CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Sewa Kereta Mewah Balik Kampung? Maaf, ‘Cringe’” - Ariff Bahran

16-2-2026 09:38 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 17005| Komen: 19

 



Penyanyi Ariff Bahran menyuarakan pandangannya terhadap segelintir individu yang sanggup menyewa kereta mewah untuk pulang ke kampung di musim perayaan.

Menerusi hantaran di Threads, Ariff turut mempersoalkan tindakan tersebut untuk mengagumkan siapa kerana tujuan utama untuk bertemu adik-beradik dan ahli keluarga.

 


“Balik kampung masa raya dan sewa kereta mewah? Maaf, cringe. Adik beradik je pun yang ada di kampung, nak ‘impress’ siapa?” tulisnya.

Sementara itu, Ariff turut meminta orang ramai berhati-hati kerana dunia kini penuh dengan kepura-puraan.

“Ramai rupanya kaki flex tapi kosong…erm hati-hati semua dunia tipu-tipu kita hidup sekarang,” tulisnya.


Sumber: Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anak_minang 17-2-2026 08:34 PM
Sendunya kau nyah... takde sapa yang kisah pun pasal kau.
Quote imthegirl 17-2-2026 09:09 PM
Filter zaman 2010 ke nyah
Quote LembingDayanti 18-2-2026 09:56 AM
dulu dia berpotensi sangat. lagu sedap. tapi kenapa dia yg jadi cringe sekarang. tunjuk duit tunjuk mcm2 . nampak mcm scammer
Quote makciktijah 19-2-2026 04:57 AM
igtkan zul handy black memuda td
Quote zad78 19-2-2026 08:21 AM
who areeee youuuusss???????
Quote 800214 19-2-2026 08:28 AM
Kadang2 org sewa keta bukan sbb nak menujuk...tp nak kereta selesa balik kpg. Mcm i kereta harian myvi dan hilux... Walaupun anak 2, tapi tak selesa. So kalau ada duit lebih why not sewa 3 4 hari kereta yg selesa asal tak meminjam kat org kan? Cringe apanyaaa
Quote nadie90 19-2-2026 08:59 AM
Dik, suka hati la depa yang nak menyewa, bayar guna duit depa. Dok sibuk pasaipa?

Salam Ramadan
Quote AuntyZaza 19-2-2026 09:27 AM
Balik kampung mmg sewa kete besar, anak 3 org, dengan barang lagi. Bukan tunjuk mewah, tp x mampu lagi nak beli kete besar.
Quote s@s@ 19-2-2026 09:46 AM
dia macam sewa hotel bila balik kg la...
nak tunjuk kat sapa?
len kali beli terus hotel tu
Quote dubuk 19-2-2026 11:13 AM
Poyo la kau
Quote supernaturalee 19-2-2026 03:18 PM
LembingDayanti replied at 18-2-2026 09:56 AM
dulu dia berpotensi sangat. lagu sedap. tapi kenapa dia yg jadi cringe sekarang. tunjuk duit tunjuk  ...

5 tahun lagi boleh masuk GV



Quote fattymah 19-2-2026 03:52 PM
AuntyZaza replied at 19-2-2026 09:27 AM
Balik kampung mmg sewa kete besar, anak 3 org, dengan barang lagi. Bukan tunjuk mewah, tp x mampu la ...

Kitanya paham je sis.. depa ni sah² pakai alphard..  senang nak bersiap
Quote slyfynx 20-2-2026 12:09 AM
X, nape tibe2 nk up
Adekah sbb org kutuk kete kau x best?
Quote LadyCarefree 20-2-2026 12:33 AM
Mamat ni kenapa? Saja minta dikecam sebab sendu?
Quote ujio 20-2-2026 06:03 AM
Kemain bergmbr kat mana tu..? Kedai preloved..?
Quote NuansaBiru 20-2-2026 06:38 AM
Takda masalah pun. Lain keluarga lain keperluan. Bagi yg bujang, mungkin takde keperluan utk pakai kereta besar2, sana sini blh guna public transport, grab pun melambak. Tapi bila balik kampung, mungkin ada keperluan utk bawak mak ayah beraya.
Begitu juga bagi yg berkeluarga, mungkin di bandar guna saloon car sudah memadai, tapi bila balik kampung berhari2, mpv lebih sesuai/selesa utk anak2, nak sumbat segala kain baju, barang2 lagi, mak ayah nak ikut beraya pun tak ada masalah
Pls don't gatekeeping other people punya mode of transportation pls. Lain la kalau member ko tu asik la belum cukup bulan lagi dah wasap nak pinjam duit, tiba 1 syawal duk posing tepi bendang dgn mustang sewa siap hesteg #lifegoal #achievementunlocked, yg tu mmg layak kena humban dlm lumpur sawah
Quote Samerosie 20-2-2026 08:35 AM
Dia sendiri org cringe tengok posing kat tunjuk belakang beg Dior, kena kah?

Sewa kereta sbb jalan jauh anak beranak biar selesa tp tak nak commitment bulan2 byr kereta mahal 9 tahun, tu pun x boleh ke? Selalu naik kapal terbang je balik kg hahaha kau hado mat? Tak do.
Mungkin dia sendiri buat kut tu sbb dia sebut.
Quote mrseller 20-2-2026 08:39 AM
Pegi mampus dgn ko punya cringe. Dia bukan pakai duit ko pun
Quote seri_mawr 20-2-2026 09:03 AM
apa salahnya sewa kereta...
ko tu yang x faham ariff oii...

org family besar akan sewa kereta besar..bukan nak flex la ngekkk...
biasa kereta myvi je guna..anak dua..tp balik kampung nak bg org lain tumpang jua..barang2 nak bawak balik bnykkk...ada yang anak ramai nak sewa kereta pun x mampu...ni la masanya nak bawak anak2 saudara beraya rumah saudara mara jlan sama2...

apa ke otak hang dengki sgtnya...cuba lah fikir psitive...entah apa2..
errkk...ariff ni nyanyi lagu apa..? dari program apa dia muncul..?

#aku x sewa kereta...tp ok jah dgn org balik nak kg sewa kereta besar2....

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2026 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.048719 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top