CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Diplomat Malaysia Dikenakan 9 Bulan Tahanan Rumah

4-2-2016 10:58 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 11148| Komen: 60

oleh Adib ZA

Bekas pegawai tentera di Kedutaan Malaysia, Muhammad Rizalman Ismail mengaku melakukan kesalahan serengan sumbang terhadap seorang wanita di New Zealand tahun lalu.


Dia dengan itu dijatuhi hukuman tahanan rumah selama sembilan bulan. 

Memetik laporan Mstar Online, Rizalman telah mengekori Tania Billingsley sehingga ke kediaman wanita itu pada Mei 2014. Kemudian memecah masuk ke rumah berkenaan dalam keadaan separuh bogel dengan hanya memakai baju sahaja. 

Dia yang menjalani tahanan rumah selama sembilan bulan itu akan diusir pulang selepas selesai menjalani hukuman itu. - CARI Infonet


Baca selanjutnya: Mstar Online

(Sumber foto: Yahoo)

11

Bagus
15

Marah
6

Terkejut
5

Sedih
6

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (47 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cik_tonggek 4-2-2016 09:20 AM
Harap bini heshe tabah dpt laki mental gileseks mcmni
Quote kentel 4-2-2016 09:21 AM
takpelah...malu lagi nengok bijan masuk berita international dari nengok berita cenggini
Quote mokcikKSKB 4-2-2016 09:29 AM
Geli nengok lidah tjelir mcm tu!inilah akibatnya bila mak pak x ajar anak lelaki mcm mana nak hormat perempuan.dh besar gila seks!
Quote mokcikKSKB 4-2-2016 09:30 AM
Xpayah hntr pulanglah..biar ko mereput sana!
Quote OmJualGas 4-2-2016 09:31 AM
orang negeri mana ni?...
Quote haryatie 4-2-2016 09:51 AM
ada istri ke..???
memalukan istri dn anak2 jerk..
mcam mana istri dia nk teruskan hidup dgn dia lagi kan..
Quote EJALTI 4-2-2016 09:57 AM
Rizalman dihukum 9 bulan tahanan di rumah

http://www.malaysiakini.com/news/329343

Hari ini, 9:21 pagi      Hari ini, 9:23 pagi



Bekas atase pertahanan, Muhammad Rizalman Ismail, dijatuhi hukuman tahanan di rumah selama sembilan bulan, selepas didapati bersalah atas tuduhan melakukan serangan sumbang terhadap wanita Wellington, Tania Billingsley.

Menurut NZ Herald, Mahkamah Tinggi Wellington telah mendengar hujah daripada peguambela Dr Donald Stevens dan pendakwa Grant Burston.

Grant dilaporkan bersetuju Rizalman dikenakan hukuman tahanan di rumah.

Di New Zealand, hukuman tahanan di rumah memerlukan pesalah berada di kediaman yang diluluskan pada setiap masa dan dipantau 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.

Sementara itu, pihak pembela berkata tertuduh telah menulis surat memohon maaf dan menawarkan untuk membayar pampasan.

Ia juga berhujah bahawa Rizalman berhak diberi hukuman yang lebih ringan daripada tahanan di rumah.

Rizalman, 39, mengaku bersalah pada 30 November lalu terhadap tuduhan melakukan serangan sumbang terhadap Billingsley.
Quote antidote 4-2-2016 10:17 AM
malunya family dia. kalo aku jadi anak dia pun malu dpt apak mcm ni
Quote ffawwaz 4-2-2016 11:37 AM
kuasa la abg askar ni..
terdesak sangat..
Quote mollipop 4-2-2016 11:49 AM
x faham ttg lelaki.. kerana desakan adik botak, sanggup gadaikan masa depan keluarga. haishhhh.. gelap masa depan ko da  bang oiiii!
Quote saladin780 4-2-2016 12:37 PM
mohon jgn la balik malaysia

nz nak tahan dalam rumah sampai mereput pun takpe..buat malu malaysia je
Quote mak_wa95 4-2-2016 09:33 PM
memalukan...

lelaki ni bila umur 40an peranagai lagi xsenonoh
Quote EJALTI 5-2-2016 04:21 PM
Penyampai NZ Tak Dapat Tahan Ketawa Baca Berita Mengenai Rizalman

http://www.mstar.com.my/berita/b ... i-berita-nz-ketawa/

Diterbitkan: Jumaat, 5 Februari 2016 3:55 PM



PETALING JAYA: Seorang penyampai TV New Zealand tidak dapat menahan ketawa ketika menyampaikan laporan mengenai bekas Pegawai Waran II Muhammad Rizalman Ismail yang didapati bersalah melakukan serangan sumbang.

Hilary Barry, yang bertugas dengan 3 News, tidak dapat menahan ketawa selepas membaca frasa 'tidak tahan untuk membuang air besar', alasan yang diberikan oleh Rizalman semasa perbicaraannya di Mahkamah Tinggi Wellington.

Menurut The Huffington Post, kejadian itu berlaku ketika segmen mengenai Rizalman muncul di mana frasa tersebut perlu dibacakan.

Skrip yang ditulis oleh wartawan Emily Cooper itu berbunyi:

"Muhammad Rizalman yang telah mencemarkan kerjayanya selama dua dekad dalam tentera Malaysia, hari ini (4 Feb) akan dihukum kerana melakukan seranngan tidak senonoh. Pada bulan November, dia mengaku mengekori Tania Billingsley yang pada ketika itu berusia 21 tahun pulang ke rumahnya.

"Dia berkata dia 'tidak tahan untuk membuang air besar' dan perlu menggunakan tandas, tetapi hakim dalam kes itu mendapati dia mempunyai motif seksual."

Ketika itulah Barry tergelak dan berkali-kali mengulangi ayat 'tidak tahan untuk membuang air besar'.

"Saya fikir saya sendiri pun ada rasa itu," katanya bergurau, sambil mengelap air matanya.

Malang bagi pembaca berita itu apabila cerita seterusnya adalah satu berita serius dan dia sukar untuk mengubah situasi apabila perlu melaporkan satu letupan bom terhadap kapal terbang di Somalia.

Pada akhir siaran dia berkata, "Hari ini mungkin boleh menjadi hari saya kehilangan pekerjaan..."

Mahkamah Tinggi di Wellington menjatuhkan hukuman sembilan bulan tahanan rumah terhadap Rizalman pada Khamis.
Quote 5997 5-2-2016 04:42 PM
EJALTI replied at 4-2-2016 09:57 AM
Rizalman dihukum 9 bulan tahanan di rumah

http://www.malaysiakini.com/news/329343



Di New Zealand, hukuman tahanan di rumah memerlukan pesalah berada di kediaman yang diluluskan pada setiap masa dan dipantau 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.



aku rasa dia ni bila abis tempoh nanti, kalau tak mereng, teruih giler
Quote Jagendas 5-2-2016 05:16 PM
kenapa tak pakaikan cawat besi 24/7 je

Quote honeybucuk 5-2-2016 05:18 PM
5997 replied at 5-2-2016 04:42 PM
aku rasa dia ni bila abis tempoh nanti, kalau tak mereng, teruih giler

stress kan duk rumah je..

kita ni pun yg kerja 5 hari seminggu..wekend nk jgk keluar dgn alasan bosan..

ni 9 bulan duk saje..

eh.kalo tahanan rumah ni ada kemudahan tv dan internet ke?
Quote batmana 5-2-2016 05:30 PM
nk terberak gamaknye.
Quote tensic~ 5-2-2016 05:33 PM
apsal tak penjara je. ok je duk rumah. orang bleh datang melawat
boleh makan piza hat
Quote Perkele 5-2-2016 05:34 PM
ingat ni kat malaysia suka2 nak cabul....mendapek kau

hilang akal sangat tengok orang putih...padan

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:52 AM GMT+8 , Processed in 0.048482 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top