CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Isu Terlalu Remeh…” – Fasha Sandha Enggan Ulas Isu Suami Dipeluk

16-2-2026 09:39 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8427| Komen: 4

 



Pelakon Fasha Sandha enggan mengulas mengenai isu gambar suaminya, Aidil Aziz dipeluk oleh aktres Sharifah Sakinah.

Memetik Oh Bulan, Fasha berkata isu tersebut terlalu remeh untuk diperkatakan dan bimbang kenyataannya itu disalah tafsir dan lebih baik jika tidak memberikan komen.

“Kalau orang tanya pasal isu tu saya tak nak komenlah sebab nanti kalau komen kita akan nampak macam tak betul pula. 

“Jadi lebih baik tak payah komen. Pada saya isu itu terlalu remeh untuk dibicarakan.

“Saya kenal Sakinah dah lama daripada zaman saya tak berlakon dengan dia. Jadi saya selesa dengan dia dan dia sekarang berlakon dengan Aidil,” katanya.

Sementara itu, Fasha berkata dia jarang membaca komen-komen negatif netizen kerana sibuk dengan kerja serta keluarga.

“Saya tak baca sangat komen negatif ni sebab bagi saya ia macam angin lalu saja. Saya pun baru nak belajar main aplikasi Threads. 

“Selalunya saya memang lambat dalam hal media sosial ni sebab terlalu sibuk dengan kerja dan anak-anak,” katanya.

Sumber: Oh Bulan. Rotikaya

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 16-2-2026 09:48 AM
iman tak dpt diwarisi. tho org dok kata mamat ni dr background family tudung labuh.
Quote Aribaariba 16-2-2026 10:30 AM
Salah tetap Salah. Diam sudah la.. jgn kecilkan hukum besar
Quote AuntyZaza 16-2-2026 11:54 AM
Isu yg terlalu remeh untuk diisukan. sombongnya jawapan. Macam rasa kau hidup berabad lagi.
Quote noor2 16-2-2026 11:56 AM
Isu sensitif ni...komen pasal agama hukum kang..gaduh pulak dgn sakinah...last2 bermasam muka dgn laki sendiri...sakinah ni terlalu Liberal  kalah non muslim sendiri

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.033235 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top