CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bawa keluarga pergi mencuri

12-7-2013 09:51 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3733| Komen: 18

GEMENCHEH – Seorang peniaga kedai runcit tidak menyangka lima beranak yang datang ke kedainya di pekan Gemencheh, petang kelmarin, rupa-rupanya keluarga pencuri.

Keluarga berkenaan termasuk dua kanak-kanak berusia lingkungan 10 tahun serta seorang gadis belasan tahun datang ke kedainya dengan berpura-pura menjadi pelanggan.

Dalam kejadian kira-kira 4.45 petang itu, peniaga terbabit, P.Raman, 81, berada di kedai sebelum didatangi empat sekeluarga yang mahu membeli akhbar di kedainya. Manakala, seorang wanita dipercayai ibu kepada kanak-kanak terbabit menunggu dalam kereta.

Menurut Raman, salah seorang ahli keluarga dipercayai bapa kepada kanak-kanak itu kemudian membeli sampul surat.

"Dia juga bertanya kepada saya untuk memecah sekeping wang RM50 kepada helaian RM10 kerana mahu memberi kepada tuan rumah yang mengadakan kenduri kahwin.

“Saya memang tidak teringat ini bulan puasa, mana ada orang Melayu buat kenduri kahwin. Sebab tu, saya tidak terfikir ini satu helah. Mungkin  mereka mahu tahu mana saya simpan duit," katanya.

Menurutnya, dia kemudian memecahkan wang dengan duit disimpan dalam beg kecil yang diletakkan dalam laci kaunter.

Dalam masa sama, katanya, anak gadis keluarga terbabit mengambil inai pewarna rambut yang dijual di kedainya dan meminta kebenaran menunjukkan kepada ibunya yang tinggal dalam kereta terlebih dulu.

"Tidak lama kemudian, si anak itu datang kepada saya dan menyatakan ibunya tidak tahu menggunakan inai itu. Dia minta saya ajarkan. Lima minit saya terangkan kepada ibunya macam mana menggunakan inai berkenaan sebelum saya kembali semula ke kedai," katanya.

Raman bagaimanapun berkata, sebaik saya masuk ke kedai, kesemua ahli keluarga itu bergegas keluar dari kedai dan berlari masuk dalam kereta.

“Saya mula syak sesuatu tidak kena apabila melihat beg saya berisi duit lesap. Semua wang dalam laci meja juga hilang," katanya yang menganggarkan kehilangan wang tunai sekitar RM600.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Beliau berkata, polis masih menyiasat kejadian itu sama ada ia membabitkan kes sama tahun lalu.

15 Disember lalu, Sinar Harian pernah melaporkan seorang peniaga kedai runcit di Taman Indah, dekat sini turut menjadi mangsa dalam modus operandi hampir serupa.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, mangsa, Ng Wei Hoh, 50, mahu menunjukkan jenama beras seberat 10 kilogram yang diminta seorang lelaki kepada seorang wanita di dalam kereta jenis Perodua Kancil, sebelum kesemua mereka melarikan diri.

Sebaik memeriksa dua laci kaunter, wang dianggarkan bernilai RM1,600 dalam laci berkenaan lesap.  

Difahamkan, kes menggunakan modus operandi sama pernah berlaku di Gemas dan Gemencheh, masing-masing pada Oktober dan November tahun lalu.

1

Bagus

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 12-7-2013 08:07 AM
waaa...complete..
sekeluarga sehati sejiwa...mcam ni pun ada
kesian ank2 .. parents yg mcam ni lak..
kita ni siang malam risau, beri nasihat, berdoa smoga dpt ank yg soleh n solehah..
Quote izamahmed 12-7-2013 08:18 AM
tauke tu sungguh baik hati~
Quote shahx 12-7-2013 08:27 AM
takde video cctv ke?
Quote bbalik 12-7-2013 08:39 AM
buat photofit....
Quote izamahmed 12-7-2013 08:41 AM
no plat kereta pun tak bagitau
Quote seroja11 12-7-2013 09:23 AM
amboi satu keluarga diangkut.........ada  jugak mak pak mcm ni
Quote Noraslinda 12-7-2013 09:31 AM
mcm2 lah zaman sekarang ni
Quote izamahmed 12-7-2013 09:41 AM
mungkin terdesak nak bayar hutang or perlu duit.
sanggup buat jahat 1 keluarga
Quote amyainsamad 12-7-2013 09:57 AM
modus operandi



Quote batmana 12-7-2013 10:05 AM
bahaya gak ni..
dibuatnya dpt tngkap, tapi owner sorg, mau satu famili debik dia smpai lunyai..
Quote apam 12-7-2013 10:09 AM
zaman skrg zaman org desperado....
Quote ell768 12-7-2013 10:19 AM
mcm ni pon ada..isk...
Quote InVendeTTa 12-7-2013 10:22 AM
anak2 keluarga ni bakal menjadi penghuni  penjara, pusat serenti dan sebagainye
ni lah contoh keluarga malay trash yg hanya pandai pancut, wat anak and x reti jaga anak
dah makin berleluasa keluarga2 perangai camni
Quote miawpink 12-7-2013 10:27 AM
ajar ank buat benda yg x elok
sedih nya la rakyat malaysia
Quote callance 12-7-2013 10:29 AM
org cmni pun ade...si bapak tu sihat tp x nak bkeje.. x mampu nak sara anak2 bini guna rezeki yg halal..
Quote izamahmed 12-7-2013 02:27 PM
kalau ada rakaman cctv rasanya boleh nampak muka salah sorg deorg ni
Quote BotakChinPeng 12-7-2013 06:00 PM
InVendeTTa posted on 12-7-2013 10:22 AM
anak2 keluarga ni bakal menjadi penghuni  penjara, pusat serenti dan sebagainye
ni lah contoh kelua ...

"Minang trash" lebih tepat. Gemencheh terletak di negeri sembilan.

Quote BotakChinPeng 12-7-2013 06:01 PM
Buat malu minangkabau saja.

Tapi kaum lembut (india) pemalas lagi teruk mencuri ,merompak, menagih....

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.066729 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top