit apatah lagi jika berkorban untuk bangsa dan negara. Salam takziah kepada keluarga perwira-perwira yang terkorban di Lahad Datu. Jasa mereka tiada nilainya dan dikenang selamanya. - CARI Infonet |
19
Bagus |
15
Marah |
21
Terkejut |
18
Sedih |
25
Lawak |
28
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Salam takziah kepada keluarga perwira-perwira yang terkorban di Lahad Datu. Jasa mereka tiada nilainya dan dikenang selamanya.
PenangWin replied at 24-3-2016 08:30 PM
puisi yg berkenaan dgn Cheng Beng 清明
suefai replied at 24-3-2016 09:10 PM
qingming shijie yu fenfen
lushang xingren yu duan hun
jie wen jiujia he chu you?
sekngucing replied at 24-3-2016 08:53 PM
ooo perayaan ni rupanya yg ada bendera kecil di tepi tepi jalan tu dia cucuk
selalu nampak masa di ...
suefai replied at 24-3-2016 09:10 PM
qingming shijie yu fenfen
lushang xingren yu duan hun
jie wen jiujia he chu you?
mbhcsf replied at 24-3-2016 09:47 PM
so what is the word for word translation ?
mbhcsf replied at 24-3-2016 07:25 PM
may i ask you something , dalam perayaan kebudayaan masyarakat Cina , saya kerap nampakbuah limau - ...
HannahMontana replied at 24-3-2016 10:45 PM
ming ming bai bai wo de xin
ChildrenOfBodom replied at 24-3-2016 10:49 PM
foods served as an offering to the ancestors. use in prayer etc. different foods carries different ...
spiderman80 replied at 24-3-2016 11:05 PM
https://www.youtube.com/watch?v=HvnjyFHhysk
Lagu Jackie Chan....best lagu tu.
HannahMontana replied at 24-3-2016 11:12 PM
I dedicate this song for u lah
spiderman80 replied at 24-3-2016 11:16 PM
Sweetnya sayang!! I lup you!!
ADVERTISEMENT