CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

[Edisi Pop Kuiz] Peserta Dan Pihak Produksi Clever Girl Dikecam Netizen

22-3-2016 03:06 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 11030| Komen: 27

Oleh Izzah Abbasy

Selepas episod kedua program Clever Girl Malaysia bersiaran setiap Ahad jam 9 malam, masih ramai yang tidak berpuas hati dengan program baharu tersebut.  

Tidak seperti yang digambarkan, peserta-peserta yang mempunyai tahap IQ sangat tinggi ini ibarat terus dilihat 'kurang cerdik' lantaran program yang seakan pop kuiz dan bukan program uji minda yang mencabar.

Bukan itu sahaja, netizen turut mengecam pihak produksi kerana soalan yang diajukan juga taraf soalan peringkat kurang belasan tahun yang semestinya boleh dijawab dengan mudah.

Pada episod pertama rancangan itu, peserta yang mewakili Johor Wan Zarith Sofea menerima kecaman dan sindiran hebat daripada netizen apabila beliau tidak dapat membezakan antara Mother Teresa dengan Mahatma Gandhi.

Pada episod kedua yang bersiaran Ahad lalu, pihak produksi pula mendapat kritikan hebat apabila soalan; "Berapa banyakkah filem P Ramlee yang ada perkataan Bujang Lapok?" menyaksikan kebanyakan peserta memberikan jawapan "tiga". Seterusnya jawapan itu disahkan betul oleh pengacaranya, Alif Satar. Hakikatnya, jawapannya adalah empat.

Walaupun mendapat kritikan hebat, penerbit Shazreena mengambil pengajaran dengan kesilapannya namun masih belum mengubah cara program yang dikendalikan.

Jangan tak tahu, program Clever Girl telah menjadi topik utama (trending) di laman sosial Twitter. Bukan kerana program yang bagus tetapi disebabkan kejian dan makian oleh netizen. - CARI Infonet















14

Bagus
11

Marah
11

Terkejut
5

Sedih
10

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (64 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kentel 22-3-2016 03:12 PM
kakak @sepitsiput da rungkai kan dulu
Quote ramaramu 22-3-2016 03:20 PM
x leh hadam la cerita ni.. lps first episode iols dah x tgk dah
Quote Knowlee 22-3-2016 03:45 PM
the main reason why people hencap this show, sebab perkataan 'clever' tu. org bila dgr 'clever' tu, expect pandai sangat tahap IQ Albert Einstein gitu...
Quote chazey 22-3-2016 04:02 PM
Knowlee replied at 22-3-2016 03:45 PM
the main reason why people hencap this show, sebab perkataan 'clever' tu. org bila dgr 'clever' tu,  ...

Itulah aiol udah bilang jauh lagi clever peserta2 rancangan Di Mana Joe Jambul zaman aiol sekolah rendah/menengah dulu2 berbanding acik2 bnnu Clevergirlahsangat ni. Dah la soalan dalam show DMJJ tu susah2.
Quote Knowlee 22-3-2016 04:11 PM
chazey replied at 22-3-2016 04:02 PM
Itulah aiol udah bilang jauh lagi clever peserta2 rancangan Di Mana Joe Jambul zaman aiol sekolah  ...

Show Joe Jambul tu favourite show ai jugak. Jadi excited nak jadi detektif.
Quote nakkomenjugak 22-3-2016 05:52 PM
Edited by nakkomenjugak at 22-3-2016 05:56 PM

ughhh macam uols tak tau pulekkk. motif si clever la sgt girls masuk rancangan ni sekadar utk 15 minutes of fame atau jalan mudah utk dapat vvip or hartawan dermawan segala.... nak tau clever ke tak, bagi soalan macam who wants to be a millionaire tu.  
Quote turboturtle 22-3-2016 06:00 PM
Clever @ Bongok girl.. mahatma gandhi pun xkenal
Quote yasinfi 22-3-2016 07:01 PM
warna bendera malaysia pun tak tau...hmm
Quote BelovedTaeyeon 22-3-2016 08:32 PM
Gambar2 CD tu.

Macam aku punya jer


Quote giyomi 22-3-2016 09:46 PM
Stupid girl...stupid stupid.Bukan nak salahkan peserta pon dah yg menerbitkan rancangan ni pon dah bodo tahap tiga jadi what u expect. Dari sini kita bole menilai tahap pendidikan di Malaysia, mmg patut pon IPT/S Malaysia tak diiktiraf di luar negara. Bila kebodohan terserlah bagi alasan bodo konon tak sihat bagai.
Quote kakos 23-3-2016 10:14 AM
hari tu tertengok jugak rancangan ni dekat tv,, pasalnya adik aku yg tengah layan tv tu tiba2 dok kata '180 laaa 180 laa aduuuhhh dia nii',,  rupanya masa tu soalan dia tanya darjah putaran jam dari pukul 10 - 4 ada clever girl yg jawab 160 degree hahahaahahah!! buat malu kat budak sekolah jerrrrr...
Quote manjalara_01 23-3-2016 10:22 AM
ramaramu replied at 22-3-2016 03:20 PM
x leh hadam la cerita ni.. lps first episode iols dah x tgk dah

ape hadiah lumayan yg clever2 girl ni semua rebut kan?...
i pulak dengar je "clever girl".....speechless jap...& mmg x tgk la..
i knew it was gonna be bad just by the name of the show....



Quote ramaramu 23-3-2016 10:31 AM
manjalara_01 replied at 23-3-2016 10:22 AM
ape hadiah lumayan yg clever2 girl ni semua rebut kan?...
i pulak dengar je "clever girl"... ...

fame uols.. tu yg diorg ni nak.. plus nak promote beauty with brain kekdahnya...
tp nan hado.... main tgkap muat je asal ada rupa skit.. ada keje best2 skit ok lah kan..
Quote kumen2 23-3-2016 11:17 AM
x tgk... x bst.... sbb x nyanyi
Quote manjalara_01 23-3-2016 11:18 AM
Edited by manjalara_01 at 23-3-2016 11:20 AM
ramaramu replied at 23-3-2016 10:31 AM
fame uols.. tu yg diorg ni nak.. plus nak promote beauty with brain kekdahnya...
tp nan hado....  ...

xde makna nak "promote" beauty with brains ni....wth
lebih baik buat realiti tv.....

gi la ceruk2 mana.....tiap minggu jengah woman len....
yg kat bandar ke kat kampung ke...

gi la korek kisah2 ibu tunggal ke, kisah homeless woman ke....etc....
tgk mcm mana die org survive....mcm mana die org kumpul duit..jaga anak2...sampai berjaya....

haa....rancangan gini la dpt bg inspirasi pd kaum wanita kat luar sana...
ni bukan je promote smarts but also strength & courage....duh!!.....

kalau ade show mcm ni..i would definately watch.....
haa..xpayah pun sponser hadiah riban2...tp xde kesan pd penonton....

Quote EncikRhoma 23-3-2016 01:54 PM
Edited by EncikRhoma at 23-3-2016 01:56 PM

kalau betul2 nak buat rancangan yg nak menguji IQ peserta, cuba buat rancangan macam the genius korean tv show tu. Best rancangan tu. Tak jemu walau pun kena rewind n forward utk paham camna diorang setelkan tiap task. Sesetengah org mungkin pening tengok rancangan ni. Tapi nampak la jugak sisi 'clever' rancangan tu
Quote devilito2 23-3-2016 02:17 PM
soklan dia tu bleh kategori dlm soklan pandai ke?
Quote apiang 23-3-2016 02:29 PM
tapi lagu dia catchy..

hehe

Quote anno_miss 24-3-2016 11:55 AM
Teruk kena bahan...

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.257284 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top