CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penjawat awam wanita di Negeri Sembilan diberikan kelonggaran, Jumaat balik pukul 2 petang sepanjang Ramadan

5-2-2026 09:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15343| Komen: 9

 


SEREMBAN – Penjawat awam wanita di negeri ini diberikan kelonggaran untuk pulang lebih awal, iaitu pada pukul 2 petang setiap Jumaat sepanjang Ramadan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata kelonggaran berkenaan hanya membabitkan pekerja di bawah pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan berkanun negeri.

“Ini adalah pelaksanaan waktu bekerja fleksi khas bulan Ramadan tahun 2026 bagi penjawat awam wanita di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan. Jadi hari Jumaat mereka akan bekerja sehingga pukul 2 petang. Lepas orang lelaki datang, mereka balik. Ini melibatkan lebih kurang 2,496 penjawat awam wanita di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di sini, hari ini.

Beliau turut memaklumkan, bantuan khas kewangan kepada 57,000 pekerja Kerajaan Persekutuan di negeri ini membabitkan peruntukan sebanyak RM17 juta akan diberikan pada 14 March hadapan iaitu sebelum sambutan hari raya Aidilfitri. 

Sumber:– KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote plywood 5-2-2026 10:19 AM
negeri lain tak ada keinginan untuk buat kebaikan jugak ker..

Quote vanilacup 5-2-2026 10:23 AM
Alhamdullilah dan tahniah buat penjawat awam N9...
Itulah rezeki untuk kalian.. maka manfaatkanlah sebaik mungkin.
Quote ninja boy 5-2-2026 10:30 AM
Edited by ninja boy at 5-2-2026 11:33 AM

Dah bagi balik awal pi la manfaatkan masa pi masak di rumah jgn keluar rumah petang2 menambah kesesakkan jalan raya, org lain yg balik 5pm belum tentu sampai rumah jam 7pm sbb sesak jalanraya budak balik sekolah la eksiden la param la buffe Ramadan la, hujung2 stay sekitar ofis dan masjid sampai 10 malam baru balik rumah
Quote Burong_Hantuk 5-2-2026 10:45 AM
Untung laaaaa
Quote mejaputih 5-2-2026 10:49 AM
kesian penjawat awam lelaki
Quote talapia 5-2-2026 02:43 PM

Jadi hari Jumaat mereka akan bekerja sehingga pukul 2 petang. Lepas orang lelaki datang, mereka balik.


maksudnya apa? Orang lelaki datang petang ke? kol 2ptg or 1 lebih ke?
Quote pisanggoreng 5-2-2026 02:54 PM
talapia replied at 5-2-2026 02:43 PM
maksudnya apa? Orang lelaki datang petang ke? kol 2ptg or 1 lebih ke?

balik dari semayang jumaat ??
Quote KamikuP 5-2-2026 03:41 PM
wAH TAHNIAH PENJAWAT AWAM NISMILAN... dah balik awal jgn gatal keluar pegi param menambahkan sesak jer khuenzzz... ekeke
Quote Firenzza 5-2-2026 05:04 PM
Bestnya.....

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.661354 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top