Musim panas melampau dengan suhu sehingga 39 darjah celcius pastinya memberi kesan buruk pada kesihatan. Orang ramai dinasihat meminum banyak air putih termasuk minuman berisotonik bagi menggantikan garam mineral yang hilang semasa berpeluh ketika musim panas. Pengarah Kesihatan Perlis Dr Zaini Hussin berkata pengambilan minuman tersebut perlu tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang dilakukan serta untuk memastikan tubuh tidak mengalami dehidrasi. "Perkara ini tidak harus dipandang ringan terutama bagi kawasan yang mengalami peningkatan suhu melampau sehingga mencecah 39 darjah celcius, seperti di Chuping di sini.
"Kementerian terus memantau keadaan. Setakat ini tiada sebarang kes signifikan berkaitan penyakit akibat cuaca panas seperti serangan strok haba berlaku di Perlis," katanya kepada Bernama ketika dihubungi Rabu. Selain itu, Dr Zaini berkata orang ramai perlu kerap mandi untuk menyejukkan badan dan sebaiknya berada di dalam kawasan terlindung daripada pancaran matahari iaitu di dalam bangunan atau memakai payung. Heat Stroke atau Strok Haba yang merupakan penyakit suhu panas yang mampu membawa kematian ini. . Strok akibat bahang terlalu panas bukan sahaja mudah menyerang kanak-kanak, tetapi juga golongan dewasa dan warga emas jika tidak mengamalkan pemakanan sihat serta menitikberatkan soal kesihatan. - CARI Infonet. Sumber - astroawani
|
5
Bagus |
9
Marah |
7
Terkejut |
5
Sedih |
3
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ultra78 replied at 17-3-2016 10:25 AM
Minum air kosong ajelah. Kalau fefeeling nak ganti elektrolit badan, sila bancuh sendiri air oral re ...
ADVERTISEMENT