Tomok Dedah Isteri Banyak Bagi Tips Dalam Tugasan Universiti
Pelakon dan juga penyanyi Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail kini sedang melanjukan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail turut memberitahu bahawa dia banyak mendapat tips dari isterinya, Rahayu Abbas mengenai tugasan universiti.
Bukan itu sahaja, isterinya yang merupakan bekas graduan unversiti tempatan telah banyak membantu mengajar Tomok dalam membuat nota dan juga mempersiapkan diri sebelum menghadapi peperiksaan akhir semester pertama baru-baru ini.
“Apabila dia berkongsi pengalaman dan memberi maklumat kepada saya baharulah saya sedar bukan mudah sebenarnya untuk menerima segulung ijazah.”
“Malah selepas menyambung pengajian di UUM saya kagum dengan penuntut universiti yang boleh menyiapkan tugasan diberikan tepat pada waktunya.”
Walaupun Tomok akui sangat tertekan dengan pelajarannya, namun itu merupakan kebiasaan bagi seorang pelajar universiti. Selain daripada isterinya, kawan sekuliah juga turut banyak memberikan dorongan dan sokongan kepadanya.
“Bukan mudah sebenarnya dan saya sendiri kadang-kadang berasa tertekan tetapi saya anggap ini sebagai satu pengorbanan yang akan mendatangkan pulangan lebih besar pada masa hadapan, Insya-Allah.”
“Alhamdulillah baru sahaja selesai semester pertama dan tidak sabar pula untuk mulakan pengajian peringkat seterusnya,” ujarnya.
Biarpun sibuk dengan pelajaran, ia tidak menggangu perjalanan karier seni Tomok. Malah, kelas hanya dijalankan dua kali seminggu sahaja.
“Saya memang tiada pekerjaan tetap tidak ada masalah untuk menghadiri kelas kerana persembahan juga kebanyakannya pada hujung minggu.
“Harap-harap dapat menyelesaikan kursus berkenaan dalam tempoh empat tahun diberikan.”
Apapun, semoga Tomok tabah menghadapi segala ujian yang mendatang.
|