Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah menerima surat maklum balas daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berhubung pencalonan gol pemain Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri untuk Anugerah Puskas FIFA 2016. Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, surat ditandatangani Pemangku Setiausaha Agung FIFA Markus Kattner bertarikh 14 Mac 2016 dari Ibu Pejabat FIFA di Zurich itu, turut mengucapkan terima kasih kepada FAM kerana menghantar surat kepada mereka dengan dilampirkan salinan video gol berkenaan untuk dinilai badan induk bola sepak dunia itu. "Walaupun FIFA tidak boleh memberi jaminan gol berkenaan akan menjadi satu daripada 10 calon akhir untuk Anugerah Puskas FIFA 2016, Kattner mengesahkan gol Faiz itu tetap dipertimbangkan bersama-sama gol menarik lain daripada pelbagai pertandingan seluruh dunia sepanjang tahun ini," kata Hamidin dalam kenyataan semalam.
Gol yang melencong cantik sebelum menerjah gawang lawan itu, menerusi sepakan percuma dari jarak kira-kira 32 meter pada perlawanan Liga Super ketika Pulau Pinang bertemu Pahang di Stadium Bandaraya, 16 Feb lepas.- CARI Infonet berita selanjutnya : bharian.com.my
|
5
Bagus |
6
Marah |
14
Terkejut |
8
Sedih |
20
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
zulka replied at 17-3-2016 11:42 AM
alahai...sekali tu je pun...
free kick yg lain2 kelaut semuanya...
zulka replied at 17-3-2016 11:42 AM
alahai...sekali tu je pun...
free kick yg lain2 kelaut semuanya...
Nokiaman replied at 17-3-2016 11:53 AM
Aritu bantuan angin..
Tap tup die jadik ikon....
Nokiaman replied at 17-3-2016 12:23 PM
Noted..Salah Tafsir..
Yet die tu bukan free kick expertise.....
All by incident...
Nokiaman replied at 17-3-2016 02:24 PM
Kapla vutoh sama lu sama lu bapak sekeluarga..
jangan nak menyebok lu sialan
ipin replied at 17-3-2016 01:47 PM
pandai kondem sj..
kalau suruh tendang... terkepit2 poen
ADVERTISEMENT