Oleh : TS LOO
Manchester City muncul juara Piala Liga Inggeris apabila membenam Liverpool 3-1 dalam penentuan penalti, sebentar tadi selepas kedudukan masa sebenar berakhir dengan keputusan 1-1 di Stadium Wembley. Fernandinho menjaringkan gol pertama City apabila merembat kencang dari kiri gawang gol hasil hantaran Sergio Aguero pada minit ke-48. Ketika City sudah tampak selesa di depan, berbaki lapan minit sebelum tamat Coutinho menjaringkan gol penyamaan seterusnya membawa perlawanan ke masa tambahan. Aguero hampir memastikan kemenangan City tetapi sepakannya ditepis Simon Mignolet pada penghujung 15 minit masa tambahan.
Divock Origi turut mampu menamatkan terus saingan tetapi kecekapan Willy Caballero di gawang City menafikan cubaan menerusi tandukan penyerang itu pada 10 minit terakhir permainan.- CARI Infonet sumber : mstar.com.my/
|
13
Bagus |
6
Marah |
12
Terkejut |
1
Sedih |
2
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT