Oleh Fyruz Hanna Ramai yang mengundur diri selepas mengetahui dirinya sedang menyambung PhD. "Waktu saya berpisah (dengan tunang) dahulu, bukan tiada kawan. Ada orang yang saya berkenalan. Cuma bila saya cerita berkenaan kerjaya saya, waktu kerja itu kadang-kadang membataskan kami untuk keluar bersama. "Orang susah nak ajak saya keluar...saya agak sibuk bekerja. Kadang-kadang sampai lewat malam. Hujung minggu pun kadang-kadang kerja," katanya kepada Astro AWANI.
Ina seorang wanita bekerja sebagai seorang juruaudit bergelut dengan misi mencari jodoh namun dia sering ditolak lelaki selepas tahu dia mempunyai pelajaran tinggi. "Bila dia (lelaki) tahu kita ada Master's, sambung PhD, dia rasa rendah diri. Keluar (berjumpa) sekali dua terus dia tak nak keluar dah. "Orang kata tahap pendidikan itu (penting), ya betul...tetapi tidak juga sebenarnya. Selagi dia (lelaki) yakin pada dirinya sendiri, ia tak jadi masalah. "Walaupun tahap pendidikan dia cuma diploma atau ijazah, tapi kalau dia ada keyakinan diri, percaya pada diri sendiri dan buat sesuatu perkara itu bersungguh-sungguh, saya tak rasa malu nak berkawan atau lebih mengenali dia," kata Ina. Tak banyak yang diinginkan oleh Ina, cukup jika lelaki tersebut mempunyai nilai agama yang mampu membimbing dia dan keluarga. -CARI Infonet. Baca selanjutnya: AstroAwani |
kecimpret replied at 25-2-2016 11:18 AM
andartu ini perlu diselamatkan
Syd replied at 25-2-2016 11:19 AM
buat ai tergelak jah
Modngengade replied at 25-2-2016 11:24 AM
kakak rasa bukan tahap pendidikan yg tinggi menyebabkan lelaki takut menghampiri cikki andartu terse ...
axl_bach replied at 25-2-2016 11:29 AM
Satu lagi aku x rasa isu PhD tp lebih kepada rupa paras.......suka atau x, kena akui yg lelaki major ...
dino replied at 25-2-2016 11:24 AM
syd dah sambung phd blum heheh....
btw aku tak kisah pun wife pendidikan lg tinggi ke apa.... yg ...
axl_bach replied at 25-2-2016 11:29 AM
Satu lagi aku x rasa isu PhD tp lebih kepada rupa paras.......suka atau x, kena akui yg lelaki major ...
ADVERTISEMENT