Oleh : Dean BZ
Pengerusi Biro Teknologi Maklumat UMNO, Datuk Ahmad Maslan yakin menyatakan bahawa usaha kumpulan 'Deklarasi Mahathir' tidak akan berjaya kerana kebanyakan isu yang dibangkitkan telah dijawab oleh pelbagai pihak termasuk isu 1MDB dan dana politik. "Tetapi mungkin pihak-pihak mereka itu tidak pernah ingin bersetuju terhadap jawapan-jawapan yang diberikan," katanya kepada pemberita di sini hari ini mengenai kerjasama beberapa anggota UMNO dan pembangkang yang menandatangani deklarasi diketuai bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat lepas yang antara lain mahu Datuk Seri Najib Tun Razak berundur sebagai perdana menteri.
Ahmad sebelum itu mengadakan pertemuan tertutup dengan persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) 'Keyboard Warriors' termasuk golongan profesional dan bukan profesional. Beliau turut berkata UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan berdiam diri dan membiarkan kumpulan yang terlibat dengan Deklarasi Mahathir itu melakukan apa sahaja. "Setiap apa yang mereka buat itu akan kita jelaskan kepada rakyat. Kita harap rakyat akhirnya akan mengetahui bahawa terlalu banyak perkara positif yang dibuat oleh kerajaan BN," katanya. Terdahulu, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir mengumumkan keluar dari UMNO kerana mendakwa parti itu sudah bertukar hanya untuk mempertahankan musuh politiknya Datuk Seri Najib Razak.- CARI Infonet. Sumber - astroawani.com
|
14
Bagus |
13
Marah |
11
Terkejut |
13
Sedih |
11
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT