View: 3727|Reply: 11
|
Kerap Tonton Drama Korea, Mata Gadis Ini Jadi Sebegitu Rupa
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Bagi peminat tegar drama atau filem Korea, sebut sahaja ceritanya pasti mereka tahu setiap kisahnya daripada A hingga Z. Yang sudah tentunya, peminat fanatik ini lebih kepada golongan wanitalah kan?
Sanggup tak tidur, mandi dan makan sebab nak habiskan episod drama atau filem tersebut. Anda pasti salah seorang daripadanya kan? Atau kawan sekeliling mesti ada yang seperti ini.
Sebenarnya sangat bahaya jika terlalu kerap menonton cerita ini lebih sembilan jam sehari berisiko dua kali ganda mendapat glaukoma berbanding individu lain.
Seperti yang berlaku di Beijing, penglihatan seorang wanita muda China rosak teruk selepas menonton drama Korea tanpa henti di tabletnya hujung minggu lalu.
Wanita ini dikenali sebagai Huang berusia 20-an itu menonton 18 episod sejam setiap satu tanpa henti dan hanya berehat dua kali untuk makan.
Walaupun mengalami rasa tidak selesa pada matanya, dia tetap menghabiskan tontonan drama maraton itu.
Namun, suatu pagi Huang bangun tidur dan berasa sakit teramat pada mata serta loya. Selepas membuat pemeriksaan di jabatan oftalmologi Hospital Nanjing, doktor mendapati keadaan wanita muda itu lebih teruk berbanding tekanan biasa pada mata.
Huang didiagnosis dengan glaukoma akut, keadaan di mana tekanan meningkat dalam mata menyebabkan seseorang itu boleh menjadi buta.
Menurut Pusat Mata Nasional Singapura, gejala lain glaukoma akut termasuk mata merah, pening kepala dan loya.
Berhati-hati buat peminat fanatik cerita dan drama Korea ini. Walaupun ia dijadikan sebagai hobi, tetapi ia perlulah ditonton dengan berpada-pada. Tak pasal-pasal boleh buta 'free' akibat menonton lama-lama depan 'laptop' anda. Tak bagus kan? - CARI Infonet
*Penulis suka Running Man. Drama dan Filem Korea tak layan mana. Hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Apa2 yang dah berlebihan pasti merosakan |
|
|
|
|
|
|
|
Iouls bertahun menghadap citer Korea/Jepun/Taiwan.. idok le bermata panda sebergitu. Masa demam f$ lagi la gigih menghadap 20 episode back to back lepas beli VCD kat speedy |
|
|
|
|
|
|
|
iols duk 24jam depan komputer, okey jer mata iols. hurmm. budak ni mmg ada masalah mata kot. |
|
|
|
|
|
|
|
azimodin replied at 10-3-2016 03:04 PM
Iouls bertahun menghadap citer Korea/Jepun/Taiwan.. idok le bermata panda sebergitu. Masa demam f$ l ...
sheolss br nk jd fan korea kot..hahah iollss normal je back to back layan drama korea lg2 ms belajar dulu 2 hr bole hbskan 20ep so bila keje normal je ngadap pc kt opis dh 9hours blk umah ngadap tab ngn fon sama je nk tdo br off sume tu
dia ada masalah mata kot |
|
|
|
|
|
|
|
Tgk dlm gelap agaknya..so cahaya dtg dr computer shj.huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
drama korea tak suka...bosan....tapi klo movie dia mmg aku layan. best!!! tapi idok la kemaruk mcm nih.
|
|
|
|
|
|
|
|
iols da lama pencen nengok drama korea skrg berkecimpung dalam bidang masakan pulak kenyang perot iols dari sanggup kelaparan tgk drama |
|
|
|
|
|
|
|
aku baru terjebak cite korea nie .. tu pun pasal story based on history |
|
|
|
|
|
|
|
Makcik pun tak tahan tengok screen pc lama lama, bukan sebab menangis tengok k-drama pun, tak tahu aper masalah, nanti jadi mata panda
Makcik manusia bukan panda pun |
|
|
|
|
|
|
| |
|