CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Dr Fathul Kata Urusan Jual Beli Kucing Diharamkan Islam

26-2-2016 01:42 PM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 37362| Komen: 361|Original author: obelisk


Oleh : Fyruz Hanna

Dr Fathul Bari Mat Jahaya, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (ILMU) baru-baru ini dalam perkongsian video di laman Youtube memberitahu hukumnya haram untuk urusan menjual beli kucing.

Dr Fathul juga memberitahu bahawa ramai dikalangan kita tak tahu hukum tersebut dan mengambil lewa mengenai perkara tersebut.

“Ini contoh mungkin mengejutkan kita, tapi memang betul pun dalam Hadis, nabi larang jual beli kucing, jadi kita perlu mengelak berurus niaga dalam hal ini,” katanya.


“Soal kita hendak bela, hendak jaga, hendak ambil tepi jalan ambillah,” katanya.

“Kenapa dilarang, apa masalahnya? Ini bukan soal kita suka atau tidak tetapi ia soal larangan daripada ALLAH,” katanya.

Dr Fathul bersandarkan pada dalil hadith Nabi SAW :

Diriwayatkan dari sahabat Jabir bin Abdillah RA bahwasanya Nabi SAW telah melarang memakan kucing dan melarang pula memakan harga kucing (nahaa [an-nabiyyu] ‘an akli al-hirrah wa ‘an akli tsamaniha)
(HR. Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Al-Hakim, hadits shahih. Lihat Imam As-Suyuthi, Al-Jami’ Al-Shaghir, Juz II hal. 191).

Hadits Nabi SAW itu menjadi dalil haramnya memakan kucing dan memperjual-belikan kucing. Jadi kita diharamkan memperdagangkan kucing sebagaimana kita diharamkan memakan daging kucing (Tentang haramnya memakan kucing lihat Asy-Syarbaini Al-Khathib, Al-Iqna`, Juz II hal. 273; Syaikh Zakariyya Al-Anshari, Fathul Wahhab, Juz II hal. 192).


Walau bagaimanapun, ada pendapat jumhur (majoriti ulama) yang bersandarkan kepada keempat-empat mazhab mengenai hukum jual beli kucing dibolehkan:

Jumhur ulama berpendapat bahwa dibolehkan menjual seekor kucing, diantara mereka adalah para ulama madzhab yang empat. Sementara sebagian ahli ilmu mengharamkannya, diantaranya az Zhahiriyah, juga dinukil dari Abu Hurairoh, Mujahid dan Jabir bin Zaid oleh Ibnul Mundzir, serta dinukil dari Thawus oleh al Mundziriy. Pendapat inilah yang paling tepat yang ditunjukkan oleh nash, diriwayatkan oleh Muslim dari Abu az Zubeir berkata,”Aku bertanya kepada Jabir tentang uang dari (hasil penjualan) anjing dan kucing? Dia berkata,”Hal itu telah dilarang oleh Nabi saw.”

Abu Daud meriwayatkan bahwa Nabi saw melarang uang dari (hasil penjualan) anjing dan kucing. Baihaqi juga meriwayatkan bahwa Rasulullah saw melarang memakan (daging) kucing dan melarang uang (penjualan) nya.”

Sebagian ahli ilmu telah melemahkan hadits-hadits tersebut akan tetapi pendapat mereka ini tertolak.
Imam an Nawawi didalam “al Majmu’” mengatakan,”Adapun apa yang disebutkan oleh al Khottobi dan Ibnul Mundzir bahwa hadits itu lemah maka tidaklah benar karena hadits tersebut terdapat didalam shahih Muslim dengan sanad yang shahih…

Al Baihaqi didalam “as Sunan” memberikan jawaban terhadap jumhur,”Bahwa sebagian ahli ilmu menjadikan hadits tersebut untuk kucing apabila kucing itu liar yang tidak bisa dijinakkan, diantara mereka menganggap bahwa hal itu terjadi pada permulaan islam ketika kucing itu dianggap najis kemudian ketika liur kucing itu diangga suci maka harganya boleh diambil, dan tidak satu pun dari kedua pendapat itu yang memiliki dalil yang jelas.”

Ibnul Qoyyim meyakini akan keharaman penjualannya didalam “Zaad al Ma’ad” dan mengatakan,”Demikianlah fatwa Abu Hurairoh yang juga pendapat Thawus, Mujahid bin Zaid, seluruh ahli Zhahir dan salah satu riwayat dari Ahmad, serta pendapat yang dipilih oleh Abu Bakar, dan inilah pendapat yang benar berdasarkan hadits yang shahih dan tidak adanya pertentangan didalamnya mewajibkan untuk berpendapat seperti ini.

Ibnul Mundziriy berkata,”Sesugguhnya terdapat riwayat dari Nabi saw tentang larangan dari menjualnya dan penjualannnya adalah kebatilan dan jika (tidak ada larangan) maka boleh.” Dan dia telah mengetahui bahwa hadits tersebut adalah betul maka seharusnya madzhab Ibnul Mundzir mengharamkan penjualannya. (Markaz al Fatwa no. 18327)


Pendapat Ustaz Azhar Idrus?

Ustaz Azhar idrus juga ada menerangkan perbezaan pendapat ulama berkenaan isu jual beli kucing ini. Beliau juga cenderung kepada membenarkan aktiviti tersebut dengan bukan tujuan untuk dimakan.


Sebagai contoh menjual kucing untuk makanan atau dijual untuk si pemakan kucing maka barulah hukumnya haram.

Wallahualam.

-CARI Infonet.
3

Bagus
10

Marah
1

Terkejut
12

Sedih
9

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (42 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamatkilau 25-2-2016 06:37 PM
Mat mcm penah dengar. Tp tak pernah ambik tau sgt sbb tak suka p bela kucing. Susah nak balik kg.
Quote abangbikerz 25-2-2016 06:41 PM
Jual hamba abdi boleh kan????
Quote Fieza-mira 25-2-2016 07:08 PM
Sebab diharamkan jual beli kucing dan anjing ialah kerana menganiaya haiwan. Kucing dan anjing yang dijual kat pasar akan dikurung dalam sangkar sampai ada pembeli. Selagi takde orang beli selagi itulah kucing dan anjing tuh terkurung dalam sangkar. Sebab tu Nabi haramkan penjualan kucing dan anjing.

Tapi sekarang ada internet, jadi tak perlu kurung diorang untuk cari pembeli. Cuma ambik gambar dan iklankan tanpa perlu display dalam sangkar kecuali kat petshop2 masih kurung haiwan2 tu untuk display.

Kena tahu tujuan diharamkan jualbeli untuk mengelakkan kezaliman pada kucing dan anjing. Kalau jualbeli tanpa menzalimi adalah diharuskan.
Quote rioster 25-2-2016 07:12 PM
Fieza-mira replied at 25-2-2016 07:08 PM
Sebab diharamkan jual beli kucing dan anjing ialah kerana menganiaya haiwan. Kucing dan anjing yang  ...

Sebab dikurung je ke fieza?
Quote anakmak 25-2-2016 07:16 PM
Selanjur lalu, nk tanya sikit... Mana nak carik British shorthair?
Quote shara154 25-2-2016 07:18 PM
Selagi xmenganiaya haiwan boleh rasanya.
Jual beli pun suka rela xde unsur paksaan.
Quote bioessence 25-2-2016 07:26 PM
anakmak replied at 25-2-2016 07:16 PM
Selanjur lalu, nk tanya sikit... Mana nak carik British shorthair?

Kat fb ada. Siap cert lagi. Kitten yg 6 bulan gitu dlm $4k. Cari fb british shorthair malaysia
Quote Steelheart 25-2-2016 07:38 PM
Fieza-mira replied at 25-2-2016 07:08 PM
Sebab diharamkan jual beli kucing dan anjing ialah kerana menganiaya haiwan. Kucing dan anjing yang  ...

Dlm hadis tu ada ke bg option klau x kurung harus dijual beli?
Quote lasagnaklcc 25-2-2016 07:38 PM
Saya pernah beli kucing... Bila ckp mcm ni abis la berkubur group jual kucing. Satgi bisnes cats studio pon diorg ckp haram. Bkn blh caye diorg ni... Dgr perkataan haram terus menggelupur...
Quote gigahertz 25-2-2016 07:54 PM
lasagnaklcc replied at 25-2-2016 11:38 AM
Saya pernah beli kucing... Bila ckp mcm ni abis la berkubur group jual kucing. Satgi bisnes cats stu ...

kekadang kesian saya tgk orang melayu islam kat malaysia ni. Vape haram. kuccing nak jual haram. nak menjaja kena sita pasal xde lesen..nak keje 3D kena lawan dengan harga bangla. nak niaga kena ada modal... masuk MLM kena tipu. masuk forex kena tipu jugak.

saya alhamdulilah Allah bagi rezeki. yang saya risau tu generasi selepas saya.
Quote Fieza-mira 25-2-2016 07:57 PM
rioster replied at 25-2-2016 07:12 PM
Sebab dikurung je ke fieza?

Dulu zaman Nabi kucing dan anjing dikurung dalam sangkar utk dijual kat pasar. Mana ada cara lain. Memang zalimlah kurung kucing/anjing macam haiwan ternakan tu yang Nabi haramkan jual beli diorang tuh. Tujuan keluar hukum haram pun sebab nak mengelakkan kezaliman. Yang haram ialah menzalimi haiwan bukannya jualbeli.
Quote imransulaiman 25-2-2016 08:05 PM
Dah tu? Jual burung, iguana, hamster, arnab semua tu..apa hukumnya??

Nak ber-hadis ber-dalil bagai ni, jangan kupas sikit je...kupas biar sampai semua jelas tanpa ada keraguan was-was!

Orang teringin nak bela kucing baka lain, nak kutip tepi jalan mana ada jumpa dalam Malaysia ni??
Quote Maideen. 25-2-2016 08:11 PM
Hahahahaha.......Menutoh hamba wanita termasuk tawanan perang halal, jual  beli kucing harom......hahahahahahahahahaha
Quote mbhcsf 25-2-2016 08:14 PM
ada dalil syarak yg mengharamkan ke?

ada lagi sumber rujukan ke?

apa kata majlis fatwa


Quote mbhcsf 25-2-2016 08:17 PM
pasal tawanan perang dan Tajuk tesis ''hamba abdi menurut al
quran dan kaitannya dengan pemerdagangan manusia'


so boleh sign in dan baca thesis itu. sata huraian yg penuh ilmiah dan panjang lebar bukan dari kalangan  yang  sekadar tangan yg berbuat fasad dan fitnah terhadap Islam.

Quote mokcikKSKB 25-2-2016 08:19 PM
Xtau plak x bleh kurung kucing ngan anjing....
Quote ChildrenOfBodom 25-2-2016 08:20 PM
takdak isu lain yg lebih yg lebih intelek ka fatholol ?
Quote mirage_46 25-2-2016 08:23 PM
Apaaa daaa...  Aku bela kucing bg cantik..  Bg makanan mahal(orijen) bg makan vitamin hari2... Bulu hari2 sikat... Mandi siap semua..  pastu ada orang minat nak amik..  Takkan nak bg free...  
Quote Maideen. 25-2-2016 08:23 PM
abangbikerz replied at 25-2-2016 06:41 PM
Jual hamba abdi boleh kan????

Menurut ulamak ianya hanya boleh jika ada akad sahaja!
Wallahualam.

Prrrrrrrrrrrrrrrrpfffffftght

Lihat semua komen(361)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.130892 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top