CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Maaf, Saya Edit Gambar Awak Jadi Bogel"

23-3-2016 11:15 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 44543| Komen: 37

Oleh Adib ZA



Manipulasi gambar yang melibatkan jenayah siber nampaknya semakin menjadi-jadi dan terbaru, seorang wanita terkejut apabila mengetahui gambarnya telah diedit menjadi gambar lucah.

Ini terjadi apabila suspek boleh mengambil sesuka hati gambar mangsa di laman sosial tanpa meminta kebenaran. Selepas menyunting menjadi gambar lucah, dia akan menggunakan gambar itu untuk mengugut si mangsa. 

Begitulah antara modus operandi yang dikatakan sedang berlaku di kebanyakan laman sosial kini. 

Kisah yang satu ini dikongsikan oleh wanita yang bernama Bieyla Faira di salah satu grup di Facebook. Katanya seorang lelaki sengaja mengambil gambarnya di Facebook kemudian menyunting gambar itu. 


Menganggap perbuatan itu sangat biadap, wanita ini seolah buntu dengan jalan penyelesaian dan meminta pandangan rakan-rakan di laman sosial.

"Apa perlu buat kalau orang buat macam ni kat kite?"

"Gambar itu dia ambil dari Wechat atau Facebook, mungkin. Dah biadap betul anjing ni!" katanya.






Dalam perbualan yang dipaparkan itu juga, dilihat lelaki atau suspek itu sengaja 'memberitahu' mangsa yang dia telah menyunting gambar itu menjadi satu gambar lucah. 

Konon-kononnya sedang meminta maaf, namun sebenarnya ada maksud dan niat buruk yang disembunyikan.

Sebab itu, tidak digalakkan mendedahkan terlalu banyak gambar peribadi di laman sosial. Memang orang cakap "itu facebook aku, aku punya suka" namun jika jenayah seperti ini sudah berlaku, siapa nak jawab? - CARI Infonet


Sumber: Mynewshub
17

Bagus
16

Marah
9

Terkejut
12

Sedih
7

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (78 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote irwansuhadi 23-3-2016 11:20 AM
masalahnya adalah pada penjenayah bukan kepada mangsa... kita selalu menuding jari kepada mangsa sedangkan yang bermasalah ialah penjenayah itu sendiri. Ragam manusia, terlalu suka menuding jari
Quote AbukRokok 23-3-2016 11:25 AM
makin sombong lah cikki cikki kat fb sbb perangai jibauk jibauk cam ni
Quote opie5662 23-3-2016 11:30 AM
irwansuhadi replied at 23-3-2016 11:20 AM
masalahnya adalah pada penjenayah bukan kepada mangsa... kita selalu menuding jari kepada mangsa sed ...

Kalau mangsa sendiri bukak peluang pada penjenayah, itu salah sendiri....dh byk kali org igt kan jgn terlalubexpose kat media sosial...skrg keje penjenayah makin mudah...jg jgn la bukak peluang kat diorg...berhati2 la..

Mmg penjenayah tu bermasalah...tp kite lg bermasalah yg bg laluan mudah utk diorg...
Quote manjalara_01 23-3-2016 11:31 AM
irwansuhadi replied at 23-3-2016 11:20 AM
masalahnya adalah pada penjenayah bukan kepada mangsa... kita selalu menuding jari kepada mangsa sed ...

so kalau jadi mcm ni nak buat ape?..
report polis?....then mcm mana die org nak siasat kes mcm ni?...
Quote missfake 23-3-2016 11:41 AM
kadang tu saje je cakap cmtu..kalau xnak gambar tersebar suruh bayar duit.. member iols penah kena, terus die block no orang tu,unfriend semua kawan, delete semua gambar, create akaun baru takut dimalukan. Last2 senyap je..takde pape pun...
Quote EncikRhoma 23-3-2016 11:47 AM
manjalara_01 replied at 23-3-2016 11:31 AM
so kalau jadi mcm ni nak buat ape?..
report polis?....then mcm mana die org nak siasat kes mcm ni ...

report polis? buang masa sis...diorang boleh detect orang yg edit gambar rosmah or najib sahaja. Pagi ni viral kat media sosial, petang terus dapat detect sape yang edit walau pun orang buat fake akaun. Kalau rakyat marhein macam kita ni, berkurun la. Kes ugut azwan ali pun (bukan kes nak sunat tu) dah berapa lama pun tak dapat detect lagi sampai sekarang
Quote chinta89 23-3-2016 11:55 AM
EncikRhoma replied at 23-3-2016 11:47 AM
report polis? buang masa sis...diorang boleh detect orang yg edit gambar rosmah or najib sahaja. P ...

setuju. ingat kita siapa polis nk siasat bagai sampai dapat? kalau dah sampai 40 org yg kena tu, lps dah viral n dikecam, baru la polis nk ambik tindakan.

kita bukan siapa2 utj diambilberat sedemikian. kalau najib rosmah, mcm u cakap, pagi edit, petang dah dapat tangkap.
Quote aderaderker 23-3-2016 11:56 AM
Aku baca typo n short form merapu budak ni terus hilang kesian...
Quote Princess_Na 23-3-2016 12:01 PM
Gambaq jgn terlalu di expose, ni tidakk.. Dah beralbum2 gambaq muka selfie sendiri je..

Gambar atas, bawah, tepi, depan, belakang dan sume sisi ada. Complete nak buat video tiruan tau.
Quote Artemesiaa 23-3-2016 12:09 PM
Gambar private simpan je le dalam koleksi sendiri tak perlu le nak simpan dalam media sosial zaman sekarang ni macam2 cara org boleh guna utk memburuk2kan atau utk peras ugut.  
Quote bunnyhoney 23-3-2016 12:28 PM
Tujuan upload gambar untuk??
Quote tiang@pi 23-3-2016 01:04 PM
Betol...betol...
Quote manjalara_01 23-3-2016 01:06 PM
EncikRhoma replied at 23-3-2016 11:47 AM
report polis? buang masa sis...diorang boleh detect orang yg edit gambar rosmah or najib sahaja. P ...

sedihnye jadi rakyat jelata...
Quote EncikRhoma 23-3-2016 01:43 PM
bunnyhoney replied at 23-3-2016 12:28 PM
Tujuan upload gambar untuk??

untuk dipuji-puji...
"cutenye ko macam panda"
"cantiknya tudung paritdah ko"
"ko nampak kurus la sekrg macam jerangkung"
"flawlesnye kulit ko macam timun. Ko pakai produk apa"

Gitu....

Quote bunnyhoney 23-3-2016 01:46 PM
EncikRhoma replied at 23-3-2016 01:43 PM
untuk dipuji-puji...
"cutenye ko macam panda"
"cantiknya tudung paritdah ko"

Kannnnnnn?????


Quote tipuware 23-3-2016 02:10 PM
syukur msa zaman friendster dulu takde kes2 gini.. byk kot selfie aku masa tu.. zmn fb dah tak kuasa nak upload gambar selfie
Quote turboturtle 23-3-2016 02:15 PM
Kesian otak xboleh pikir jauh, 1 gambar 101 kegunaan, org blh buat macam2 pun ko xboleh nak pikir jauh, otak tersangkut cuma 1 tahap je.

upload lh lagi gambar banyak2.
Quote CrowneGlory 23-3-2016 02:51 PM
Upload nk sgt org puji...mendapatla situ
Quote blackwidowbae 23-3-2016 03:19 PM
tapi makcik haplod gambar kucing kucing makcik jer



habis ler kemaluan kucing kucing makcik nanti gambar di edit bogel

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:40 PM GMT+8 , Processed in 0.156945 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top