Oleh Adib ZA
Kejadian yang menimpa tujuh orang murid dari SJKT Nigel Gartner baru-baru ini yang termakan serpihan kaca dalam mee goreng sangat mengecewakan dan mendukacitakan. Masakan tidak, makanan yang disediakan di kantin sekolah seharusnya disediakan bukan sahaja bersih namun berkhasiat untuk kanak-kanak sekolah. Sebaliknya, serpihan kaca halus ini didakwa ditemui dalam makanan RMT yang lebih mengejutkan. Beberapa pelajar yang telah termakan mee berkaca itu keesokan harinya didapati sakit perut, malah ada yang muntah dan pengsan! Kejadian ini mendapat reaksi pelbagai golongan masyarakat terutamanya pihak ibu bapa yang sentiasa risaukan keselamatan anak-anak.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut melahirkan perasaan kecewa dan marah dengan kejadian itu. “Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab mendatangkan bahaya dan mengakibatkan kecederaan terhadap murid-murid ini. "Pada masa sama, Kementerian Pendidikan juga akan memberikan penjelasan yang memuaskan kepada ibu bapa berkenaan kejadian ini,” ujarnya menerusi satu entri terbaharu di blognya NajibRazak.com. Semoga keadaan semua pelajar yang terlibat kembali pulih seperti sedia kala. Dalam masa yang sama, tindakan tegas harus diberikan kepada mereka yang bertanggungjawab agar perkara teruk ini tak berulang lagi. - CARI Infonet Sumber: Malaysiandigest/ Malaysiagazette
|
5
Bagus |
14
Marah |
10
Terkejut |
18
Sedih |
14
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
outcast replied at 29-2-2016 09:11 AM
mentang2 budak2 org miskin ,
dah cakap ada kaca pun suh makan kata plastik ..
even plastik pun ...
Suchi replied at 29-2-2016 09:16 AM
kan.. Terkejut gak bila baca sebut RMT, risau plak sbb ank iols pun mkn RMT kt sekolah. sblm ni mm ...
outcast replied at 29-2-2016 09:19 AM
itulah pasal ...nampak sangat sbb nk berniaga
tp plg x leh hadam , dah bgtau ngan cikgu pun x da ...
ADVERTISEMENT