CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

12 Negara Tandatangan TPPA Hari Ini Selepas 5 Tahun

4-2-2016 11:29 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 6375| Komen: 30

Oleh AdibZA

Lepas 5 tahun, akhirnya 12 negara menandatangani pakatan perdagangan, TPPTA di New Zealand hari ini.

TPPA diunjur meningkatkan pertumbuhan KDNK secara menyeluruh di negara anggota hasil daripada peluasan pasaran dan pemansuhan atau pengurangan halangan perdagangan.


Malaysia, yang menyertai perjanjian perdagangan bebas abad ke-21 yang komprehensif semasa pusingan ketiga rundingan pada Oktober 2010, bakal menyaksikan KDNK meningkat AS$107 bilion hingga AS$211 bilion dalam tempoh 2018-2027.

Malaysia merupakan anggota kesembilan TPP pada mesyuarat yang berlangsung sempena mesyuarat pemimpin Apec di Honolulu pada 2011. Rundingan perjanjian itu dimuktamadkan pada 5 Oktober 2015.

Bagi meliberalisasikan lagi perdagangan Malaysia, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed memberi jaminan bahawa ekonomi negara tidak akan 'dijajah' oleh negara lain dalam perjanjian itu.

Beliau berkata penyertaan Malaysia dalam TPP tidak hanya akan membawa manfaat utama kepada ekonomi negara, malah dalam bidang lain seperti pengukuhan perusahaan kecil dan sederhana. - CARI Infonet


Baca selanjutnya: Bernama


(Sumber foto: FMT)
22

Bagus
20

Marah
21

Terkejut
17

Sedih
10

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (100 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tentera_laut 4-2-2016 08:42 AM
for the best i hope
Quote sapp73 4-2-2016 08:43 AM
semoga Allah melindungi negaraku Malaysia
Quote EJALTI 4-2-2016 08:44 AM
12 Negara Termasuk Malaysia Meterai TPPA

http://www.mstar.com.my/berita/b ... aysia-meterai-tppa/

Diterbitkan: Khamis, 4 Februari 2016 8:18 AM



AUCKLAND: Dua belas negara, termasuk Malaysia, menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik di sini pada Khamis, pakatan perdagangan yang dijangka meluaskan pasaran, mengurangkan tarif dan mempromosi perdagangan yang lebih bebas.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, menandatangani perjanjian perdagangan bebas komprehensif abad ke-21 bagi pihak Malaysia.

Pakatan perdagangan itu mewakili hampir 40 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global bernilai AS$30 trilion.

Majlis penandatanganan TPPA di ibu negara New Zealand ini adalah hasil rundingan yang sukar yang mengambil masa lima tahun dan 19 pusingan rundingan.

Dua belas negara anggota TPPA ialah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat, Vietnam dan Malaysia.

Sebahagian besar negara berkenaan merupakan rakan dagang utama Malaysia.

TPPA bermatlamat menggalakkan penyepaduan ekonomi bagi meliberalisasikan perdagangan dan pelaburan, selain merangsang pertumbuhan ekonomi serta manfaat sosial.

Lebih daripada 90 peratus manfaat ekonomi disumbangan menerusi langkah-langkah bukan tarif yang lebih rendah.

Ia juga dijangka mewujudkan peluang-peluang baharu untuk pekerja dan perniagaan, menyumbang kepada meningkatkan taraf hidup 600 juta penduduk, memberi manfaat kepada pengguna, mengurangkan kemiskinan serta menggalakkan pertumbuhan mampan.

Selain Mustapa, ketua perunding TPPA Malaysia Datuk J. Jayasiri turut hadir pada acara bersejarah itu.

Majlis pemeterian itu yang berlangsung di Pusat Konvensyen di sini, bermula pada 9.00 pagi waktu tempatan dengan persembahan kebudayaan berwarna-warni, diikuti mesyuarat peringkat menteri sebelum majlis pemeterian dilakukan.

Malaysia, yang menyertai TPPA pada pusingan ketiga rundingan pada Oktober 2010, bakal menyaksikan KDNK meningkat sebanyak AS$107 bilion kepada AS$211 bilion antara 2018-2027.

Pelaburan diunjurkan meningkat sebanyak US$136 bilion kepada US$239 bilion antara 2018-2027, sebahagian besarnya menerusi pertumbuhan pelaburan yang lebih
tinggi, dalam industri tekstil, pembinaan dan perdagangan pengedaran. - Bernama
Quote sgbuloh 4-2-2016 08:49 AM
so.. kita rakyat malaysia akan semakin sejahtera selepas ini..?

harap2nya lah..
Quote epis 4-2-2016 09:30 AM
Hari berganti hari, pahat tidak berbunyi janji tinggal janji...
Quote jetrofa 4-2-2016 09:40 AM
TPPA: Proton tiada pilihan

KUALA LUMPUR 14 Jan. – Syarikat kereta nasional, Proton tiada pilihan lain perlu mempertingkatkan keupayaannya bagi menghadapi persaingan global khususnya di dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Naib Presiden Mobiliti Frost & Sullivan (F&S), Vivek Vaidya berkata, meskipun TPPA akan ditandatangani seawal Februari ini namun penguatkuasaan kandungan perdagangan dan pelaburan di dalam perjanjian itu hanya akan bermula empat hingga lima tahun lagi.

Jelasnya, tempoh masa selama empat hingga lima tahun itu harus digunakan sebaik-baiknya oleh Proton untuk meningkatkan teknologinya termasuk dengan mengadakan perjanjian kerjasama dengan syarikat automotif yang lain serta melakukan pelaburan tambahan bagi mempercepatkan perkembangan syarikat kereta itu.
“Penyertaan ke dalam TPPA dapat menjadikan industri automotif Malaysia lebih kompetitif terutamannya bagi menandingi Thailand yang kini jauh mengatasi Malaysia. TPPA merupakan tiket untuk mengakses ke pasaran pelbagai negara secara serentak tanpa perlu mengadakan perbincangan secara individu dengan setiap negara.
“Syarikat kereta nasional (Proton) harus meningkatkan kemampuannya. Sama ada Proton mampu menghadapinya ia bergantung kepada strategi yang akan dilaksanakan. Dari sudut positif, TPPA sebenarnya dapat meluaskan lagi pasaran Proton serta syarikat-syarikat tempatan yang mengeluarkan komponen-komponen kenderaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membentangkan prospek industri automotif Malaysia 2016 di sini hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah sebelum ini melahirkan kebimbangannya terhadap liberalisasi pasaran hasil pelaksanaan TPPA dan percaya Proton bakal menghadapi saingan yang sangat sengit daripada jenama-jenama kereta asing kesan perjanjian itu.

Tambah Vivek, industri automotif Malaysia bakal terjejas jika tidak menyertai TPPA terutama sekali dengan kehadiran Vietnam di dalam perjanjian itu. Vietnam dilihat sebagai pencabar dan boleh mendorong syarikat-syarikat automotif tertumpu ke negara tersebut jika Malaysia tidak menandatangani TPPA.
Mengulas lanjut mengenai Proton, beliau berkata, meskipun turut berhadapan tekanan akibat penyusutan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) serta kelembapan jualan Proton diramal tidak akan melaksanakan pengurangan kakitangannya.

“Sebagai syarikat nasional, Proton mungkin mempunyai polisi yang berbeza berbanding syarikat-syarikat korporat lain. Mereka mungkin sedaya-upaya melindungi nasib dan mengekalkan bilangan pekerjamya. Mungkin pekerja berstatus kontrak akan dihentikan jika berlaku sebarang kesukaran,” katanya.

F&S mengunjurkan jumlah jualan industri (TIV) kenderaan tempatan bagi 2016 sebanyak 648,000 buah berbanding 657,500 buah bagi 2015. Firma penyelidikan itu menjangka kemerosotan ringgit yang menyebabkan harga kenderaan meningkat menjadi punca mengapa jualan bagi tahun ini akan merosot.

- See more at: http://www.utusan.com.my/bisnes/ ... thash.Pc6zn7T2.dpuf


...tak sabar nak tengok episod selanjutnya..
Quote zamzarai 4-2-2016 09:45 AM
masa yang dinanti2kan dah tiba. moga rakyat Malaysia terima kebaikan seperti yang kerajaan janjikan.
Quote blackwidowbae 4-2-2016 11:06 AM
sapp73 replied at 4-2-2016 08:43 AM
semoga Allah melindungi negaraku Malaysia

Aamiinnnnnnnnn 44x
Quote berusjamban 4-2-2016 01:31 PM
Tahniah dan takziah
Quote hanamunir 4-2-2016 03:02 PM
akhir nye termeterai jua tppa..
dulu bukan main kata tak kan la apa la..
hmmmmmm..
Quote EJALTI 4-2-2016 03:19 PM
TPP dijamin tidak ulangi Perjanjian Pangkor

http://www.sinarharian.com.my/na ... an-pangkor-1.481665

4 Februari 2016



BAGAN SERAI - Langkah kerajaan Malaysia menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) di Auckland, New Zealand semalam dijamin tidak akan mengulangi kesan negatif akibat Perjanjian Pangkor dimeterai pembesar Melayu suatu ketika dahulu.

Ahli Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi Ghazali, jika dibandingkan kedua-dua perjanjian itu, TPP dilihat lebih realistik dan menguntungkan rakyat Malaysia dalam usaha mengorak langkah kerajaan ke arah mencapai negara maju.

Menurutnya, dengan termeterainya perjanjian TPP, nilai Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK) negara kini mampu mencapai peningkatan sehingga AS$28 Trilion berbanding nilai KDNK ketika ini mencapai AS$300 bilion.

"Selain itu, perjanjian TPPA akan memastikan pemain ekonomi tempatan bakal berhadapan dengan permintaan pasaran berjumlah 800 juta rakyat dari negara-negara terlibat pada masa hadapan, berbanding 30 juta rakyat sebelum ini.

"Perjanjian itu ditandatangani setelah pihak kerajaan meneliti kandungannya secara mendalam dengan mengambil kira kepentingan ekonomi dan masa depan pelaburan rakyat.

"Justeru, dakwaan kononnya perjanjian TPP menggalakkan penjajahan kali kedua ke atas negara seperti perjanjian Pangkor adalah tidak benar dan bertujuan menakutkan rakyat,"katanya sewaktu menyerahkan sumbangan 'Ang Pow' kepada 150 masyarakat Cina memerlukan di sini, hari ini.

Dr Noor Azmi berkata, manfaat terbesar dikecapi rakyat Malaysia daripada perjanjian ini membolehkan mereka melebarkan peluang dan sayap perniagaan ke peringkat global dengan lebih bebas.

Berikutan itu, beliau menggesa usahawan negara ini lebih berani bersaing dan bersifat kreatif dalam menghasilkan produk lebih canggih dan berkualiti untuk menembusi pasaran luar negara.

"Berdasarkan indeks tahap daya saing dikeluarkan penilai tersohor World Economic Forum (WEF), Malaysia menduduki ranking ke-18 daripada keseluruhan 140 negara di seluruh dunia dan dalam kalangan 12 negara menyertai TPP, kita menduduki tangga keempat negara paling kreatif dan berdaya saing.

"Daripada penilaian Indeks Kecanggihan Ekonomi diambil dari Pengkalan Data Atlas di Massachusetts Institute of Technology(MIT) yang dikaji sarjana MIT dan Universiti Harvard, Malaysia berada di kedudukan ke-34 daripada 186 dan dalam kalangan negara TPP, kita menduduki nombor enam.

"Dua penilaian itu membuktikan tahap daya saing dan produk eksport kita adalah di tahap canggih dan bukan peringkat budak hingusan. Jadi mengapa usahawan kita harus takut?" katanya.

Dr Noor Azmi berkata, langkah mempelbagaikan haluan eksport ke negara Amerika Latin akan melebarkan destinasi eksport usahawan-usahawan negara ini.

"Melalui pendekatan ini, tahap kebergantungan ekonomi negara terhadap situasi ekonomi semasa negara-negara kuasa ekonomi dunia seperti Amerika Syarikat (AS) dan China akan dapat dikurangkan.

"Jadi apabila negara-negara itu berdepan masalah kelembapan ekonomi, kita tidak begitu terkesan,"katanya.

Dr Noor Azmi turut merancang untuk memperluaskan penganjuran forum penerangan TPP kepada rakyat Parlimen Bagan Serai dalam masa terdekat.
Quote ra5101 4-2-2016 03:21 PM
Agak-agak boleh ker dapat barang2 dr jepun ngan amerika dgn harga murah macam komik, figura dan lain.
Quote Modngengade 4-2-2016 03:25 PM
harap2nya gitew  lah uoulsss
Quote misscendol 4-2-2016 04:23 PM
Malas nk ckp byk iols tunggu pru14 nnt. Mmg kompem parti barang naik iols xpilih. Padan muka!
Quote ninjago 4-2-2016 04:26 PM
kalau tak sign, US hantar nyamuk zika lak kang.. tersepittt
Quote EJALTI 4-2-2016 04:27 PM
Edited by EJALTI at 4-2-2016 08:36 AM
ninjago replied at 4-2-2016 08:26 AM
kalau tak sign, US hantar nyamuk zika lak kang.. tersepittt

Tak boleh blah statement.....hawau jerk....
Quote dizeck 4-2-2016 04:35 PM
another losing 'battle' for pembangkang malaysia

hahaha
Quote v(T.T)v 4-2-2016 06:06 PM


yang sain TPP tu wakil dari DAP kah? Pak Hadi?
Quote v(T.T)v 4-2-2016 06:10 PM
zamzarai replied at 4-2-2016 09:45 AM
masa yang dinanti2kan dah tiba. moga rakyat Malaysia terima kebaikan seperti yang kerajaan janjikan.

Dulu juga ada orang janji 1 mdb membawa manfaat kpd negara dan rakyat?

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:04 PM GMT+8 , Processed in 0.146585 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top