CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isteri Tomok Banyak Beri Tips Belajar

18-3-2016 11:33 AM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 24210| Komen: 128

Description: Tomok yang kini melanjutkan pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM)...


Oleh Fyruz Hanna

Tomok yang kini melanjutkan pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM) memberitahu banyak mendapatkan khidmat nasihat daripada isterinya.

Rahayu Abbas, yang merupakan bekas graduan universiti tempatan sering membantu Tomok membuat nota dan juga mempersiapkan diri sebelum menghadapi peperiksaan akhir semesta baru-baru ini.

“Apabila dia berkongsi pengalaman dan memberi maklumat kepada saya baharulah saya sedar bukan mudah sebenarnya untuk menerima segulung ijazah.”


“Malah selepas menyambung pengajian di UUM saya kagum dengan penuntut universiti yang boleh menyiapkan tugasan diberikan tepat pada waktunya.”

Tomok juga mengakui menghadapi tekanan semasa belajar namun merasakan ianya adalah kebiasaan bagi seorang pelajar universiti. 

Walaupun sibuk dengan pelajarannya, namun ia tidak mengganggu karier Tomok kerana kelas hanya dijalankan dua kali seminggu. -CARI Infonet.

sumber: gosipmalaysia
19

Bagus
22

Marah
12

Terkejut
21

Sedih
12

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (97 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CrowneGlory 17-3-2016 12:36 PM
Comelnya anak2 dia...yg penting cukup bulan

all d best tomok!
Quote babydoll 17-3-2016 12:38 PM
cm comel pulak i tgk tomok & family

gud luck tomok!
Quote apiang 17-3-2016 12:41 PM
somel ngatttttt
Quote Orix 17-3-2016 12:48 PM
bru sem 1 dh stress ?   belum rse final year n FYP ye tomok
Quote AbukRokok 17-3-2016 01:09 PM
tomfok tomfok taik unta
Quote Missfadh 17-3-2016 01:17 PM
Biasalah degree mmg stress dan bukan senang.
Quote sepitsiput 17-3-2016 01:20 PM
Orix replied at 17-3-2016 12:48 PM
bru sem 1 dh stress ?   belum rse final year n FYP ye tomok

Kekdahnya meols dgr retis masuk berlaja ke UUM ni under sokongan Seniman... antara yg dah masuk uum sblm ni si Emelda Rosmila...Noh Hujan etc... tp sampai sudah x grad2 chuols....ke dah grad tp x bgtau media?

Xde sapa2 nk investigate ke? Sbb kebnayakan retis yg sambung study ni masa 1st sem jah kepoh kt wartawan...tp masa grad....xde plak kepoh2.

Setakat konvo UUM yg beberapa tahun ni...meols pnh baca M. NASIR jah dpt doctorate kehormat (x payah study pun)... retis2 lain....nowhere to be found chuols
Quote brown_pupil 17-3-2016 01:21 PM
Baru 1st sem degree dah stress? Jgn masuk 2nd sem terus xnak sambung dah la..

p/s- itu belum campur stress nak maintain CGPA lagi
Quote 4everMore 17-3-2016 01:22 PM
Mmg la tak mudah,sbb tu kena bljr
Quote miyamiyo 17-3-2016 01:25 PM
Geram tengok anak-anak tomok. Comel.

Anyway goodluck tomok. Degree memang payoh apatah lagi nak maintain good pointer. Stresssss.
Quote sepitsiput 17-3-2016 01:25 PM
Ini dia hasil googlelan meols....tarikh retis masuk UUM ialah tahun 2010....so 2016 sepatutnya dah grad...

KIB : 27/07/2010
Artis belajar jurusan komunikasi
Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar AZRUL EDHAM MOHD AMINUDDIN

PARA penggiat seni tempatan yang terpilih mengikuti pengajian Komunikasi dan Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa bersama surat tawaran daripada UUM selepas pelancarannya di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PENYANYI, pelakon dan pemuzik sentiasa berdepan dengan pelbagai lapisan masyarakat dalam mengharungi kerjaya mereka di mana bidang komunikasi penting dalam menjayakan setiap aktiviti tersebut.

Menyedari pentingnya bidang itu, maka ramai artis yang tampil memohon untuk mengikuti Pengajian Luar Kampus (PLK) jurusan Komunikasi Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah demi karier dan masa depan mereka.

Program khas yang julung kalinya dianjurkan oleh UUM itu sehingga kini telah menerima permohonan 38 penggiat seni termasuklah pengamal media massa tempatan pada sesi pengajian pertamanya mulai Ogos ini.

Zehra Zambri yang merupakan penyanyi pop dan irama Malaysia antara mahasiswi daripada kalangan artis yang berasa terpanggil untuk mengikuti pengajian dalam bidang itu yang mengambil masa empat tahun.

Menurut Zehra, dia mengikuti pengajian komunikasi kerana mahu menambah pengetahuannya dalam bidang itu yang amat penting dalam kerjayanya sebagai penyanyi, pengacara dan penerbit rancangan.

"Sebelum ini, saya pernah mengikuti pengajian dalam bidang komunikasi di peringkat diploma di Kolej Damansara Utama. Ini adalah peluang saya sambung belajar dan membuat persiapan untuk masa depan saya.

"Selain menjadi penyanyi, saya juga bercita-cita menjadi pengacara rancangan televisyen dan bakal menceburi bidang penerbitan. Contohnya, saya baru sahaja menjalani peperiksaan di RTM untuk menjadi penerbit rancangan.

"Saya dapati untuk menjadi penyanyi, pengacara mahupun penerbit, ilmu tentang komunikasi itu kena ada. Sebab itu saya tidak teragak-agak memilih jurusan ini," katanya kepada Hits semasa ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pada pertemuan di majlis pelancaran Program Khas PLK UUM itu, ramai artis yang terpilih mengikuti pengajian itu seperti bekas finalis Akademi Fantasia Zahid, Diddy, Akim, Hazama, Alif, Afiq serta Noh (Hujan) dan Emelda Rosmila.

Anggota kumpulan nasyid Saujana, Suffian Amrin juga tidak melepaskan peluang menambah ilmu di dada biarpun dia sudah memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa pada 2004.

Jelas penyanyi berusia 29 tahun itu, meskipun telah 13 tahun bersama Saujana tetapi dia merasakan ilmunya tentang komunikasi belum mencukupi dan berharap pengajian itu dapat mempertingkatkan lagi kerjayanya.

"Saya bukan sahaja menyanyi sepenuh masa bersama Saujana tetapi pada masa sama saya juga bekerja sebagai Penerbit Eksekutif dengan Hijjaz Records Sdn. Bhd., serta menganjurkan pelbagai acara, konsert dan promosi.

"Semua itu memerlukan komunikasi yang bagus . Walaupun sibuk tetapi PLK yang mempunyai kelas pengajiannya seminggu sekali menyebabkan saya sanggup untuk mengikuti program ini," ujarnya.

Sesi pengajian itu diadakan seminggu sekali, malah ia juga akan diadakan di kampus cawangan UUM di Kuala Lumpur bagi memudahkan golongan artis yang kebanyakkannya tinggal di ibu kota menghadirinya.



Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0727&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm#ixzz438Puombb
Utusan Melayu (M) Bhd
Quote sepitsiput 17-3-2016 01:26 PM
Edited by sepitsiput at 17-3-2016 01:29 PM

So senarai retis yg masuk UUM tahun 2010
1. Zehra Zambri
2. Neves
3. Zahid
4.Diddy
5.Akim
6. Hazama
7. Alif AF
8. Afiq AF
9. Noh (Hujan)
10. Emelda Rosmila.

Persoalan: after 5 years, dah grad ke theyols ni chuols?

Mohon detektif @qqofficial @changa @addamnor @enchikfitz @beta_carotene @lazim @orix jalankan siasatan segera
Quote mokcikKSKB 17-3-2016 01:33 PM
Sambung degree disaat ada anak2 mmg susah. Nak nak lg kena carik rezeki utk anak bini.mmg susah nk focus utk study.nasiblah bini tomok ni educated...boleh tlg didik anak2 dia..smg graduate with flying color tomok!!
Quote eija2013 17-3-2016 01:33 PM
memang UUM ni ada special program untuk artis ke? tak perlu result yg baik dalam SPM ke? terus boleh masuk mcm tu ke...mintak pencerahan...
Quote enchikfitz 17-3-2016 01:36 PM
sepitsiput replied at 17-3-2016 01:26 PM
So senarai retis yg masuk UUM tahun 2010
1. Zehra Zambri
2. Neves

Yang meols nampak Diddy jah yang tgh buat masters kat UK. Yang lain hauk...lagi2 si Akim dan rakan2 AF 7
Quote enchikfitz 17-3-2016 01:37 PM
Zehra Zambri masuk Ikon Siarawan tahun ni. Dah ada degree. Dah grad la kot
Quote TerompahMerah 17-3-2016 01:41 PM
Untunglah dpt peluang blaja...hope bkn hangat2 tahi ayam je la...
Quote Orix 17-3-2016 01:45 PM
sepitsiput replied at 17-3-2016 01:26 PM
So senarai retis yg masuk UUM tahun 2010
1. Zehra Zambri
2. Neves

entahla, iols x tahu sgat psal retis2 msuk UUM ni. kekdahnye deyols msuk bayar sendiri ke atau sponsorship ? ahmad idhan pn UUM kan?

klau deyols ni sponsorship siaplah iols nak hencap..

p/s : mek iti dlu heboh kata nk smbung belajar kt uitm apa cite?
Quote MH37O 17-3-2016 01:58 PM
setakat amik degree kos mcmtu, lupakan ajelah tomok oiii...tak kemana...lagipun aku rasa otak kau tu dah tepu...apa org tua cakap? beku? otak beku?

Lihat semua komen(128)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.054758 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top