Oleh : TS LOO Betul ke keputusan peperiksaan begitu penting? Ya, memang penting untuk ibu bapa masa kini.
Seorang netizen bernama Khairul Hakimin Muhammad memuatnaikkan satu status dalam akaun Facebooknya berhubung seorang jirannya di kawasan rumah yang memohon jasa baiknya mengkongsikan kisah anak perempuannya yang berumur 15 tahun telah bunuh diri akibat gagal memperolehi kedudukan nombor satu dalam kelas berdasarkan hasil keputusan ujian percubaan. Dalam tempoh satu hari yang singkat, status tersebut telah ditulis semula dan dikongsi oleh lebih 30 ribu netizen yang lain. Diharapkan kisah yang penuh tragis ini boleh memberi pengajaran kepada keluarga lain.
Menurut Khairul, puan jirannya itu bertegas mahu perkara tersebut dikongsikan dalam media sosial dan berharap Khairul dapat menyampaikannya kepada orang lain agar memberi ikhtibar kepada semua orang. Dalam status tersebut, Khairul mengatakan sebenarnya puan jirannya itu merupakan seorang cenderkiawan yang berpengetahuan luas, sebelum ini mendapat penghormatan daripada semua lapisan jiran tetangga. "Anaknya semua mmperolehi kejayaan di bidang masing-masing, seisi keluarga hidup dalam keadaan yang bahagia. Namun segalanya berubah sama sekali berikutan anak perempuannya membunuh diri. " "Anak perempuan kesayangannya bunuh diri dalam bilik dengan tubuh yang tergantung bertali yang diikat di leher menggunakan telekung." "Suaminya seorang guru, yang sering menginginkan anaknya mencapai keputusan peperiksaan pada kedudukan nombor satu, kalau anak mereka didapati lemah dalam pembelajaran, pasti akan dihantar ke kelas tuisyen." Akibat terlalu menumpukan perhatian pada pembelajaran, anak-anak mereka menjadi kurang pandai berkomunikasi dengan kawan-kawan sebaya, hanya tahu membaca buku dan menggunakan alat penulisan sahaja. Menurut apa yang disampaikan oleh puan jiran itu, ketika itu, mereka seisi keluarga kedengaran bunyi dari dalam bilik, namun tidak dapat buka pintu bilik tersebut, akhirnya terpaksa memecah masuk bilik nya, segalanya sudah terlambat, anak perempuannya telah meninggal dunia.... "Puan jiran tersebut amat tidak mengerti dan sedih, berulang kali menanya dirinya, kenapa anak perempuannya membunuh diri? Anak perempuannya baru saja habis menunaikan solat zohor, kenapa nak bunuh diri?" Kemudian, barulah puan jiran memahami, rupa-rupanya sehari sebelum bunuh diri, anak perempuan tersebut pernah menanya ayah nya : " Ayah, macam mana kalau suatu hari saya tidak mendapat tempat pertama? " Pada masa itu, ayahnya beritahu : " kalau macam itu, awak bukan lagi anak saya." Jawapan sebegitu menyebabkan anak perempuannya tidak dapat terima hakikat, maka terjadi lah tragis keluarga yang cukup menyayat hati. Puan jirannya menjelaskan suaminya sejak kecil tidak pernah bergurau senda dengan anak nya, hanya inginkan anak berjaya. Akibatnya, anak mereka lebih suka bergaul dengan pakcik-pakcik sahaja. Ada sekali, anaknya membuat kek harijadi untuk sambutan harijadi ayahnya, tetapi tanpa diduga, suaminya bukan sahaja tidak rasa seronok, malah memarahi anaknya kenapa buang masa membuat kek, kenapa tidak menggunakan masa buat kek itu untuk membaca buku?" "Suaminya juga pernah marah anaknya yang menyediakan sarapan untuknya dengan mengatakan kenapa nak berlagak macam pembantu rumah dari Indonesia?" Menurut Khairul, dia tidak dapat menahan air matanya sepanjang pengkongsian puan jiran yang betul-betul menyentuh hatinya. Setelah menyelesaikan pengebumian anak perempuannya, suaminya menghilangkan diri selama dua bulan. " Difahamkan setelah kematian anak perempuannya, dia memilih bermalam di beberapa masjid yang berbeza. Setiap malam dia bermimpikan anaknya merayu-rayu diselamatkan dari tali cemeti yang sentiasa datang seperti ular dan mengikat leher dan kemudian menggantungnya dari dari sepohon pokok yang sangat tinggi dan dia tak pernah berjaya menyelamatkan anaknya itu. Minpi yang serupa berlaku berkali-kali sehingga dia pernah takut untuk tidur. "Kini, dia sudah sedar bahawa anaknya tidak dapat diselamatkan lagi, dia hanya boleh selamatkan dirinya sendiri. Dia mula berubah dan tahu memeluk anak-anaknya yang lain, beramah mesra dengan cucunya, serta bergurau senda dengan mereka." Pada hujung pengkongsian, Khairul beritahu bahawa puan jirannya memesan kita harus bertegas dengan prinsip hidup masing-masing tetapi kalau boleh biarlah berpada-pada dan jangan berketerlaluan sehingga membawa padah kepada diri dan keluarga. Dalam pada itu, setelah pengkongsian itu dimuatnaikkan dalam akaun facebooknya, apa yang mengejutkan Khairul adalah banyak maklum balas diterima dari golongan pelajar yang rata-rata mengatakan mereka turut menghadapi situasi yang sama daripada ibu bapa masing-masing. |
20
Bagus |
20
Marah |
8
Terkejut |
7
Sedih |
13
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
chinta89 replied at 15-3-2016 04:28 AM
Ya Allah..sedihnya..
ibu bapa skg tlalu nk anak2 berjaya. walhal mak pak sendiri tuh bukan bjaya ...
gigahertz replied at 15-3-2016 12:45 PM
Ko nak jadi macam aku ? Spm hancuss math 8e english 7d. So wa talak dpaat masuk uni atau kolej...
...
stania83 replied at 15-3-2016 02:06 PM
ibu bapa tu kurang kasih sayanggg, why aaa golongan bapak ni kedekut sgt nak tunjuk sayang
melinda_kerr replied at 15-3-2016 03:22 PM
Itu tekanan pada anak. Bayangkan tekanan yg dihadapi seorang isteri dgn suami mcm tu. Zaman nk jd su ...
chinta89 replied at 15-3-2016 03:31 PM
aiii emo nya u di siang hari cuaca panas ni..
hiyuda replied at 15-3-2016 02:12 PM
Mcm mak aku,even aku further study in egineering dkat overseas pun kdg2 dia sebut kenapa aku tak jad ...
ADVERTISEMENT