View: 2107|Reply: 8
|
Musim Panas : Banyakkan Minum Air Putih, Minuman Isotonik Elak Dehidrasi
[Copy link]
|
|
Musim panas melampau dengan suhu sehingga 39 darjah celcius pastinya memberi kesan buruk pada kesihatan.
Orang ramai dinasihat meminum banyak air putih termasuk minuman berisotonik bagi menggantikan garam mineral yang hilang semasa berpeluh ketika musim panas.
Pengarah Kesihatan Perlis Dr Zaini Hussin berkata pengambilan minuman tersebut perlu tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang dilakukan serta untuk memastikan tubuh tidak mengalami dehidrasi.
"erkara ini tidak harus dipandang ringan terutama bagi kawasan yang mengalami peningkatan suhu melampau sehingga mencecah 39 darjah celcius, seperti di Chuping di sini.
"Kementerian terus memantau keadaan. Setakat ini tiada sebarang kes signifikan berkaitan penyakit akibat cuaca panas seperti serangan strok haba berlaku di Perlis," katanya kepada Bernama ketika dihubungi Rabu.
Selain itu, Dr Zaini berkata orang ramai perlu kerap mandi untuk menyejukkan badan dan sebaiknya berada di dalam kawasan terlindung daripada pancaran matahari iaitu di dalam bangunan atau memakai payung.
Heat Stroke atau Strok Haba yang merupakan penyakit suhu panas yang mampu membawa kematian ini. . Strok akibat bahang terlalu panas bukan sahaja mudah menyerang kanak-kanak, tetapi juga golongan dewasa dan warga emas jika tidak mengamalkan pemakanan sihat serta menitikberatkan soal kesihatan. - CARI Infonet.
Sumber - astroawani |
|
|
|
|
|
|
|
Minum air kosong ajelah. Kalau fefeeling nak ganti elektrolit badan, sila bancuh sendiri air oral rehydration salt. Satu paket 70 sen aje. |
|
|
|
|
|
|
|
minuman isotonic 100plus tu xelok ke sis ?
|
|
|
|
|
|
|
|
aku pefeeling remaja sekolah bawak botol air kulu kilir buat keje kat site kadang panas leting..makan pun aku tk oder air ada bwk air sndirik |
|
|
|
|
|
|
|
kalau siang kurang minum air, malam tu rasalah padahnya. tekak kering semacam je!! |
|
|
|
|
|
|
|
sian kan org yg keje kt luar kena pulak kt tmpt panas
kluar sekejap pun rsa pedih jerk kena panas
nk buka mata pun rasa sakit
duk ofis ni ok ler ada aircon..nyaman2 jerk. |
|
|
|
|
|
|
|
warna air adalah lutsinar
kalau warna putih tu sama ada air susu atau air mani. |
|
|
|
|
|
|
|
Minuman italian soda di kedai saya laku nk mati lately sis...cashlah sapa2 jual kopi dlm cuaca neraka ini. |
|
|
|
|
|
|
| |
|