CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ambuyat, Nampak Pelik Tapi Sedap

5-2-2016 03:51 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 25999| Komen: 33


Oleh : Dean BZ


Ambuyat merupakan makanan warisan turun-temurun bagi masyarakat berbangsa Bisaya di Sabah dan Brunei. Ambuyat berwarna putih cair dan teksturnya seperti gam. Menjadi hidangan wajib ketika kenduri perkahwinan dan hari keramaian bagi penduduk yang berbangsa Bisaya. Juga sedap dimakan dengan dengan nasi ketika makan tengah hari.

Ambuyat diperbuat daripada pokok rumbia yang diproses menjadi sagu rumbia. Bagi masyarakat Bisaya yang tinggal di Beaufort, Sabah, untuk membuat ambuyat mereka perlu meredah hutan mencari pokok sagu.


Isi sagu yang berwarna putih dipotong kecil dan halus. Sagu yang siap dipotong akan ditapis dan direndam untuk tempoh tiga hari di dalam baldi yang berisi  air. Selepas tempoh satu atau dua hari, isi sagu yang direndam akan menjadi sebatian.  Sebatian ini adalah yang dinamakan sagu dan akan dimasak menjadi ambuyat.                 

Untuk menghasilkan ambuyat, tepung sagu digaul bersama air panas yang mendidih hingga menjadi kental dan kembang kerana ambuyat ini pada kebiasaannya dimakan menggunakan kayu sepit ataupun dikenali dengan panggilan chandas. Penggunaan chandas ini bagi membolehkan ambuyat yang kental boleh dipusing dan terbelit pada kayu tersebut.



Bahan A
1 kg (6 cawan) sagu rumbia
Air panas yang baru dimasak
1 liter (4 cawan) air

Bahan B
600 g ikan putih/tongkol/tenggiri/kurau/senangin
40 g (5 ulas) bawang merah
10 g (2 ulas) bawang putih
10 g (2 sm) kunyit hidup   (ditumbuk kasar)
10 g (2 sm) halia
3 g (5 biji) cili padi
30 g (2 batang) serai, diketuk
5 g (5 keping) asam keping
9 g (1 sudu teh) garam
625 ml (2 cawan) air

Bahan C
500 g (60 pokok) pucuk paku, dibersihkan dan dipetik
3 g (1/2 sudu teh) garam
10 g (1 sudu makan) minyak sayuran
20 g (3 ulas) bawang merah
10 g (2 ulas) bawang putih   (ditumbuk)
10 g (1 sudu makan) belacan
125 ml (1/2 cawan) air
1 biji cili merah (dihiris) untuk hiasan

Cara memasak

Bahan A
Cara membuat ambuyat:
Sagu dicampur dengan 4 cawan air dan mendapkan selama 10 minit.
Tuang air dan masukkan sagu ke dalam bekas yang tahan air panas.
Bancuh sagu dengan air panas yang baru mendidih. Kacau hingga sebati dan masak sehingga sagu kelihatan jernih dan likat (seperti gam. Ini menandakan sagu itu telah masak).

Bahan B
Ikan dibersih dan dipotong 5 keping.
Masak di dalam periuk bersama-sama dengan bahan-bahan lain. Rebus sehingga masak.

Bahan C
Panaskan minyak di kuali dan tumis semua bahan yang ditumis sehingga naik bau.
Masukkan sayur pucuk paku dan garam. Tambah 1/2 cawan air. Masak hingga empuk. Hiaskan dengan cili merah.

Nota:
Ambuyat dimakan menggunakan candas (atau kayu penyepit) dan dicelup dengan kuah ikan dan terus dimakan bersama-sama dengan sayur pucuk paku.
Sagu adalah makan ruji untuk kaum Bisaya. Resipi ini adalah makanan seimbang, kaya dengan karbohidrat kompleks dan serat serta rendah lemak dan garam.
Bagi Semenanjung Malaysia yang susah untuk mendapatkan sagu rumbia, boleh diganti dengan biji sagu atau sagu ubi yang mana perlu dimasak diatas api sehingga sagu kelihatan jernih.


Makanan ini baik dimakan sewaktu masih panas. Nampak macam dodol tapi versi berwarna jernih, mesti sedap. Jom cuba. 

Siapa sudah pernah rasa ambuyat? Kongsikan pengalaman sedap ke tak .- CARI Infonet.



Sumber : nutriweb.org.my/sinarharian
21

Bagus
14

Marah
14

Terkejut
17

Sedih
21

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (95 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jelitaqasyah 5-2-2016 04:04 PM
ayoo ambuyattt.. lama kot xmkn.. dulu mak angkat selalu buat kalau p umah dia.. la ni xdpt nk merasa dah.. pindah jauh dah...  
Quote misscendol 5-2-2016 06:05 PM
Alahaiiii post ni pasal resipi ke. Boleh dipercayai x? Karang xsedap. Selalu cmtu tau lg2 kalau pegi kat website myresipi bagai lah
Quote Mary_jane 5-2-2016 07:01 PM
Macam kepurung, yummy.
Quote cmf_Kimmy 5-2-2016 09:11 PM
cicah  dengan sambal binjai...sikit punya sedap.  Miss lak nak makan ambuyat ni.

Air nak kena panas betul2 bila nak bancuh  ambulung (sagu rumbia)......kalau tak, dia tak jadi.
Quote HannahMontana 6-2-2016 11:14 AM
xpernah cuba walaupun pernah dihidangkan ambuyat ni

Quote drivethru 6-2-2016 12:09 PM
Teringat plak bancuh tepung ubi dgn air panas buat gam.
Quote Chesire_Epilog 6-2-2016 02:52 PM
Kalau kat sarawak dipanggil linut
Quote brums08 17-2-2016 09:09 PM
Nyaman bah dgn cacah.dgn set daging urat tumis...
Quote deekhan 27-3-2016 06:00 PM
macam best lembek2 gitu
Quote mshaiful 27-3-2016 09:00 PM
Pernah try kat rumah kawan kat Sabah makan dengan udang rebus dan sambal belacan. Tapi takleh nak makan banyak sbb tak biasa.
Quote moocoww 30-3-2016 08:02 PM
Pernah cuba...tapi 1x suap je terus x boleh masuk...
Quote lil_sparky 12-8-2017 12:39 AM
Dh lama teringin nk makan..
Kat mana eh bole dpt
Quote FanTasyCreaTioN 12-8-2017 03:17 AM
Kat Sarawak d panggil linut ..
samada buat camtu ..
tapi ada cara ringkas ja ..tak perlu nak kacau laju laju dengan air panas - yang mana tak kompom menjadi
cara ringkas :
- campur sagu tu dengan air biar cair dan masuk kan dalam kuali
- kacau sehingga air mendidih dan kering

FC tak brapa gemar d buat ambuyat atau linut
teringat ....

suka kalau d buat tumpi sagu
- hancur2 kan sagu , masuk kan kelapa parut dan masuk kan sedikit garam dan gula.. gaul rata
- licinkan kuali dengan sedikit minyak. kalau guna non stick .. tak perlu
- taburkan sagu tu tadi dan biar sekejap , api kena selow
bila dan bercantum cantum .. balik kan 2-3 kali
siap

jumpa gambar ni .. tumpi sagu

Quote FanTasyCreaTioN 12-8-2017 03:20 AM
Untuk makan bersama ambuyat(Sabah)  linut(Sarawak)

sambal belacan ikan bilis

dan

sup terung dayak + ikan lumek salai



Quote raradhia 13-8-2017 05:34 PM
punya sadap ni, mknan suku kaum brunei. .say hi dlu urg brunei, mntaw terjumpa jodoh
Quote raradhia 13-8-2017 05:35 PM
lil_sparky replied at 12-8-2017 12:39 AM
Dh lama teringin nk makan..
Kat mana eh bole dpt

uols dtg sabah nnt iols belanja, kihkih
Quote raradhia 13-8-2017 05:35 PM
moocoww replied at 30-3-2016 08:02 PM
Pernah cuba...tapi 1x suap je terus x boleh masuk...


mkn terus telan jah sis, mmg mcm tu first time mkn mmg bgtu. .hihi
Quote pinkypetal 13-8-2017 05:52 PM
raradhia replied at 13-8-2017 09:35 AM
mkn terus telan jah sis, mmg mcm tu first time mkn mmg bgtu. .hihi

Macam mana cara makan you? Calit sikit macam sambal belacan tu ke?

Hakak tak pernah makan langsung. Dan rasa dia camna?
Quote raradhia 13-8-2017 05:56 PM
pinkypetal replied at 13-8-2017 05:52 PM
Macam mana cara makan you? Calit sikit macam sambal belacan tu ke?

Hakak tak pernah makan langs ...

rasa dia tawar jah sis, sbb tu laa ada pencicah dia mcm kuah ikan kuah sardin sambal belacan. .tp, dia ada satu bau ni iols pun xtahu nak gambarkan mcm mn tapi bau sagu kot. .hihi, bau dia ok ja xkuat sgt pun

cara mkn dia ambik ambuyat tu sikit2 jah sis, lepas tu cicah dgn kuah2 tadi tu laa. .letak kat mulut terus telan, xpyh kunyah lg. .boleh mkn dgn ikan bakar, sayur kangkung mcm tu laa. .

kalau sis ada ig, sis tengok ig datosrivida. .dia pergi brunei ada mkn ambuyat ni. .hihi

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.255237 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top