Edited by CARI-MAMS at 10-2-2016 11:50 AM
Oleh Adib ZA
Biasa, kan dengan rakan atau jiran tetangga, bila berjumpa mereka suka menanyakan apa yang sedang kita lakukan.
"Tengah jemur kain ke?"
"Tengah buat apa tu?"
Bagi sesetengah orang, mereka berasa marah kerana soalan itu dianggap 'soalan bodoh'. Iyalah, sudah siang lagi bersuluh.
Terang-terangan nampak apa yang sedang anda lakukan di depan biji mata mereka sendiri.
Namun, seorang netizen berkongsikan hal ini di laman sosial dan mendapat reaksi yang positif di kalangan orang ramai.
Katanya, di kala ditanya soalan-soalan 'bodoh' itu, jangan sesekali kita berasa marah atau naik angin. Ini kerana bukan kerana orang yang bertanya itu tidak nampak, namun itulah salah satu cara nak bermesra.
Gambar hiasan. (Sumber foto: Carian google)
Netizen ini juga memberi perumpamaan bagaimana Allah bertanyakan kepada Nabi Musa. Masakan Tuhan tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh nabi atau makhluknya. Namun, di sebalik itu, ada maksud dan nilai yang tersembunyi di situ.
Oleh itu, tak payahlah ambil serius sampai nak maki hamun pula atau menyindir si empunya badan yang bertanya.
Mungkin hal ini nampak remeh, namun sebenarnya ia merupakan elemen atau nilai yang telah ramai orang terlupakan. - CARI Infonet
|