KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan bercadang menambah 20 lagi Klinik 1Malaysia (K1M) di seluruh negara bagi memastikan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah, dapat dinikmati secara menyeluruh. Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata cadangan itu selaras dengan hasrat kementerian bagi memastikan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada rakyat melalui produk 1Malaysia. "Kita di kementerian akan pastikan sistem penyampaian dan perkhidmatan terbaik kerana kita telah diiktiraf antara yang terbaik di dunia. "Namun kita (kementerian) tidak boleh leka malah perlu tingkatkan usaha dalam hal penyampaian perkhidmatan kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di Rumah Bakti Datuk Harun di sini hari ini. Pada majlis itu, Persatuan Kebajikan Anak Melayu Pulau Pinang di Wilayah Persekutuan dan Selangor menyampaikan sumbangan wang tunai RM80,000, sejadah dan Al-Quran kepada 20 rumah anak yatim serta sekolah tahfiz di kedua-dua negeri. Dr Hilmi berkata kementerian akan berusaha menempatkan sekurang-kurangnya seorang doktor di setiap K1M kerana ketika ini, hanya 22 klinik berkenaan mempunyai doktor manakala yang lain dikendali oleh penolong pegawai perubatan. "Kementerian akan cuba selesaikan masalah kekurangan doktor dalam masa terdekat dan kita akan cuba mempercepatkan masa menunggu pesakit di K1M," katanya. Sehingga kini, terdapat 230 K1M di seluruh negara yang memberi perkhidmatan kepada lebih 1.5 juta rakyat dan hanya mengenakan bayaran RM1 bagi warganegara manakala RM15 bagi bukan warganegara. Petugas di K1M adalah jururawat terlatih dan penolong pegawai perubatan yang menawarkan khidmat perubatan bagi kes ringan seperti sakit dan kecederaan biasa seperti demam, batuk, selesema serta luka kecil selain rawatan susulan bagi kencing manis dan darah tinggi. Klinik itu adalah sebahagian daripada pengisian Gagasan 1Malaysia, ilham Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberi fokus khas terhadap perhubungan harmoni antara kaum, penyatuan nasional dan pentadbiran efisien.
|
5
Bagus |
11
Marah |
6
Terkejut |
8
Sedih |
4
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan bercadang menambah 20 lagi Klinik 1Malaysia (K1M) di seluruh negara bagi memastikan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah, dapat dinikmati secara menyeluruh.
razhar posted on 16-7-2013 04:09 PM
RM1 tu untuk kena tunggu berapa lama? bukan kalu sakit,depa bagi pain killer dulu? pas tu buat app ...
ADVERTISEMENT