CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lagi Kes Rempuh Haiwan di LPT2, Kali Ini Pak Belang

6-2-2016 12:32 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 24092| Komen: 243


Oleh : Dean BZ


Satu kemalangan melibatkan seekor harimau belang dewasa dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV)  telah berlaku awal pagi Sabtu ini di KM321.2 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

Kejadian dipercayai berlaku pada kira-kira 1 pagi ketika harimau berkenaan cuba melintasi lebuh raya sebelum dilanggar sebuah MPV yang dipandu dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuala Terengganu.

Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Supt Kamaluddin Mohamad yang mengesahkan kejadian itu berkata pemandu dan tiga penumpang MPV berkenaan selamat. Harimau itu mati ditempat kejadian dan bangkai harimau belang berkenaan akan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan negeri untuk tindakan lanjut.


Dalam pada itu, Kamaluddin turut menasihatkan pengguna LPT 2 supaya berhati-hati memandu di sepanjang lebuh raya berkenaan terutamanya pada waktu malam berikutan banyak binatang liar seperti rusa, tapir, babi dan binatang ternakan seperti kambing, lembu serta kerbau berkeliaran dan melintas di kawasan tersebut.

Terdahulu, kes rempuh lembu yang menyebabkan pemandu maut turut terjadi di LPT 2 pada awal 2015. - CARI Infonet.





Kredit: mstar
10

Bagus
3

Marah
6

Terkejut
4

Sedih
4

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (29 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mommymonster82 6-2-2016 11:19 AM
Ya Allah..sedih n ngerila pulak..
Quote abangbikerz 6-2-2016 11:23 AM
Aduh buatlah pagar dan laluan haiwan
Quote noell 6-2-2016 11:29 AM
aisey korban gongxifacai la neh...tak sempat nak raya rimau neh
Quote mzzenma 6-2-2016 11:30 AM
Kesiannya rimau tu..dah lah semakin pupus
Huwaaaa
Quote clarizsa 6-2-2016 11:32 AM
I cried reading this.....

Siannya meow....
Quote clarizsa 6-2-2016 11:33 AM
Manusia ni bawa kenderaan dh perasan bagus.. langgar lenyek abis haiwan lain..

Mesti laju gila.. ptut dia yg mati instead of dat poor tiger..
Quote mice_cheese 6-2-2016 11:39 AM
Bahaya betol la lpt2 ni
Quote MissNigga 6-2-2016 11:40 AM
cinannya ....
dah sler spesis makin pupus .. mati kena langgar pulop
Quote kenarihitam 6-2-2016 11:43 AM
Siannya rimau tuh..huk..huk
Quote boyagombak 6-2-2016 11:44 AM
Ghimau pun nk protes FAM sanggup tukar nama dari Harimau Malaya kepd Harimau Malaysia. Harimau Malaya nmpk lg power dari Harimau pondan
Quote Innrukia 6-2-2016 11:46 AM
Lpt2 ni terbukti pakat jdkan tpt race. Sebab tu nk simpati pd mangsa accident payah skit. Bawak mengundang musibah
Quote Knowlee 6-2-2016 11:55 AM
Edited by Knowlee at 6-2-2016 11:59 AM

gambar-gambarnya
Quote 1234 6-2-2016 12:08 PM
abangbikerz replied at 6-2-2016 11:23 AM
Aduh buatlah pagar dan laluan haiwan

Aah betul cam lu pagarkan babi tuu..
Quote GhostWalking 6-2-2016 12:09 PM
Babinya yang pegang kepala rimau tu.fucktard nak mampos
Quote ellejo 6-2-2016 12:09 PM
dahla nak pupus. buatla pagar biar binatang, hantu2 dan binawe tak boleh cross lpt
Quote NAT_11 6-2-2016 12:12 PM
Macam rimau India - besau betul!!!
Quote Knowlee 6-2-2016 12:14 PM
Baru tengok dalam berita TV9. Ramai yg amik gambar dgn bangkai harimau ni angkat kepala dia. Jakun sgt kot tak pernah jumpa harimau. Kesian cik mau...
Quote lionsleepin 6-2-2016 12:18 PM
GhostWalking replied at 6-2-2016 12:09 PM
Babinya yang pegang kepala rimau tu.fucktard nak mampos

Memang setan. Stok janggut2 ni aku cukup nyampah.
Quote hafiz18 6-2-2016 12:19 PM
Kalau tu mak rimau, mesti anak2 diebkebuluran nanti

Lihat semua komen(243)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:03 PM GMT+8 , Processed in 0.100791 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top