CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Suami Isteri Disaran Bergaduh Sekurang-kurangnya Seminggu Sekali

23-3-2016 11:56 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 16053| Komen: 23

Description: Perkahwinan sentiasa menuntut kesabaran dan tolak ansur yang tinggi antara pasangan suami isteri....

Oleh : Dean BZ

Foto - cahayamentarimarketing.com


Perkahwinan sentiasa menuntut kesabaran dan tolak ansur yang tinggi antara pasangan suami isteri. 

Dalam ikatan perkahwinan, pastinya ada pasang dan surut kerana sebagai manusia biasa kita sememangnya tidak pernah dapat lari dari melakukan kesilapan. Kita juga tidak mungkin dapat mengelakkan diri dari perasaan marah, cemburu dan sebagainya. 

Apa yang kita boleh lakukan hanyalah kurangkan pertengkaran dan jangan biarkan ia menjadi lebih parah hingga menyebabkan hubungan suami isteri semakin renggang. 

Namun lain pula dengan kajian Lembaga Penyelidikan Pemasaran India (1MRB), pasangan suami isteri disarankan bertengkar atau bergaduh sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi mengekalkan kebahagiaan.  Menurut kajian itu lagi, pertengkaran lebih baik dari memendam rasa marah atau sakit hati kerana sekurang-kurangnya pasangan tahu dimana silap masing-masing walaupun mungkin mengambil sedikit masa untuk berfikir.



Mungkin ada kebenaran juga kajian ini kerana kebanyakan pasangan mengaku selepas pertengkaran pasti hubungan mereka akan lebih erat. Pertengkaran kadang-kadang bukan untuk mencari kesilapan pasangan semata-mata namun untuk memperbetulkan kesilapan yang telah dibuat.


Anda nilaikan sendiri mana betul mana salah kerana sebagai ummat Islam kita dituntut menjadi penyabar. Bukan bermakna penyabar itu kita disuruh memendam rasa, mungkin boleh luahkan rasa marah namun dengan cara berhemah tanpa perlu menengking pasangan. 


Berbalik pada kajian ini, sudahkah anda bergaduh dengan suami atau isteri anda untuk minggu ini? - CARI Infonet.






*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.






6

Bagus
8

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
5

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (28 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 23-3-2016 12:54 PM
idea bangang mne lak ni suh bgaduh sekali smniggu utk kekalkan usia perkahwinan..
Quote JENABREJAM89 23-3-2016 01:09 PM
chinta89 replied at 23-3-2016 12:54 PM
idea bangang mne lak ni suh bgaduh sekali smniggu utk kekalkan usia perkahwinan..

hahahahahaha ....
Quote easelle 23-3-2016 01:26 PM
ni yg risau ni..dah 4 tahun kawin lum pnh bergaduh..hohoho
Quote callance 23-3-2016 01:46 PM
bagus gak bgaduh tp jgn la tiap2 minggu. biasanye bila time marah, ungkit mengungkit suma yg x puas hati. masa ni la nak luah segala terbuku kat hati.. bila dah penat bergaduh, duk dlm bilik melayan perasaan sorg2. x lama tu kluar bilik p masak kat dapur, n kitorg makan same2 cam xde ape2. gaduh2 pun dah 4 tahun kawen...hahaha...
Quote sayang_pjan 23-3-2016 01:50 PM
hahhaha.....igtkn kena gado hari2...
Quote bunnyhoney 23-3-2016 01:55 PM
Gaduh?
Tiap2 malam patutnya bergaduh...
Quote lurve82 23-3-2016 02:34 PM
jarang gaduh..buat sakit otak jah...
Quote zameyla 23-3-2016 02:37 PM
biasa la tu gaduh skit2...tp jangan la sampai tiap2 minggu kena gaduh...
Quote CrowneGlory 23-3-2016 02:50 PM
Gaduh atas katil jer
Quote DahliaTulip 23-3-2016 04:31 PM
btl..mmg kene gado sesekali...klo x mendatar je hubungan.ala2 hambar.
Quote Sharifah180175 23-3-2016 05:11 PM
bunnyhoney replied at 23-3-2016 01:55 PM
Gaduh?
Tiap2 malam patutnya bergaduh...

Samala....
Ngeh ngeh ngeh
Quote saladin780 23-3-2016 06:14 PM
ni kajian dari India kan..

India n kuat berdrama berpisah tiada..tak letih ka dek nak gaduh setiap minggu
Quote bangang4 23-3-2016 08:34 PM
Edited by bangang4 at 23-3-2016 08:36 PM

HAHAHAHAHAHAHA!!!! ini khas utk org yg kuat memendam... org yg bijak tahu cara2 bertolak ansur tanpa perlu simpan rasa dendam.... xyah pendam2 atau marah2 pun. hahahahahahaha kesian... keluarga tak bahagia atau kurang bijak aku sarankan guna kekdah ni
Quote spankee_fili 23-3-2016 11:03 PM
gaduh jek..gado baik gado baik...
fefeeling kapel bbnu pun ada...
Quote bunnyhoney 23-3-2016 11:28 PM
Sharifah180175 replied at 23-3-2016 05:11 PM
Samala....
Ngeh ngeh ngeh

Hahahahaha...ngeh3
Quote fifie_olin 24-3-2016 12:29 PM
ye la kekadg nk gak rs bemasam muka..
padehal nk gurau senda...manja2 busuk jeh pon
Quote DayangKirana 24-3-2016 12:43 PM
tak perlu kot seminggu sejali..
once in a while jer..tu pun kalau ade benda tak puas hati, bila dah lama terpendam..
and paling lama pun 2 jam jer tarik muka..lepas tuh ok balik..
Quote oak.balustrade 26-3-2016 11:30 AM
Dulu2 masa baru2 kawin kerap jugak bergaduh. Dah ada anak & dah 9 tahun kawin entah mana iols campak kelakuan kaki cari gaduh iols tu. Busy fokus kat anak gamaknya. Skrg gaduh jugak cuma jarang2 sgt lah. Sebulan ada lah sekali dua. Komplen tu paling selalu. But knowing my husband rugi dibuat gaduh. Dia jenis suka aman2 lama2 iols termalu sendiri sebab dia suka berdiplomasi jah.
Quote Teru2Bozu 26-3-2016 02:41 PM
sminggu skali? aku boleh kata hari2. kalu x gaduh, rasa lain macam.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.067583 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top