oleh Adib ZA
Jika sebelum ini menjadi viral jubah Teletubbies ataupun jubah sado khusus untuk lelaki, kini menjadi perhatian di laman sosial dengan jubah ketat untuk wanita. Netizen menggelarkannya sebagai 'jubah telanjang' kerana ia tidak lagi mengikut garis panduan yang dibenarkan dalam Islam. Meskipun bertutup, namun bentuk tubuh terbonjol seperti balutan nangka, jelas sekali menunjukkan ia bukan jubah muslimah yang sebenar dan tulen. Dalam satu status, netizen memberikan nasihat kepada orang ramai agar tidak sesekali mengenakan pakaian yang memalukan dan menjatuhkan maruah wanita itu. “Perhatian kaum hawa. Walaupun nak promote (promosi) barangan bussines (perniagaan), tak kesah laa baju ke, tudung ke, alatan make up ke atau ape saja… tolong berpakaian sopan… pemakaian sebegini sangat laa tidak sesuai sebagai seorang (yang beragama) Islam… pakaian di sangka menutup aurat tapi hakikatnya sama saja seperti berbogel."
Persoalannya, sanggupkah anda memakai pakaian yang menonjolkan bentuk tubuh dan bahagian aurat begitu mudah ditatap oleh lelaki lain. Jangan kerana terpengaruh dengan trend, anda sanggup melupakan apakah erti sebenar kewajipan dan maruah anda. Semoga penjual jubah telanjang ini, segera berhenti daripada terus mempromosikan produk yang memalukan agama Islam ini! Jika tidak, anda jawablah sendiri nanti di 'sana'. - CARI Infonet |
ADVERTISEMENT