CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Beego mahu pembelaan, pengesahan lafaz taklik difailkan Linda tangguh

21-1-2026 06:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11970| Komen: 12



Prosiding pengesahan lafaz taklik yang difailkan pelakon Linda Hashim, 41, terhadap suaminya, Beego, 45, di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sekali lagi ditangguhkan pada tarikh baharu, 9 Februari depan.

Penangguhan pengesahan lafaz taklik itu disebabkan Beego atau nama sebenar Mohamad Aszerul Nizam Abdullah dengan peguam yang mewakilinya memohon kepada Hakim Syarie, Mohd Farreq Azmi untuk membela diri.

Sementara itu, peguam syarie mewakili Linda iaitu Nurul Fadzilah Kamaluddin berkata pihaknya sudah memberikan kerjasama yang baik sepanjang prosiding pengesahan lafaz taklik itu, namun berlainan pula dengan pihak defendan (Beego).

"Sebagai peguam yang mewakili anak guam saya, Linda pastinya saya rasa pihak kami sudah berada di landasan yang betul dan kami juga sudah mengikut segala prosedur yang ditetapkan mahkamah.

"Setakat ini, semua serahan dan saman penyata tuntutan lafaz taklik berkenaan daripada pihak kami sudah dibuat awal, tapi menerima maklum balas negatif daripada pihak defendan.

"Jadi, kami terpaksa serahkan (penyata tuntutan lafaz taklik) pada hari ini. Tapi, peguam yang mewakili dia (Beego) tidak lagi berwakalah dan sebab itu dia mohon untuk pembelaan. Maka, tarikh baharu pembelaan ditetapkan pada 9 Februari depan," katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, Linda yang ditemui di perkarangan mahkamah memberitahu dia juga sedikit kecewa apabila pihak mahkamah memberi ruang untuk Beego membuat pembelaan.

Bagaimanapun, katanya dia tetap percaya ada hikmah di sebalik penangguhan yang berlaku ini sekali gus menganggap Beego sengaja melambatkan kes mereka.

"Saya tak kecewa sebab tidak diceraikan. Tapi kecewa kerana dia (Beego) sengaja melengahkan proses. Saya tahu dia sengaja!

"Sebab kata masih sayang, tapi sebagai isteri saya tahu sayang daripada kawan-kawan dan keluarga saya adalah lebih tulus dan ikhlas berbanding dia.

"Ini bukan sebab sayang, tapi di sebalik hati dia yang paling dalam itu membuatkannya nak melambatkan proses ini," jelasnya.

Sejak Januari tahun lalu, rumah tangga Linda atau pemilik nama Norhazlinda Hashim dan Beego menjadi perhatian apabila aktres berkenaan memfailkan perceraian dengan alasan tiada persefahaman.

Mereka sebelum ini pernah bercerai pada 27 Mac 2023, namun mencapai kata sepakat untuk rujuk pada 9 April tahun sama dan membatalkan tuntutan nafkah serta hak penjagaan tiga anak mereka.

Linda bagaimanapun mendakwa mereka kemudiannya bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk, namun kembali bersama tidak lama selepas itu.

Beego dan Linda mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Sumber : – Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 21-1-2026 09:25 PM
Jahatnya beego ni.
Tua2 pun bawak perangai bohjan lagi ke.


Quote Kekunci_Hitam 21-1-2026 09:38 PM
tgk air muka pun kita boleh tahu siapa yang benar
Quote Perils 21-1-2026 10:32 PM
Dah mcm rupa que haidar plak
Quote penmerah 21-1-2026 10:46 PM
Lahanat sungguh
Takpe.. rasanya mahkamah kasi peluang terakhir je kat lahanat ni
Next bersidang mahkamah dah boleh buat keputusan

Rugi youth linda dihabiskan utk lahanat nih

Linda cantik, moga hidup lebih bahagia di masa hadapan
Pasal nafkah anak2 takyah bermimpi utk fight
Tunggu neraka je balasan setimpat utk lahanat ittew
Quote Purplehaz 21-1-2026 11:59 PM
lawyer msg2 juga yg untung. kes bersambung2
Quote doubleA 22-1-2026 01:12 AM
Definisi jantan redflag menyala2 tarak guna. Sejarah dah membuktikan begok ni memang taguna, ex wife dulu lagi cerdik cepat2 angkat kaki
Quote dakewa 22-1-2026 07:42 AM
Linda ni cantik. Asal lah kahwin dgn si bego ni
Quote 3chanceno 22-1-2026 08:06 AM
Semuga dipermudah selesaikan isu ini. Kesian perempuan2 yang kena hadap macam2 bila nak serai dari laki yang kurang bertanggungjawab.
Quote lasagna 22-1-2026 08:17 AM
kes kemal deli pun dah settle,
ko yg berantakan dlu pun dok delay2.
nmpk laa mcm saje buat delay2 beego ni.
xpe laa ko tgu jer laa kifarah ko.
Quote KamikuP 22-1-2026 08:28 AM
Ex bini beego yg terdahulu tersenyum sinis... ekekek

Anyhoo.. loyer gak yg untung, ko datang mahkamah ke tak dua2 kene cas ekekekek
Quote menjad 22-1-2026 08:28 AM
rasa dulu dah pernah bercerai... pi rujuk balik pulak. haihhhh membuang masa kat jantan lahanat nih buat apa.
Quote BoongaKertas 22-1-2026 09:17 AM
spesis jantan mcm ni kan, hope di dunia dia dpt cash aniaya isteri. yg patut senang, dia pi susahkan.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.032232 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top