"Momma's Boy" bukanlah gelaran yang menarik untuk didengar buat lelaki dewasa kerana kebanyakan gelaran ini merujuk kepada anak lelaki yang tidak pandai berdikari, mengada-ngada, terlebih manja dan ada juga yang mengatakan gelaran ini sesuai kepada anak lelaki yang kurang jantan. Betul ke? Lelaki anak emak dikatakan lebih mementingkan pandangan emaknya berbanding pandangan orang lain baik teman baik, kekasih atau isteri sendiri. Malah, golongan lelaki anak emak ini juga sering dianggap anak lelaki yang sukar mencari jodoh kerana tidak percaya kepada sesiapa melainkan ibu sendiri. Setiap apa yang dilakukan perlu dirujuk kepada emak baik dari segi pandangan memilih bakal isteri, memilih barang-barang, mencari destinasi percutian, memilih makanan sehinggalah bab meminta pandangan emak sama ada boleh mengikut rakan keluar menonton wayang, bersukan dan sebagainya.
sumber foto : google image Kesimpulannya, sama ada anda anak emak atau bukan, anda perlu mempunyai sikap-sikap bertanggungjawab terhadap orang-orang di sekeliling. Sebagai lelaki anak emak, tidak semestinya anda tidak berhak, tidak bijak membuat keputusan dan hanya bergantung kepada emak. Kelebihan anda menjadi anak emak adalah anda lebih menghormati kaum wanita. Jika anda pandai memujuk dan mengambil hati seorang emak, anda pasti handal mengambil hati pasangan anda. Bukankah itu ciri-ciri lelaki macho?- CARI Infonet |
6
Bagus |
4
Marah |
8
Terkejut |
5
Sedih |
5
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT