CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Tengah Jemur Kain Ke Tu?" Anda Nak Marah, Sindir atau Bagaimana?

10-2-2016 11:46 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 9700| Komen: 22

Description: Bagi sesetengah orang, mereka berasa marah kerana soalan itu dianggap 'soalan bodoh'. Iyalah, sudah siang lagi bersuluh.
Oleh Adib ZA


Biasa, kan dengan rakan atau jiran tetangga, bila berjumpa mereka suka menanyakan apa yang sedang kita lakukan.


"Tengah jemur kain ke?"


"Tengah buat apa tu?"


Bagi sesetengah orang, mereka berasa marah kerana soalan itu dianggap 'soalan bodoh'. Iyalah, sudah siang lagi bersuluh. 


Terang-terangan nampak apa yang sedang anda lakukan di depan biji mata mereka sendiri.


Namun, seorang netizen berkongsikan hal ini di laman sosial dan mendapat reaksi yang positif di kalangan orang ramai. 


Katanya, di kala ditanya soalan-soalan 'bodoh' itu, jangan sesekali kita berasa marah atau naik angin. Ini kerana bukan kerana orang yang bertanya itu tidak nampak, namun itulah salah satu cara nak bermesra.


Gambar hiasan. (Sumber foto: Carian google)



Netizen ini juga memberi perumpamaan bagaimana Allah bertanyakan kepada Nabi Musa. Masakan Tuhan tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh nabi atau makhluknya. Namun, di sebalik itu, ada maksud dan nilai yang tersembunyi di situ. 


Oleh itu, tak payahlah ambil serius sampai nak maki hamun pula atau menyindir si empunya badan yang bertanya. 


Mungkin hal ini nampak remeh, namun sebenarnya ia merupakan elemen atau nilai yang telah ramai orang terlupakan. - CARI Infonet


5

Bagus
7

Marah
1

Terkejut
6

Sedih
5

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (25 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Siput_Sawah 10-2-2016 11:48 AM
hahaha terkena kat batang hidung sendiri
Quote Mary_jane 10-2-2016 12:28 PM
Haha betul juga kan tt. Orang bertanya takkan kita balas dengan sindiran plak. Nak beramah mesra je pun. Baiklah lepas ni kita jawab sungguh2.
Quote Artemesiaa 10-2-2016 12:31 PM
Sekadar nak bertegur sapa je tu yang makin kurang berlaku di kawasan kejirannya sekarang ni.  Yg landed property pun buat hal masing2 je macam penghuni kondo lagaknya.
Quote kumen2 10-2-2016 12:43 PM
selalu jg tegur jiran sebelah... ai makcik byk btl baju basuh... .
Quote orgkpg 10-2-2016 12:51 PM
Soalan sekadar utk sapaan, yerlah utk lebih mesra dan pembuka bicara jika ada isu semasa, gosip panas nak di bincangkan... pastu bila tanya kena gk gaya jawapan.. kalau jawapan semcam jer.. faham2 ler, tapi x semesti begitu, ada jenis yg mmg akan jawab merepak.. salah satu sebab mmg dah kenal sangat dah mesra sgt, apa2 jawapan xder memberi apa2 kesan sekdar menambahkan kecerian alam semesta.
Quote comel91 10-2-2016 01:17 PM
jiran kadang2 bukan nk berbasi pun.. selalu memang nk mulakan sapaan sb nk mengata.... terus sindir diam terus.
Quote Missfadh 10-2-2016 09:43 PM
Tp kalau x tanya soalan mcmtu x bertegur lh sampai sudahnya. Terigt pula video kt youtube jinnyboy psl benda ni.
Quote imransulaiman 10-2-2016 10:12 PM
Jiran lama aku, makcik, selalu sapa - baru balik dari kerja im? Aku jawab merapu. Makcik tu gelak...sebab hari-hari aku bagi jawapan berlainan

Jiran yang sekarang ni tak berapa nak peramah

Aku rindu Makcik Tini
Quote misscendol 10-2-2016 10:44 PM
Bg i kan benda ni just ayat utk bertegur sapa
Quote MeetJoeFly 10-2-2016 11:13 PM
Tu mukaddimah namanya... Positive ajelah menjawab... Org sombong / negative people je kalu jawab duk masak... Kecik je hal ni tapi ada analogi dgn perbualan Allah dan nabiNya... Maka rugilah yang tak amik iktibarrrrr
Quote Peterpan17 11-2-2016 10:36 AM
Klu aku bergantung pd yg menanya. Ada seekor jiran aku ni kerjanya suka mengumpat. Tegur2 pastu cari gengn nak mengumpat jiran lain. Klu jiran2 lain yg bukan kaki mengumpat aku jawab dgn baik. Tp klu yg si tukang umpat ni yg bertanya, aku jawab dgn jawaban bodoh
Quote MissNigga 12-2-2016 11:21 AM
ala .. ayat nak beramas mesra .....

kalo Tanya direct to the point karang ... cakap busy body pulop....

eee...iii.. dah cuci pun karat kat baju tu ak ilang lagi ...

harus yang tengah menjemur tu membara kat dada
Quote mommymonster82 12-2-2016 02:46 PM
orang skrg ni kira nak marah ajer..
jiran nak beramah mesra pon kena perli..
jawab jerlah elok2..apa salahnya...
xde rugi duit pon..
Quote safieyah1984 12-2-2016 02:52 PM
babah i selalu kena, org lalu lalang depan umah ai tegur babah i tengah sidai kain pastu jadi topik hangat plak babah i kena queen control kena buat keje umah padahal my mum xsuruh pon babah i sidai kain, sbb dh faveret dia suka cuci baju adohaii kelakar pon ada geram pon ada kepochi jek manusia ni
Quote mommymonster82 12-2-2016 03:11 PM
safieyah1984 replied at 12-2-2016 02:52 PM
babah i selalu kena, org lalu lalang depan umah ai tegur babah i tengah sidai kain pastu jadi topik  ...

dorg jeles la tu..laki dorg xbuat macam tu..padahal lam hati mesti kata untungnya laki dia tolong sidai baju..
Quote maharani_gebu 12-2-2016 03:20 PM
ai kalau nak beramas mesra dgn jiran... kalau nmpak tgh sidai baju xderlah kluar ayat "sidai baju ke?"... sbb kat situ nampak sengal skala 7 nanti....

biasenyer ai setat dgn "ai awal menjemur..."

xderlah nmpak bangang sgt kann...
Quote safieyah1984 12-2-2016 04:09 PM
mommymonster82 replied at 12-2-2016 03:11 PM
dorg jeles la tu..laki dorg xbuat macam tu..padahal lam hati mesti kata untungnya laki dia tolong  ...

alhamdulillah mommy monster laki ai pon faveret dia basuh baju habis baju tersidai di pungutnya cuci siap letak downey lagi pastu sidai keja ai kat umah lipat baju masuk dlm almari jelah, hahahaha mmg pelik gak ada lelaki faveret dia cuci baju kan, tapi tulah ramai org salah sangka kan, tapi dalam kes babah ni yg sindir dia tu kawan2 lelaki lah duk kedai kopi habis cakap babah i kena queen control bagai. hahaha

Quote mommymonster82 12-2-2016 04:39 PM
safieyah1984 replied at 12-2-2016 04:09 PM
alhamdulillah mommy monster laki ai pon faveret dia basuh baju habis baju tersidai di pungutnya cu ...

ego semua tu..nak jadi raja je..padahal boleh je tolong bini..tapi lagi rela sembang2 lepak lama2 kat kedai kopi dari tolong bini kat rumah skit2..
Quote AdikSuka 13-2-2016 03:10 PM
kalau jiran iols tanya gini, selalu i balas dgn senyuman then weols continue berbual. ayat cliche ni mcm pembuka kata nak ajak berborak.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 04:16 PM GMT+8 , Processed in 0.080892 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top