CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Abang 'Cleaner' Dituduh Penjenayah, Gara-gara Berparang Ketika Pergi Kerja!

22-3-2016 01:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 5746| Komen: 15

Oleh Adib ZA



Parah juga bila pekerjaan kita dianggap sebagai penjenayah! Itu yang berlaku pada dua lelaki ini yang merupakan pekerja untuk kontraktor pembersihan.

Kelibat mereka yang menaiki motorsikal sambil membawa parang di sisi telah mengundang ketakutan di kalangan masyarakat.

Semuanya bermula apabila seorang netizen memuat naik gambar kedua lelaki itu sambil memberikan amaran tentang jenayah yang mungkin dilakukan. Ditambah dengan parang yang dibawa, tak jauh lagaknya dengan penjenayah kejam. 

Namun ternyata telahan netizen itu meleset kerana kedua lelaki itu bukanlah penjenayah atau perompak seperti yang disangka. 

Seorang wanita bernama Lela Balqis segera memberi penjelasan di laman sosial, tentang gambar tersebut. 


"Maaf...mohon semua agar tidak viralkan gambar mereka ini. Sebab ini adalah pekerja suami saya yang bekerja dengan kontraktor pembersihan kawasan di Aman Perdana..

"Mereka membawa alatan itu untuk membuat kerja dan bukan buat jenayah.."






Menyedari kesilapan itu, satu poster dan risalah untuk membetulkan kesilapan itu dikeluarkan oleh sebuah pihak iaitu Unit Peronda Klang Utama. 


Apa pun, diharapkan semua pihak lebih berhati-hati sebelum melabel seseorang sebagai penjenayah selepas ini. 

Buat mereka yang bekerja menggunakan peralatan yang tajam dan bahaya pula, jangan lupa menggunakan bekas yang selamat untuk menyimpan peralatan itu. Tidaklah nanti anda dilihat seperti penjenayah membawa senjata tengah merayau! - CARI Infonet
10

Bagus
8

Marah
1

Terkejut
12

Sedih
11

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (52 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mary_jane 22-3-2016 02:07 PM
Tak takut parang makan tuan ke bang?
Quote irwansuhadi 22-3-2016 02:26 PM
sebenarnya terlalu banyak kes jenayah yang melibatkan samun bersenjatakan parang dengan modus operandinya menggunakan motosikal. kesian...
Quote imransulaiman 22-3-2016 02:51 PM
Nanti semua orang akan cakap "bawa parang sebab bekerja" walaupun berniat jahat.

Tapi nak buat macam mana...dah jadi serba salah dibuatnya. Tak pasal-pasal orang yang ikhlas cari duit terpalit oleh kekejian sikap para penjenayah
Quote Artemesiaa 22-3-2016 03:12 PM
Sejak kes geng parang kuat merompak tu semua jadi fobia tiap kali nampak orang naik motor bawak parang.  Ada baiknya abg cleaner tu bungkus ke hapa dulu parang tu sebelum nak bawak takut jadi salah sangka cam dlm kes ni.
Quote revolusi_30 22-3-2016 03:15 PM
Bukan salah kebawak senjata mcmtu.....kalau tuntutan kerja ada prosedur  nyakan...naik kenderaan syarikat dan pakai pakaian syarikat misalnya...
Quote qronaldo7 22-3-2016 03:26 PM
bawak parang dalam kete pun salah
Quote prettyuglybabe 22-3-2016 04:02 PM
tak reti-reti nak sorok ke parang tu..
letak dalam sarung elok-elok letak dalam raga..
bukan pegang bogel macam tu..
dah tentu la orang sekeliling takut..
zaman ni jenayah merata-rata..
sebagai majikan, lela tu tak reti nak bagi panduan keselamatan pada pekerja ke?
Quote mak_wa95 22-3-2016 04:18 PM
kenapa xde kenderaan syarikat yang pergi menghantar segala peralatan tu
Quote giyomi 22-3-2016 09:27 PM
Nak kata kesian kena tuduh pon tak boleh jgk sebab keadaan sekarang. Yg ko g angkut parang n tayang kat semua siapa suruh mmg mengundang tanggapan salah. klu yer pon bagi jelar lah kontraktor tu yg bawak dlm kete, ini satu kesalahan klu ditangkap.
Quote bunnyhoney 22-3-2016 10:49 PM
Org kampung gi menebas pon tarak letak gtu..letak lam sarung susup2skit tak bagai nampak...
Quote kumen2 23-3-2016 11:23 AM
mana baju kerje
Quote Jagendas 24-3-2016 09:27 AM
lepas ni potong pokok pakai pisau lipat je la
Quote abas8888 24-3-2016 09:34 AM
ni elok sykat kontraktor tu yg kena tindakan...tak pantau kakitangan buat kerja....masuk kerja tak pakai uniform...jaket keselamatan pemantul cahaya pun tak pakai....tak bagi panduan...parang bawak merata..tercucuk badan sendiri orang tak kisah..ni kalau tercucuk orang lain masa eksiden ke? ni macam pekerja ladang yang suka bawak galah panjang dgn sabit terdedah tu..sama je perangai..kalau kena leher sendiri, nasib kau lah...ni kalau kena leher orang lain??
Quote CrowneGlory 24-3-2016 11:31 AM
Mohon parangkan siapa yg start tu
Quote -electrifying- 24-3-2016 12:21 PM
len kali bwk beg ke apa ke, jgn la bwk mcm tu je, mmg la org pkir bkn2..
dh la skrg ni zmn org merompak sesuka hati

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:06 PM GMT+8 , Processed in 0.094280 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top