View: 9106|Reply: 60
|
[Tempatan]
[Update] #14 Penyampai NZ Tak Dapat Tahan Ketawa Baca Berita Mengenai Rizalman
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 5-2-2016 10:06 AM
Mahkamah NZ perintah bekas diplomat Malaysia 9 bulan tahanan rumah
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mahkamah-nz-perintah-bekas-diplomat-malaysia-9-bulan-tahanan-rumah
Published: 4 February 2016 8:32 AM
Mohammed Rizalman Ismail mengaku melakukan serangan tidak senonoh pada November lalu selepas menafikan tuduhan awal atas cubaan rogol dan pecah rumah. – Gambar fail AFP, 4 Februari, 2016.
Bekas diplomat Malaysia yang dituduh "bertindak ganas" dan tidak sopan dengan menyerang seorang wanita di New Zealand, dijatuhi hukuman tahanan rumah selama 9 bulan, hari ini.
Mohammed Rizalman Ismail, yang merupakan seorang atase tentera di kedutaan Malaysia di Wellington pada masa serangan itu, mengaku melakukan serangan tidak senonoh pada November lalu selepas menafikan tuduhan awal atas cubaan rogol dan pecah rumah.
Rizalman mengekori wanita New Zealand Tania Billingsley ke rumahnya pada Mei 2014, menunggu kira-kira 30 minit di luar dan kemudian masuk ke dalam rumah serta berjalan ke dalam bilik tidurnya dalam keadaan bogel dari bahagian pinggang ke bawah.
"Anda berlaku ganas kepada Billingsley...Dia seorang wanita muda, bersendirian di dalam biliknya, yang sepatutnya berhak untuk berasa selamat dan terjamin di dalam bilik tidurnya," Hakim David Collins memberitahu Rizalman semasa menjatuhkan hukuman.
"Tiada wanita seharusnya berdepan keadaan menakutkan seperti dialami Billingsley apabila anda melanggar ‘kesucian’ bilik tidurnya."
Collins berkata tindakan Rizalman bagaimanapun dianggap "terancang", apabila Billingsley tidak disentuh secara seksual dan Rizalman berharap dia akan bersetuju melakukan seks.
"Anda salah anggap apabila menyangka senyuman ialah tanda bersetuju melakukan seks, anda sengaja mengekorinya dan menunggu di luar rumahnya agak lama," kata hakim.
Rizalman akan menjalani tahanan rumah selama 9 bulan, tetapi tidak di Suruhanjaya Tinggi Malaysia, dan akan dihantar pulang apabila selesai tempoh hukumannya.
Peguam Rizalman, Donald Stevens sebelum ini menyatakan beberapa situasi bagi meringankan hukumannya, termasuk berkaitan penyakit mental.
AFP, 4 Februari, 2016. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Harap bini heshe tabah dpt laki mental gileseks mcmni |
|
|
|
|
|
|
|
takpelah...malu lagi nengok bijan masuk berita international dari nengok berita cenggini |
|
|
|
|
|
|
|
Geli nengok lidah tjelir mcm tu!inilah akibatnya bila mak pak x ajar anak lelaki mcm mana nak hormat perempuan.dh besar gila seks! |
|
|
|
|
|
|
|
Xpayah hntr pulanglah..biar ko mereput sana! |
|
|
|
|
|
|
|
orang negeri mana ni?... |
|
|
|
|
|
|
|
ada istri ke..???
memalukan istri dn anak2 jerk..
mcam mana istri dia nk teruskan hidup dgn dia lagi kan..
|
|
|
|
|
|
|
|
Rizalman dihukum 9 bulan tahanan di rumah
http://www.malaysiakini.com/news/329343
Hari ini, 9:21 pagi  Hari ini, 9:23 pagi
Bekas atase pertahanan, Muhammad Rizalman Ismail, dijatuhi hukuman tahanan di rumah selama sembilan bulan, selepas didapati bersalah atas tuduhan melakukan serangan sumbang terhadap wanita Wellington, Tania Billingsley.
Menurut NZ Herald, Mahkamah Tinggi Wellington telah mendengar hujah daripada peguambela Dr Donald Stevens dan pendakwa Grant Burston.
Grant dilaporkan bersetuju Rizalman dikenakan hukuman tahanan di rumah.
Di New Zealand, hukuman tahanan di rumah memerlukan pesalah berada di kediaman yang diluluskan pada setiap masa dan dipantau 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.
Sementara itu, pihak pembela berkata tertuduh telah menulis surat memohon maaf dan menawarkan untuk membayar pampasan.
Ia juga berhujah bahawa Rizalman berhak diberi hukuman yang lebih ringan daripada tahanan di rumah.
Rizalman, 39, mengaku bersalah pada 30 November lalu terhadap tuduhan melakukan serangan sumbang terhadap Billingsley. |
|
|
|
|
|
|
|
malunya family dia. kalo aku jadi anak dia pun malu dpt apak mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
kuasa la abg askar ni..
terdesak sangat.. |
|
|
|
|
|
|
|
x faham ttg lelaki.. kerana desakan adik botak, sanggup gadaikan masa depan keluarga. haishhhh.. gelap masa depan ko da bang oiiii! |
|
|
|
|
|
|
|
mohon jgn la balik malaysia
nz nak tahan dalam rumah sampai mereput pun takpe..buat malu malaysia je |
|
|
|
|
|
|
|
memalukan...
lelaki ni bila umur 40an peranagai lagi xsenonoh |
|
|
|
|
|
|
|
Penyampai NZ Tak Dapat Tahan Ketawa Baca Berita Mengenai Rizalman
http://www.mstar.com.my/berita/b ... i-berita-nz-ketawa/
Diterbitkan: Jumaat, 5 Februari 2016 3:55 PM
PETALING JAYA: Seorang penyampai TV New Zealand tidak dapat menahan ketawa ketika menyampaikan laporan mengenai bekas Pegawai Waran II Muhammad Rizalman Ismail yang didapati bersalah melakukan serangan sumbang.
Hilary Barry, yang bertugas dengan 3 News, tidak dapat menahan ketawa selepas membaca frasa 'tidak tahan untuk membuang air besar', alasan yang diberikan oleh Rizalman semasa perbicaraannya di Mahkamah Tinggi Wellington.
Menurut The Huffington Post, kejadian itu berlaku ketika segmen mengenai Rizalman muncul di mana frasa tersebut perlu dibacakan.
Skrip yang ditulis oleh wartawan Emily Cooper itu berbunyi:
"Muhammad Rizalman yang telah mencemarkan kerjayanya selama dua dekad dalam tentera Malaysia, hari ini (4 Feb) akan dihukum kerana melakukan seranngan tidak senonoh. Pada bulan November, dia mengaku mengekori Tania Billingsley yang pada ketika itu berusia 21 tahun pulang ke rumahnya.
"Dia berkata dia 'tidak tahan untuk membuang air besar' dan perlu menggunakan tandas, tetapi hakim dalam kes itu mendapati dia mempunyai motif seksual."
Ketika itulah Barry tergelak dan berkali-kali mengulangi ayat 'tidak tahan untuk membuang air besar'.
"Saya fikir saya sendiri pun ada rasa itu," katanya bergurau, sambil mengelap air matanya.
Malang bagi pembaca berita itu apabila cerita seterusnya adalah satu berita serius dan dia sukar untuk mengubah situasi apabila perlu melaporkan satu letupan bom terhadap kapal terbang di Somalia.
Pada akhir siaran dia berkata, "Hari ini mungkin boleh menjadi hari saya kehilangan pekerjaan..."
Mahkamah Tinggi di Wellington menjatuhkan hukuman sembilan bulan tahanan rumah terhadap Rizalman pada Khamis. |
|
|
|
|
|
|
|
Di New Zealand, hukuman tahanan di rumah memerlukan pesalah berada di kediaman yang diluluskan pada setiap masa dan dipantau 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.
aku rasa dia ni bila abis tempoh nanti, kalau tak mereng, teruih giler
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa tak pakaikan cawat besi 24/7 je
|
|
|
|
|
|
|
|
stress kan duk rumah je..
kita ni pun yg kerja 5 hari seminggu..wekend nk jgk keluar dgn alasan bosan..
ni 9 bulan duk saje..
eh.kalo tahanan rumah ni ada kemudahan tv dan internet ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
apsal tak penjara je. ok je duk rumah. orang bleh datang melawat
boleh makan piza hat |
|
|
|
|
|
|
|
ingat ni kat malaysia suka2 nak cabul....mendapek kau
hilang akal sangat tengok orang putih...padan |
|
|
|
|
|
|
| |
|