Ramai Tak Tahu Islam Melarang Jual Beli Kucing – Fathul Bari
Feb 25, 2016
KUCING adalah haiwan kesayangan ramai orang. Trend memelihara kucing juga dilihat semakin meningkat pada hari ini.
Bagaimanapun ada sesuatu yang ramai orang tak tahu iaitu membeli dan menjual kucing dilarang dalam Islam.
Perkara ini dimaklumkan oleh Yang Dipertua Pertubuhan Ilmuan Malaysia (ILMU) Dr Fathul Bari Mat Jahya.
Berikut antara penerangan Dr Fathul yang turut dimuatnaik dalam bentuk video di YouTube:
Dari Abu Az Zubair, beliau berkata bahawa beliau pernah menanyakan pada Jabir mengenai hasil penjualan anjing dan kucing. Lalu Jabir mengatakan,
زَجَرَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- عَنْ ذَلِكَ “Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang keras hal ini.” [HR. Muslim no. 1569].
Abu Muhammad Ibnu Hazm mengatakan bahawa yang dimaksud dengan ‘zajar’ dalam hadis di atas adalah larangan keras. [Al Muhalla, 9: 13]
Lagi dari Jabir, beliau berkata,
أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- نَهَى عَنْ ثَمَنِ الْكَلْبِ وَالسِّنَّوْرِ “Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang dari hasil penjualan anjing dan kucing.” [HR. Abu Daud no. 3479, An Nasai no. 4668, Ibnu Majah no. 2161 dan Tirmidzi no. 1279. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadis ini sahih]. – MYNEWSHUB.CC
Sebab diharamkan jual beli kucing dan anjing ialah kerana menganiaya haiwan. Kucing dan anjing yang dijual kat pasar akan dikurung dalam sangkar sampai ada pembeli. Selagi takde orang beli selagi itulah kucing dan anjing tuh terkurung dalam sangkar. Sebab tu Nabi haramkan penjualan kucing dan anjing.
Tapi sekarang ada internet, jadi tak perlu kurung diorang untuk cari pembeli. Cuma ambik gambar dan iklankan tanpa perlu display dalam sangkar kecuali kat petshop2 masih kurung haiwan2 tu untuk display.
Kena tahu tujuan diharamkan jualbeli untuk mengelakkan kezaliman pada kucing dan anjing. Kalau jualbeli tanpa menzalimi adalah diharuskan.
Post time 25-2-2016 07:38 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Saya pernah beli kucing... Bila ckp mcm ni abis la berkubur group jual kucing. Satgi bisnes cats studio pon diorg ckp haram. Bkn blh caye diorg ni... Dgr perkataan haram terus menggelupur...
Dulu zaman Nabi kucing dan anjing dikurung dalam sangkar utk dijual kat pasar. Mana ada cara lain. Memang zalimlah kurung kucing/anjing macam haiwan ternakan tu yang Nabi haramkan jual beli diorang tuh. Tujuan keluar hukum haram pun sebab nak mengelakkan kezaliman. Yang haram ialah menzalimi haiwan bukannya jualbeli.
pasal tawanan perang dan Tajuk tesis ''hamba abdi menurut al
quran dan kaitannya dengan pemerdagangan manusia'
so boleh sign in dan baca thesis itu. sata huraian yg penuh ilmiah dan panjang lebar bukan dari kalangan yang sekadar tangan yg berbuat fasad dan fitnah terhadap Islam.
Post time 25-2-2016 08:26 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Fieza-mira replied at 25-2-2016 07:08 PM
Sebab diharamkan jual beli kucing dan anjing ialah kerana menganiaya haiwan. Kucing dan anjing yang ...
kalau jual beli kucing ngn anjing je eh dikategorikan sebagai menganiaya?
bagaimana dgn haiwan lain?
ular,hamster,ikan hiasan,kura2.ereka juga dikurung tanpa bebas dilepaskan.adakah dianggap tidak menganiaya?
mereka juga binatang,bukan?