CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

MASJID YANG MEMBAWA KEMARAHAN UMAT ISLAM TURKMENISTAN (15 GAMBAR)

12-7-2013 03:42 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9397| Komen: 30

Masjid Türkmenbaşy Ruhy ialah sebuah masjid yang dibina di Gypjak, 7 kilometer dari ibu negara Turkmenistan Ashgabat. Ianya dibina oleh bekas Presiden Seumur Hidup Turkmenistan Saparmurat Niyazov lengkap dengan sebuah makan sebagai persediaan beliau sebelum meninggal dunia. Ianya siap sepenuhnya pada tahun 2004 dan  Saparmurat Niyazov meninggal dunia pada tahun2006. Semasa hayatnya  Saparmurat Niyazov ialah seorang diktator. Beliau mengubah nama bulan Januari kepada nama gelaran beliau Türkmenbaşy yang bermaksud "Bapa Turkmenistan" dan juga menjenamakan semula vodka rasmi negara sempena nama beliau. Selain dari itu Saparmurat juga membina sebuah monumen lengkap dengan patung beliau yang disadur emas. Patung ini akan berputar 360 darjah sehari bagi memastikan ia akan sentiasa mengadap matahari. 



Semasa hidup beliau juga menulis sebuah buku yang diberi nama RUHNAMA. Kitab ini wajid dibaca oleh semua rakyat Turkmenistan dan dianggap suci. How suci? Setiap masjid di Turkmenistan WAJIB meletakkan senaskah Ruhnama bersebelahan senaskah kitab suci Al Quran. Kegagalan mematuhi perintah ini boleh menyebabkan masjid yang ingkar dirobohkan. 



Beliau juga mendakwa bertemu Allah dan Allah menjanjikan sesiapa yang khatam Ruhnama sebanyak 3 kali akan dijamin masuk syurga! Tidak menghairankan ayat-ayat"suci" Ruhnama diukir pada Masjid Türkmenbaşy Ruhy. Dikabarkan Mufti Besar Turkmenistan menegur Saparmurat dan berkata apa yang dilakukan beliau ini bertentangan dengan ajaran Islam. Saparmurat berang ditegur dan mufti ini kemudiannya dipenjarakan 20 tahun kerana keberanian beliau. 









Kredit: http://www.blogserius.blogspot.com/

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote norim 11-7-2013 09:43 AM
Cantik masjidnya, tapi kalau dah salah itikad semasa mendirikannya, memang akan membawa masalah berterusan.
Quote Mamason 11-7-2013 09:55 AM
Alahai, cantik sgt masjidnya....
Quote encikotot 11-7-2013 09:56 AM
cntik tp terpesong
Quote ma_rul 11-7-2013 10:27 AM
pabila org yg jahil d angkat sbg pemimpin.
Quote Artemesiaa 11-7-2013 10:36 AM
Masjid dah cantik tapi sayang ada ajaran sesat
Quote jonlabu 11-7-2013 10:37 AM
ni orang tua tu

Quote arira_arora 11-7-2013 10:44 AM
gile  kot org tua nie.... sedihhh..
Quote missgarry 11-7-2013 12:30 PM
bina berhala diri sendiri pulak
Quote gula_tebu 11-7-2013 01:41 PM
cantik masjidnya, kalau kita ke sana pon akan terpegun, rasa seronok nak solat tapi malangnya dalam pada penglihatan nampak cantik, suci tp ada yg kurafat, yang syirik..
Quote siputsedut 11-7-2013 02:06 PM
mcm ajaran sesat dah..
Quote CintaPink 11-7-2013 02:43 PM
cantik masjid tu..
Quote zuerinaBP 11-7-2013 02:47 PM
dh mcm patung kt batu caves
Quote ais_kosong 11-7-2013 02:47 PM
apa punya pemimpin la
Quote lia98 11-7-2013 05:42 PM
dah macam firaun... firaun moden...
Quote mitnick 11-7-2013 06:19 PM
apeke pelik ajaran si sapar tue... mazhab rekaan sendiri ape..
Quote azrain98 11-7-2013 09:54 PM
dah mampus ke ? jawabla ko dkt dlm kubur...
Quote newyork 11-7-2013 11:37 PM
dah mcm firaun pulakkk
Quote KimoraHakim 14-7-2013 02:07 PM
firaunnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!
Quote alphawolf 15-7-2013 07:45 AM
Eloknya runtuhkan aje macam masjid munafik di MAdinah...

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.112143 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top