REMBAU – Berpantang maut sebelum ajal. Sepasang suami isteri bernasib baik apabila konkrit pengadang jambatan menjadi penyelamat setelah kereta dinaiki mereka nyaris terjatuh ke dalam sungai di kilometer 38.5 Jalan Seremban-Tampin, dekat sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira 1 petang itu, Salim Md Nor, 58, dan Jamaliah Alias, 48, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka dari Kampung Memperah ke Pekan Kota. Salim berkata, kejadian berlaku dalam sekelip mata apabila secara tiba-tiba kereta yang dipandunya hampir terbabas ke kiri jalan dan dia berusaha menekan brek bagi mengelakkan terbabas. "Walau bagaimanapun kereta kami berpusing dan memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh bahagian tepi pengadang jambatan konkrit. "Malah kedudukan kereta ini juga menghala kembali ke Pekan Memperah. Mujur ketika kejadian tiada kenderaan yang melalui kawasan berkenaan," katanya.
|
9
Bagus |
6
Marah |
5
Terkejut |
7
Sedih |
6
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT