CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Chef Zam dikecam selepas pertikai umat Islam ‘menggeletis’ nak balik kerja awal… “Kau ingat pejabat depan pintu rumah ke?”

21-2-2026 10:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 29155| Komen: 8

 


CEF selebriti, Profesor Datuk Zamzani Abdul Wahab atau Chef Zam menerima kecaman hebat daripada netizen susulan perkongsiannya yang mempertikaikan tindakan segelintir pekerja mahu pulang awal sepanjang bulan Ramadan. 

Chef Zam, 56, meluahkan rasa hairan terhadap situasi tersebut serta mempersoalkan alasan di sebalik keinginan untuk menamatkan waktu kerja lebih awal.

 

"Waktu berbuka 7.29 malam, yang kau menggeletis nak balik tempat kerja 4.30 petang kenapa pula? 

"Nak memasak untuk katering bisnes ke?," katanya. 

Chef Zam berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya. 


Bagaimanapun, kenyataan tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dengan menyifatkan pandangan cef berkenaan kurang sensitif terhadap situasi pekerja yang berpuasa.

Rata-rata netizen tampil memberikan pandangan balas dan mempertahankan hak pekerja yang diberi kelonggaran oleh majikan untuk pulang lebih awal sepanjang Ramadan.

"Belas ihsan bos bagi balik awal bukan sebab nak masak sahaja, ini bulan puasa. Mungkin ada yang kurang bertenaga dan perlukan rehat. Ada juga kerja jauh balik rumah ngam-ngam waktu berbuka. 

"Majikan redflag. Alhamdulillah bos saya balik awal sejam dari biasa, pukul 4 sebab dia pun berkeluarga dan tahu rutin bulan puasa ini macam mana. 

"Jenis tak pernah kerja ofis, biarlah," tulis netizen. 

Sementara itu, hasil tinjauan mStar mendapati hantaran yang dimuat naik oleh Chef Zam itu dipercayai telah dipadamkan.

SUMBER – mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 22-2-2026 07:07 AM
ofis lama iols dulu, bos bagi masuk pukul 7 pagi, berbanding pukul 8 bulan lain. so boleh la balik pukul 4, berbanding pukul 5 or 5.30 petang. dan di bulan puasa, takde sapa dibenarkan kerja melebihi pukul 5. semua kena halau balik.

nak sampai rumah je dah sejam dua. sangkut jem lagi. itupun selalu prepare kurma dalam plastik, in case berbuka dalam kereta.
kalau sampai awal, sempat beli makanan kat bazaar, or masak sendiri. kalau dah terdesak pun order makanan, itupun risau je delivery sampai lambat. and alang2 order untuk berbuka, order la sekali untuk driver tu extra. dia pun nak berbuka jugak

kepada Chef Zam, kalau kita permudahkan urusan orang, insyaallah, Allah permudahkan juga urusan kita. buat baik dibalas baik, gituu

iols menahan diri di bulan molia ini dari perkataan-perkataan hmm
Quote miss_perfect 22-2-2026 07:11 AM
Chef Zam ni kan kalau Google gambar dia, mostly gambar dia mesti mulut separa terbuka. Orang lain kalau senyum lebar setakat nampak gigi tapi dia punya gambar mostly ternganga.

Sorry la OT pulak. Tapi itu yang terlintas kat kepala I lol
Quote asfaz 22-2-2026 11:28 AM
Edited by asfaz at 22-2-2026 11:29 AM

1000268044.jpg 1000268040.jpg
Quote selipar_hijau 22-2-2026 12:01 PM
sesungguhnya aku sedang menahan makian
Quote hyie 22-2-2026 01:35 PM
alah betul je la apa dia cakap tu, netizen je yang kuat sentap. Dia berseloroh je, sesambil tujukan kat orang yang tak berkaitan, macam andartu/antertu yang rumah 5 minit je dari tempat kerja contohnya. Kalau yang duduk jauh dan dah berkeluarga ke, tak payah la sentap2 pun..kalau boleh semua benda nak hangin la kan
Quote azimodin 22-2-2026 03:45 PM
Kebanyakan company bukan bagi balik awal free. Kena adjust waktu masuk & rehat. Bagi aku x kisah la rumah dekat ke, jauh ke.. kalau diberi kelonggaran balik awal, kenapa nak krna label as "menggeletis". Yang bujang pon kena cari makanan berbuka, yang berkeluarga kena ambik anak dari sekolah & sediakan makanan. Bukan semua orang berikan rezeki kerja betul2 depan rumah atau ada maid nak tolong masak.
Quote toet2meoww 22-2-2026 04:26 PM
Kalau company yang bagi, nak bising apenye? Beside, company pun tak bebal nak bg staff masuk macam biasa, rehat sejam pastu balik awal. Biasenye memang dtg awal and waktu rehat dipendekkan sbb tu company boleh bertolak ansur utk bg muslim punya staff balik awal sikit.
Quote LadyCarefree 22-2-2026 04:42 PM
Memang patut pun takyah nak treat muslims dgn privilege masa puasa. Sama je lah. Baru dapat hikmah puasa. Hehe

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.144722 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top