|
Suami kepada pelakon dan penyanyi Erra Fazira iaitu usahawan Ezwan Zain berkata sebagai lelaki dia mahukan isteri yang boleh menjadi pendengar yang baik. Menerusi satu podcast, Ezwan meluahkan rasa syukur dikurniakan isteri yang merupakan seorang pendengar yang baik. “Alhamdulillah, isteri saya seorang pendengar sangat baik. Walaupun kadang-kadang dia tidak memandang muka saya, saya tahu dia mendengar setiap apa saya luahkan,” katanya. Sementara itu, Ezwan turut berpendapat sikap menghormati menjadi perkara utama dalam keharmonian rumah tangga dan segala urusan akan menjadi lebih mudah. “Saya perlukan seorang isteri yang boleh menjadi pendengar yang baik dan juga seorang yang menghormati. “Saya rasa semua lelaki rasa dengan sifat hormat itu sahaja dah boleh selesai masalah. Kalau kita letak sifat hormat itu di hadapan, semua perkara menjadi baik,” katanya. Sumber: Rotikaya
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-2-2026 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.035935 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.