|
View: 31779|Reply: 8
|
Chef Zam dikecam selepas pertikai umat Islam ‘menggeletis’ nak balik kerja awal… “Kau ingat pejabat depan pintu rumah ke?”
[Copy link]
|
|
|
CEF selebriti, Profesor Datuk Zamzani Abdul Wahab atau Chef Zam menerima kecaman hebat daripada netizen susulan perkongsiannya yang mempertikaikan tindakan segelintir pekerja mahu pulang awal sepanjang bulan Ramadan.
Chef Zam, 56, meluahkan rasa hairan terhadap situasi tersebut serta mempersoalkan alasan di sebalik keinginan untuk menamatkan waktu kerja lebih awal.
"Waktu berbuka 7.29 malam, yang kau menggeletis nak balik tempat kerja 4.30 petang kenapa pula?
"Nak memasak untuk katering bisnes ke?," katanya.
Chef Zam berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya.
Bagaimanapun, kenyataan tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dengan menyifatkan pandangan cef berkenaan kurang sensitif terhadap situasi pekerja yang berpuasa.
Rata-rata netizen tampil memberikan pandangan balas dan mempertahankan hak pekerja yang diberi kelonggaran oleh majikan untuk pulang lebih awal sepanjang Ramadan.
"Belas ihsan bos bagi balik awal bukan sebab nak masak sahaja, ini bulan puasa. Mungkin ada yang kurang bertenaga dan perlukan rehat. Ada juga kerja jauh balik rumah ngam-ngam waktu berbuka.
"Majikan redflag. Alhamdulillah bos saya balik awal sejam dari biasa, pukul 4 sebab dia pun berkeluarga dan tahu rutin bulan puasa ini macam mana.
"Jenis tak pernah kerja ofis, biarlah," tulis netizen.
Sementara itu, hasil tinjauan mStar mendapati hantaran yang dimuat naik oleh Chef Zam itu dipercayai telah dipadamkan.
SUMBER – mStar |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ofis lama iols dulu, bos bagi masuk pukul 7 pagi, berbanding pukul 8 bulan lain. so boleh la balik pukul 4, berbanding pukul 5 or 5.30 petang. dan di bulan puasa, takde sapa dibenarkan kerja melebihi pukul 5. semua kena halau balik.
nak sampai rumah je dah sejam dua. sangkut jem lagi. itupun selalu prepare kurma dalam plastik, in case berbuka dalam kereta.
kalau sampai awal, sempat beli makanan kat bazaar, or masak sendiri. kalau dah terdesak pun order makanan, itupun risau je delivery sampai lambat. and alang2 order untuk berbuka, order la sekali untuk driver tu extra. dia pun nak berbuka jugak
kepada Chef Zam, kalau kita permudahkan urusan orang, insyaallah, Allah permudahkan juga urusan kita. buat baik dibalas baik, gituu
iols menahan diri di bulan molia ini dari perkataan-perkataan hmm  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Chef Zam ni kan kalau Google gambar dia, mostly gambar dia mesti mulut separa terbuka. Orang lain kalau senyum lebar setakat nampak gigi tapi dia punya gambar mostly ternganga.
Sorry la OT pulak. Tapi itu yang terlintas kat kepala I lol
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by asfaz at 22-2-2026 11:29 AM
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sesungguhnya aku sedang menahan makian |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
alah betul je la apa dia cakap tu, netizen je yang kuat sentap. Dia berseloroh je, sesambil tujukan kat orang yang tak berkaitan, macam andartu/antertu yang rumah 5 minit je dari tempat kerja contohnya. Kalau yang duduk jauh dan dah berkeluarga ke, tak payah la sentap2 pun..kalau boleh semua benda nak hangin la kan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kebanyakan company bukan bagi balik awal free. Kena adjust waktu masuk & rehat. Bagi aku x kisah la rumah dekat ke, jauh ke.. kalau diberi kelonggaran balik awal, kenapa nak krna label as "menggeletis". Yang bujang pon kena cari makanan berbuka, yang berkeluarga kena ambik anak dari sekolah & sediakan makanan. Bukan semua orang berikan rezeki kerja betul2 depan rumah atau ada maid nak tolong masak. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau company yang bagi, nak bising apenye? Beside, company pun tak bebal nak bg staff masuk macam biasa, rehat sejam pastu balik awal. Biasenye memang dtg awal and waktu rehat dipendekkan sbb tu company boleh bertolak ansur utk bg muslim punya staff balik awal sikit. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Memang patut pun takyah nak treat muslims dgn privilege masa puasa. Sama je lah. Baru dapat hikmah puasa. Hehe |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|