CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kerap Tonton Drama Korea, Mata Gadis Ini Jadi Sebegitu Rupa

10-3-2016 11:46 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 6610| Komen: 11

Oleh Izzah Abbasy

Bagi peminat tegar drama atau filem Korea, sebut sahaja ceritanya pasti mereka tahu setiap kisahnya daripada A hingga Z. Yang sudah tentunya, peminat fanatik ini lebih kepada golongan wanitalah kan?

Sanggup tak tidur, mandi dan makan sebab nak habiskan episod drama atau filem tersebut. Anda pasti salah seorang daripadanya kan? Atau kawan sekeliling mesti ada yang seperti ini.


Sebenarnya sangat bahaya jika terlalu kerap menonton cerita ini lebih sembilan jam sehari berisiko dua kali ganda mendapat glaukoma berbanding individu lain. 

Seperti yang berlaku di Beijing, penglihatan seorang wanita muda China rosak teruk selepas menonton drama Korea tanpa henti di tabletnya hujung minggu lalu.

Wanita ini dikenali sebagai Huang berusia 20-an itu menonton 18 episod sejam setiap satu tanpa henti dan hanya berehat dua kali untuk makan.

Walaupun mengalami rasa tidak selesa pada matanya, dia tetap menghabiskan tontonan drama maraton itu.

Namun, suatu pagi Huang bangun tidur dan berasa sakit teramat pada mata serta loya. Selepas membuat pemeriksaan di jabatan oftalmologi Hospital Nanjing, doktor mendapati keadaan wanita muda itu lebih teruk berbanding tekanan biasa pada mata.

Huang didiagnosis dengan glaukoma akut, keadaan di mana tekanan meningkat dalam mata menyebabkan seseorang itu boleh menjadi buta.


Menurut Pusat Mata Nasional Singapura, gejala lain glaukoma akut termasuk mata merah, pening kepala dan loya.

Berhati-hati buat peminat fanatik cerita dan drama Korea ini. Walaupun ia dijadikan sebagai hobi, tetapi ia perlulah ditonton dengan berpada-pada. Tak pasal-pasal boleh buta 'free' akibat menonton lama-lama depan 'laptop' anda. Tak bagus kan? - CARI Infonet

*Penulis suka Running Man. Drama dan Filem Korea tak layan mana. Hehehe

14

Bagus
4

Marah
6

Terkejut
10

Sedih
7

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (51 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 10-3-2016 12:30 PM
cash la. hadap sgt..
Quote Artemesiaa 10-3-2016 02:54 PM
Apa2 yang dah berlebihan pasti merosakan
Quote azimodin 10-3-2016 03:04 PM
Iouls bertahun menghadap citer Korea/Jepun/Taiwan.. idok le bermata panda sebergitu. Masa demam f$ lagi la gigih menghadap 20 episode back to back lepas beli VCD kat speedy
Quote crunchez 10-3-2016 04:19 PM
iols duk 24jam depan komputer, okey jer mata iols. hurmm. budak ni mmg ada masalah mata kot.
Quote idakamaruddin 10-3-2016 06:54 PM
azimodin replied at 10-3-2016 03:04 PM
Iouls bertahun menghadap citer Korea/Jepun/Taiwan.. idok le bermata panda sebergitu. Masa demam f$ l ...

sheolss br nk jd fan korea kot..hahah iollss normal je back to back layan drama korea lg2 ms belajar dulu 2 hr bole hbskan 20ep so bila keje normal je ngadap pc kt opis dh 9hours blk umah ngadap tab ngn fon sama je nk tdo br off sume tu

dia ada masalah mata kot
Quote tiramisuu 10-3-2016 07:46 PM
Tgk dlm gelap agaknya..so cahaya dtg dr computer shj.huhuhu
Quote Lamrusat 11-3-2016 07:50 AM

drama korea tak suka...bosan....tapi klo movie dia mmg aku layan. best!!! tapi idok la kemaruk mcm nih.
Quote intan_smsb 11-3-2016 09:02 AM
iols da lama pencen nengok drama korea skrg berkecimpung dalam bidang masakan pulak kenyang perot iols dari sanggup kelaparan tgk drama
Quote skyreds 11-3-2016 09:06 AM
aku baru terjebak cite korea nie .. tu pun pasal story based on history
Quote blackwidowbae 11-3-2016 09:34 AM
Makcik pun tak tahan tengok screen pc lama lama, bukan sebab menangis tengok k-drama pun, tak tahu aper masalah, nanti jadi mata panda

Makcik manusia bukan panda pun
Quote gerbera.memopad 11-3-2016 02:37 PM
Tengok citer apa punlah kalau dah sampai 18 jam straight entah berapa kali seminggu, mahu tak memberontak mata tu

Lain kali kalau nak marathon, biarlah drama Jepun. Episod tak banyak, cuma 10/11 aje . Tapi jangan pulak kau layan hari2. Seminggu sekali, masa weekend bolehlah.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:57 AM GMT+8 , Processed in 0.050768 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top